Buat Biskut Kuaci Terlajak Senang, Gaul- Gaul Je Terus Siap!

Share

Kudap-kudapan antara makanan wajib ada ketika pagi raya. Tak sah kalau tak berlawan makan dengan adik beradik. Apa lagi kalau menonton televisyen beramai-ramai. Boleh makan 2 kuih tanpa sedar. Begitu penangannya.

Kudapan yang satu ni agak mahal harganya di pasaran. Maklumlah bahan yang digunakan boleh tahan harganya. Sedap memang sedap tapi mengenangkan harganya kita berfikir-fikir nak beli.

Apa kata cuba buat sendiri. Dapatlah makan lebih sikit malah lebih jimat. Nak buatnya pun sangatlah senang. Jom cuba hari ni.

Ok ni resepinya:

500g serbuk florenta
500g almond slice
200g kuaci hijau
100g kuaci putih
20g bijan putih
20g bijan hitam

Kertas cupcake yg licin dlmnya “size L” (ada lapisan plastik biasanya bercorak polkadot) saya guna 60keping. Senang nnt bole isi banyak2 dulu.

Cara:
1. Bakar almond slice dalam dulang pembakar, ratakan. Bakar pada suhu 160c selama 5minit.

2. Kemudian bakar kuaci hijau n putih campurkan dan ratakan dlm dulang 5minit.

3. Bijan hitam n putih pun saya bakar 5 minit bg wangi.

4. Sejukkan semua betul2 ye dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk florenta.


5. Gaul sehingga sama rata.

6. Sudukan guna sudu besar kedalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.

7. Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven.

8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu n mudah je tanggalkan. Cup bole guna semula untuk round seterusnya.

9. Simpan dalam bekas kedap udara.

10. Selesai semua boleh simpan n guna cup tu buat cupcake tuk raya pula ?.

Kredit: zulina ismail