
Salah satu masalah yang dialami oleh wanita adalah jeragat. Ada ajer produk untuk memudarkan jaragat. Tapi bagi yang nak cuba secara natural boleh cuba petua ini.
Paling sesuai untuk jeragat yang baru nak tumbuh. Ikuti perkongsian ini.
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru berjinak-jinak nak keluar. Atau pun yang baru sedikit dan kecil.
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini.
Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Caranya:
1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.
2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray)
3. Campurkan sebati
4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering
5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Diyana Kamaludin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Benarkah Sudu Besi Boleh Rosakkan Khasiat Madu? Pakar Kimia Ini Beri Penjelasan.

Kita biasa mendengar bahawa jika menggunakan sudu besar boleh menjejaskan khasiat madu. Malah penggunaan ini dalam pengendalian madu adalah tidak dibenarkan. Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Untuk cuba menjawab persoalan ini ikuti pencerahan daripada pakar kimia, Fatimah Salim ini.
Ikuti perkongsian ini.
Ada yang bertanya mengenai penggunaan jenis sudu untuk mencedok madu. Ada yang kata, tidak boleh menggunakan sudu besi untuk mencedok madu.
Jawapan saya: TIADA masalah untuk guna sudu besi mencedok madu.
Mungkin yang buat kenyataan tidak mengalakkan pengunaan sudu besi disebabkan sifat asidik madu. Madu bersifat asidik disebabkan kandungan bahan kimia asid organiknya. Skala pH madu biasanya antara 3.4 – 6.1.
Disebabkan bahan berasid boleh menghakis logam (seperti sudu besi ini) dikuatiri komponen logam boleh bercampur dalam madu. Maka, ada yang melarang dalam penggunaan.
Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas. Macam konsep peralatan memasak dengan bahan berasid juga.
Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0. Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.
Nota:
1) Skala pH ialah skala yang digunakan untuk mengukur tahap keasidan dan kealkalian bahan yang larut air. Semakin kecil nombor, semakin berasid sifat bahan itu.
2) Madu tinggi dengan kandungan gula fruktosa (~ 39%) dan gula glukosa (31%). Sebab itu rasanya manis. Maka, bagi yang mengawal kandungan gula, perlu lebih peka.
Kredit: Fatimah Salim
“Walaupun Ada Maid,Tetap Marathon Untuk Anak-Anak.” Zizie Izette Upah Lima Pengasuh Untuk Semua Anaknya, Siap Bawa Bercuti Bersama Lagi!

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah untuk menjaga seorang anak, apatah lagi sekiranya memiliki lima cahaya mata. Namun pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Ezette, baru-baru ini memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Genting Highland. Menariknya, percutian ini turut disertai oleh pembantu rumah yang dilihat sedang menjaga kelima-lima anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet. Ada yang memuji tak kurang yang mendakwa isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sengaja untuk menunjuk- nunjuk.
Mengulas mengenai tohmahan tersebut, Zizie menafikan dia mahu menunjuk-nunjuk apabila berbuat demikian. Sebaliknya, dia sekadar mahu berkongsi kehidupan peribadinya yang sering lakukan sejak dahulu lagi.
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan.
“Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.
“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.
Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar.
Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.
Pelbagai reaksi diberikan oleh pengikut dilaman instagramnya. Ada yang memuji tak kurang yang ingin memiliki majikan seperti Zizie Ezette.
sheerashaari No wonder still cantik grbus gebas meletop walau anak 5. Each anak sorang nanny. Halaaaa bertuahnya badannn ❤️
along_fitri Skali tgk tpikir nape perlu smpai 5org maid tp bila dipikir blk mmg perlu pn sbb 5 org ank mcm2 ragam xmenang tgn mummy n daddy nak handle.Sorg nak susu,sorg menangis meragam sorg berak sorg duk pnjt sna sni…
noorazzura_ Wlpn ada maid tetapi saya dpt rasakan Datin tetap marathon utk anak2.. suka tgk anak2 Datin ❤️
kalsombintidin Terbaik la sebagai majikan @zizieizette ….semoga murah rezeki?
yusidawati Meriah ramai2 ni. Kalau tdo seronok tengok.
sofea.kmrzmn Tengah imagine how you put all the stroller plus bag lagi banyaknyaaa hahaha ?
lizawhb Rezeki datin…..Tahniah….superb mom & employer….???
lady_d_khaira Mg DS Zizie diredhai oleh Allah selalu sb baik dgn maids..bkn mudah dpt majikan sebaik ini..?♥️
thnjye you are such a beauty.. beauty of kind hearted to everyone ?
zakrizabir Bagus nya datin @zizieizette Tiada beza anak sendiri dgn yg angkat.. Semoga murah rezki datin..
rohanaanisa Sukanya tgok keluarga bsar cmni…klau xde helper2 nie x mng tgn dh mommy nk handle…
Sumber: IG zizieizette & Harian Metro
Tip Ibu Bapa Boleh Cuba, Bantu Redakan Keresahan Anak Sulung Bila Tahu Nak Dapat ‘Adik Baru’

Isi Kandungan
ToggleMungkin ada anak sulung yang berasa tidak seronok untuk mendapat adik. Lagi-lagi sebelum ini, dialah tumpuan mak ayah untuk beberapa tahun lamanya. Bila ada adik, bermakna dia perlu mengalah dalam segala perkara. Termasuk kasih sayang maka ayah.
Keresahan anak sulung ini jangan dipandang ringan. Sebab jika tak dijaga emosinya boleh beri kesan yang sukar pada hubungan abang dan adik. Ikuti pandangan daripada Puan Maryam Jamadi, Occupational Therapist/ Terapis Carakerja tentang dapat adik baru.
Dapat Adik Baru, Yay Or Nay?
Selalunya berita bakal dapat anak lagi mesti di sambut dengan perasaan gembira dan tak sabar, lagi-lagi bila dah lama tak menimang cahaya mata. Rindu nak bau dan suara bayi baru lahir. Kalau mak-mak selalunya mesti rasa tak sabar nak shopping baju bayi
Tapi, dalam kegembiraan mak ayah nak menyambut anak baru kadang-kadang tidak disenangi dengan ‘anak lama.’
CEMBURU antara anak-anak memang normal lagi-lagi apabila anak yang sudah lama mengbongsu, sudah terbiasa dipanggi “adik” dan dah biasa 100% kasih sayang mak ayah, kakak dan abang tertumpu padanya seorang. Apabila tiba-tiba muncul orang baru dalam keluarga semua perhatian dirampas oleh adik baru. Situasi begini memang selalu berlaku walaupun beza umur dengan adik hanya 1 tahun.

Untuk menangani isu macam ini, yang pertama mak ayah perlu kenal luar dalam anak dulu. Kena tahu:
1. Tahap manja.
2. Makanan kegemaran.
3. Minuman kegemaran.
4. Perbuatan yang dia suka bila kita lakukan (peluk, usap rambut, cium pipi).
5. Mainan kegemaran.
6. Rancangan kegemaran.
7. Patung kegemaran.
8. Perbuatan yang paling dibenci.
9. Kenal kawan-kawan.
Sebab kebanyakan kes di atas yang saya terima dan analisa sendiri adalah berpunca daripada mak ayah yang kurang kenal anak sendiri.
Contoh sewaktu penilaian,
Anak suka makan apa? Tak tahu, dia makan je apa-apa.
Anak suka kartun apa? Tak tahulah, biasa tengok youtube.
Kenal tak kawan-kawan dia di sekolah? Tak kenal, nampak macam bercampur dengan semua orang.
Sebenarnya walaupun anak makan semua benda yang orang kata “tolak kayu dengan batu je”, tapi pasti ada 1 makanan yang dia betul-betul suka.
Sama juga macam kawan-kawan dan kartun. Kena perhatikan anak terutamanya reaksi terhadap sesuatu benda.
Biasa kalau lepas balik sekolah mak ayah hanya tanya “Dekat sekolah belajar apa?”, tapi tak tanya “Dekat sekolah seronok tak? Siapa nama kawan?”. Bila kita biasa tanya tentang perihal sekolah tapi tak tanya macam mana perasaan dia, ada masalah ke dengan kawan-kawan dan sebagainya maka hubungan anak dengan mak ayah hanya takat perihal sekolah umpama pekerja dengan bos hanya tanya soal kerja.

Kalau mak ayah tak berapa kenal dan tak jadi kawan anak, maka untuk dia terima dan sesuaikan diri bila ada adik baru jadi lebih susah. Kesannya, dia akan menjauhkan diri dengan kita sebab rasa dirinya tak penting dan mak ayah tak faham perasaan dia.
Dari situ maka timbullah fasa kebergantungan dengan kawan pula, meletakkan sepenuh kepercayaan pada kawan, ikut perlakuan dan percakapan dari kawan, kawan masuk lubang dia pun nak ikut, kawan minta rahsiakan dari mak ayah dia pun ikut dan sebagainya. Bila ada apa-apa masalah, kawan dah jadi tempat mengadu sebab merasakan mak ayah tak sayang dia lagi bila dah ada adik.
Personaliti Dibentuk Ketika Usia 4 Bulan
Sebenarnya dari kita berumur 4 bulan lagi kita dah ada personaliti sendiri. Ada yang jenis pendiam, ada yang jenis potpet, ada yang jenis lasak banyak tenaga, anak yang jenis lembut dan sebagainya. Macam trademark Lazada, “macam-macam ada”.
Sangat sangat sangat sangat penting ya untuk mak ayah kenal anak sendiri, sesibuk mana pun WAJIB kenal anak. Tak kiralah melalui luangkan masa berkualiti atau tanya pengasuh atau guru taska.
Lepas dah kenal betul-betul luar dalam anak dan dah dapat sepenuh kepercayaan anak barulah boleh cuba sikit-sikit bagi “hint” yang dia bakal dapat adik seawal baru tahu mengandung. Boleh cuba tip ini:

LIMA TIP IBU BOLEH CUBA:
1.Bawa Jumpa Kawan-kawan Yang Ada Anak Lebih Seorang
Kalau umur sebaya lebih bagus, bagi anak bermain-main dengan mereka. Ceritakan pada anak, “Tengok tu X ada adik, seronoknya boleh main sama-sama setiap masa. Abang nak adik tak?”. Kalau anak cakap “tak”, tak apa boleh cuba bawa jumpa lagi. Lama-lama dia akan jadi seronok dan boleh terima.
2.Kena Selalu Bagitahu Anak Yang Dia Bakal Dapat Adik
Untuk yang dah 3 tahun ke atas, boleh cuba bagi tengok video bayi dalam rahim supaya dia tahu dalam rahim mak sekarang ada bayi. Boleh juga ajar anak dengar degupan jantung adiknya. Kalau ke klinik untuk scan 3D/4D ajak anak bersama-sama. Kerapkan usap perut bersama-sama anak dan cakap “abang sayangggg adik”. ?
3.Banyakkan Memeluk Anak Sewaktu Mengandung
Bisik di telinga anak “Mummy sayang abang, adik pun sayang abang”. Tunjukkan kasih sayang dengan memeluk dan belai kepala anak supaya anak rasa disayangi.
4.Gunakan Cerita Sosial
Dengan menggunakan buku cerita tentang hubungan adik beradik. Ulang-ulang baca lama-lama anak akan faham dan tersimpan dalam memori.
5.Gunakan “Modal-modal” Kegemaran Anak
Untuk ambil hatinya sambil beritahu yang kita tahu apa yang dia suka sebab kita sayang. Part ini mak ayah kena pandai-pandai ambil hati.
Tak Ada Anak Yang Dilahirkan Nakal
Kalau anak yang memang jenis melekat dengan mak, walaupun dekat dengan ayah pun cemburu. Persediaan di atas jadi double tripple wajib ya sebelum melahirkan adik baru untuk mengelakkan masalah tingkah laku di masa akan datang.
Ingat ya, tak ada anak yang dilahirkan sejak azali dah nakal dan tak mendengar kata. Kalau agak-agak rasa nak marah anak bila nakal atau degil terutamanya anak bawah 3 tahun, fikir semula dan tanya diri sendiri adakah salah anak yang memang dilahirkan nakal ataupun salah kita dalam mendidik anak?
Cemburu tanda sayang, tapi cemburu juga sebagai tanda ketidakpercayaan dan curiga terhadap kasih sayang mak ayah. Kenal anak dan dapatkan kepercayaan anak barulah mudah untuk anak menerima adik baru. ?
Sumber/Foto: Maryam Jamadi via Mingguan Wanita
Kredit foto: Freepik