Buat Bihun Goreng Tomyam Atau Bihun Goreng Singapore, Ini Rahsianya Tak Lembik Tak Hancur.
Ada sahaja yang merungut bila buat bihun goreng tak menjadi. Kebanyakan jadi lembik dan putus-putus hancur. Kalau nak bihun jadi cantik, boleh ikut petua ini yang dikongsikan oleh Ayu Mashruddin atau boleh juga mencuba resipi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan Habeebah Md Daud yang sungguh menyelerakan.
1. Rendam bihun dalam air biasa. Jangan rendam dengan air suam/air panas, nanti bihun lembik. Tak perlu rendam awal. Nak mula menumis baru rendam bihun. Saya suka brand Jasmine
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering yang dah direbus dengan air panas, udang kering dan tomato. Kemudian tumiskan sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan perencah bihun Adabi Bila tambah perencah ni rasa bihun bertambah sedap.
4. Masukkan pula bahan ikut citarasa masing2. Dada ayam, sotong, udang, fish ball, fish cake, daging semua boleh jer ikut suka.
5. Lepas masukkan semua ni tutup kuali. Perlahan sikit api. Bagi semua rencah ni keluarkan air. Pastikan tutup kuali sebab kalau tak tutup takkan keluar air byk sangat.
6. Bila semua rencah dah masak boleh masukkan sayur seperti kobis, carrot & daun bawang. Carrot tu potong mancis untuk nampak cantik.
7. Bila semua sayur dah lembut, masukkan garam dan gula.
8. Akhir sekali masukkan bihun yang dah di tos. Gaul semua sampai rata. Jangan guna sudip tajam untuk elakkan bihun tu putus-putus. Guna sudip kayu yang tumpul.Pastu jangan gaul ganas-ganas macam nak bergusti dengan bihun. Aduk atau fold perlahan-lahan je.
9. Masukkan tauhu yang dah digoreng. Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam or kicap masin sikit.
10. Kalau rasa kering, atau bihun keras baru tambah air panas sikit (letak sikit-sikit dalam 3 sudu je).
Ads
Utk hiasan: hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis dan bawang goreng.
Sumber: Ayu Mashruddin
RESEPI BIHUN GORENG TOM YUM
Bahan-bahan:-
1 bungkus bihun – rendam hingga lembut-BELI DI SINI
6-7 ulas bawang putih**
5 biji cili padi**
3 sdb pes tom yum
2 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram-BELI DI SINI
1 sdb sos ikan
Kobis dan carrot
1 ikat sawi
3 helai daun limau purut -dikoyak²
Isi ayam, udang dan sotong (saya ltk ayam jer)
1 cawan air
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak tumis bahan² bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
Ads
3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih
5. Masukkan bihun, sayur²an dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Sumber : Rozmaliza Omar
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
kopek kulit udang
Rendam bihun bagi lembut(400gm)
Kucai dipotong dalm 4cm (RM1)
**jika ada lobak.. hiris halus memanjang macam kucai
Langkah 1 : Tumis bahan yang dikisar sehingga jadi keemasan/brown
Langkah 2 : Perasakan. Gula, garam dan serbuk perasa
Langkah 3 : Masukkan udang
Langkah 4 : Masukkan bihun yang sudah di toskan
Langkah 5 : Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah
Makan dengan sambal kicap tau. Adoii menambah-menambah jadinya.
Makan kari kepala ikan bagi penggemarnya memang boleh dikatakan menu ini cukup istimewa.
Terasa nikmat apatah lagi jika dimakan bersama nasi panas. Malah bukanlah asing, jika dengan hanya satu menu ini sudah berjaya membuka selera penggemarnya. Oleh itu ini dikongsikan resipinya.
Pagi-pagi lagi emak dah pergi mengaji, saya pun nak cari bahan. Biasanya memang tak ada perancangan nak masak apa sampailah kaki sudah masuk ke pintu pasar.Tengok-tengok ada kepala ikan merah. Sapu sahajalah. Beli 1 kepala yang besar dan isi dalam 4-5 keping. Sedap juga jika masak kari kepala ikan ini.
Jom!
Kari Kepala Ikan (Ikan Merah).
Bahan-bahannya ialah:
1 kepala ikan (potong terus pun tak apa) **
4-5 keping isi ikan merah.
3 biji bawang besar India
3 batang kayu manis
3 sudu besar rempah campur (halba, biji sawi, jintan)
8 sudu besar rempah kari ikan (ikut suka nak guna rempah kari jenama apa).
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit.
7 biji cili hijau
5 biji tomato
5-7 biji kacang bendi
2-3 tangkai daun kari.
3 sudu besar asam jawa
5-9 cawan air
Garam secukup rasa.
Cara Penyediaan:
Step 1 :Bahan tumis. Kau hiris bawang begitu, sebelahnya itu batang kayu manis. Sebelahnya pula yang kecil-kecil itu rempah campur (ada jintan, ada halba, biji sawi, kadang-kadang depa buh biji ketumbar juga) boleh beli di mana-mana pasaraya.
Step 2 :Panaskan sedikit minyak (dalam 3-5 sudu besar) dan tumis bahan tadi.
Step 3 :Sudah naik bau dan bawang pun sudah kekuningan, dan pastikan biji sawi tu dah melompat-lompat (itu tanda dah masak) kalau tidak kari kau boleh jadi pahit. Terus masukkan air dan biarkan air mendidih.
Step 4 :Lepas itu kau letak rempah kari ikan, 1 sudu besar serbuk cili dan 1 sudu besar serbuk kunyit dalam 1 bekas.
Sambil itu kau sediakan kacang bendi. Basuh dan buang tangkainya.
Step 5 :Letak air dalam bekas rempah tadi. Kacau rata.
Step 6: Masukkan rempah kari tadi. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Apabila semua sudah mendidih, masukkan tomato, cili dan bendi. Aduh. Mana pula daun kari tak jumpa. Kau masukkan time ini juga pun tak apa.
Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Terus masukkan dalam periuk.
Step 7 :Apabila semua sudah mendidih, bolehlah kau masukkan ikan. Pastikan kau masukkan sekeping demi sekeping. Jangan main tuang je. Nanti ikan bertindan dan bila kau kacau, mudah hancur.
Step 8 :Jangan kacau. Biarkan sahaja hingga mendidih.Dan nampak ikan sudah masak, masukkan garam. Kacau perlahan-lahan. Takut nanti ikan hancur. Rugi.
Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menarik yang dikongsikan oleh Persatuan Muafakat Johor di facebook mengenai cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
bawang 2.
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
.
Kelebihan Bawang Putih
Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
bawang.
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktivitisel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim panas ni tentunya kita minum air putih lebih banyak. Selain itu, kita tentu juga akan mencari makanan yang jenis sejuk. Buka freezer je mencari makanan yang enak.
Buat Bagi penggemar ‘cheese’ resipi ‘Cheesy Layer’ ini antara yang wajib dicuba. Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut, makan sejuk-sejuk.
Resipi viral ini oleh puan Irna Harlina mendapat share sehingga 20K. Siapa nak buat jualan boleh cuba!
Ingat lagi tak saya pernah share kan resepi aiskrim yogurt dulu? Kali ni, saya nak share kan satu lagi resepi desert yang sangat sedap, nampak serupa tapi tak sama.. Cheesy Layer ni pun antara best selling saya dulu. Sekali buat, memang tak kurang dari 80 bekas… Alhamdulillah. Ni pun antara favourite encik suami, sampai dia sanggup belajar untuk buat sendiri tau. Korang cubalah pulak. Jangan mintak saya buka order pulak ye…
Sejukkan dalam peti sejuk atau chiller sekurang2nya 6 jam atau semalaman lebih baik. Dalam gambar saya selitkan kaedah double boil untuk buat Coklat Ganache.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.