Umumnya kalau sebut begedil mesti kita terbayang ubi kentang yang direbus dan dilenyek kemudian dikepal bersama-sama bahan lain untuk disalut dengan telur dan digoreng. Cukup enak rasanya dan tidak lengkap pula hidangan soto tanpa adanya begedil ini.
Keenakan rasanya memang tidak dinafikan, pun begitu tidak kurang enak juga rasanya bila anda menyediakan begedil menggunakan tempe sebagai bahan utamanya. Tentu ada yang berasa pelik namun rasanya memang sedap dan mudah disediakan. Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Rosmy Hashim.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan kita sediakan menu istimewa ini untuk santapan seisi keluarga.
Bahan-bahan:
Ads
Tempe 2 keping, telor 2 biji ,daun bawang ,bwg besar, bwg putih, lada hidup & secubit rasa…lesung batu kena ada ye?
Cara Penyediaan:
1. Patahkan kecil2 tempe..dan tumbuk sampai lumat.
2. Tempe yang dah ditumbuk lumat.
Ads
3. Gaulkan tempe…dengan daun bawang, bawang besar ,bawang putih, lada hidup ,secubit rasa & telor sebijik je..
4. Dah gaul mesti jadi camni…hehe..
5. Kemudian kepalkan…bentuk nak bulat boleh…nak leper pun bleh…ikut suke je…masuk dalam petiais kejap..kejap je…supaya tak nak dia hancur masa goreng nanti.
Ads
6. Telor yang sebiji tadi..pukul…untuk celop bergedil tempe tadi sebelum goreng…goreng dengan api kecik tau…hakak tak leh nak tunjuk cara goreng…sebab kuali hakak..so….lejen
Siap…bergedil tempe..suke
Pasti ramai yang menantikan perkembangan anak keempat, usahawan dan pelawak, Shuib.
Terbaru, Shuib memaklumkan, Ayash Affan yang lahir secara pramatang pada 6 Ogos lalu kini sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anak bongsu Shuib dan allahyarham Siti Sarah juga yang berusia 3 minggu itu mula menunjukkkan perkembangan yang baik selepas dikeluarkan dari Inkubator.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya memetik Harian Metro.
Sebelum ini, Shuib mencari calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Kini masalah tersebut sudah diselesaikan apabila sepupunya sendiri mengatakan persetujuan.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu, isteri kepada bintang berkenaan yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Cairan pencuci lantai adalah antara bahan-bahan pencuci yang pasti ada di setiap rumah. Apatah lagi jika lantai kediaman dibina daripada jubin mozek, marmar dan sebagainya. Jika tidak dimop dengan bahan pencuci tentu sahaja terlihat kusam dan tidak selesa untuk dipijak.
Semua sedia maklum juga, bahawa cecair pencuci lantai ini begitu mudah didapati dipasaran dengan pelbagai aroma dan jenama. Ini secara tidak langsung memberi alternatif buat kita sebagai pengguna mencari dan membandingkan yang terbaik untuk keluarga.
Namun berbeza dengan Ummu Uwais Azizah ini yang pernah rasa tidak selesa setiap kali menggunakan bahan pencuci yang sedia ada dipasaran. Dan ini membuatkan dirinya beralih untuk menggunakan bahan-bahan yang bersifat natural dan bebas kimia.
Nak tahu apa kisahnya lagi, jom semak perkongsian ini.
Sejak bertukar secara sikit-sikit kepada produk natural ni memang jarang guna pencuci lantai. Biasa guna sabun yang ada atau tanpa sabun.
Mop lantai pun guna air je. Ada beli pencuci lantai mozek tu, keluaran Muslim. Tapi itulah produk bumiputera pun kena tengok ‘ingredients’ ya. Dah bertahun2 beli tapi tak habis2 sebab jarang guna. Pernah sesekali guna untuk cuci lantai bilik air, sekali bau dia buatkan terbatuk dan rasa sesak nafas.
Apatah sejak ada anak yang mula masuk fasa meniarap menyusur ni. Mula buat kerja sapuan atas lantai, pastilah seboleh mungkin elakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan.
Aha, dah lama tak buat pencuci homemade ini. Mudah sangat guna dua bahan sahaja. Yang pasti wangi Oren tu macam EO Oren dah. Aroma Oren / lemon ni boleh release stress tau.
Dan apa bila ditanya bagaimana timbul idea untuk menghasilkan bahan pencuci lantai tersebut, ini jawabnya.
“Sebenar saya pernah baca orang share kebaikan soda bikarbonat dalam kepelbagaian guna untuk cucian dan pembersihan. Baik untuk kulit, sayuran, makanan, dan peralatan. Then Ada kawan juga kongsikan idea rendaman buahan citrus ni guna cuka. Saya pernah buat dan tahu idea ni sejak 3 tahun lepas. Kira idea ni banyak dikongsikan daripada web luar negara.”
Bahan-bahan :
Cuka tiruan
kulit oren/ lemon.
Cara penyediaan :
Gunting kulit oren/lemon jadi kecil
Tambah cuka tiruan sampai penuh / menutupi semua kulit oren/lemon
Tutup.
Peram selama seminggu dua.
Dah boleh guna.
Cara Penggunaan :
Untuk cuci ‘table top’ dapur
Lembapkan kain dengan air, tambah sedikit larutan cuka citrus ni.
Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas.
Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka citrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.
Untuk Lantai
Lembapkan mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan citrus ini. Wangi je bau lantai nanti. Oren segar. (Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas kecuali lantai terlalu Kotor boleh tambah soda bikarbonat)
Berapa lama tahan?
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, tahan lama sebulan atau mungkin lebih.
Ekstra Info :
Jika dah ambil cuka rendaman kulit oren tersebut, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Kulit Oren yang tidak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi.
Apabila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam, pasti ibu bapa tak senang duduk kan. Masalah demam ni jangan dibuat main, boleh mengundang bahaya tak kira anak mahupun orang dewasa.Kerana itu cvepat-cepat dapatkan rawatan dengan doktor.
Namun ada kalanya anak-anak atau kita sendiri sebagai orang dewasa diserang demam secara tiba-tiba. Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Kaedah ini sesuai dicuba jika di halaman rumah anda ada ditanam pokok bunga raya berwarna putih. Atau mungkin di rumah jiran yang berdekatan, jadi bolehlah minta sedikit buat penawar kepada demam anak atau anda sendri. Tetapi jika demam tersebut berlarutan, sebaiknya jumpa dengan doktor itu yang terbaik.
Bunga raya putih.
Jika anak anda demam, suhu badan tinggi, atau orang dewasa pun boleh, ambil 5 helai daun bunga raya putih dan sekuntum bunganya.
Ramaskan di dalam semangkuk air. Sapukan ke kepala sampai basah rambut. Bila dah kering buat semula sampai basah rambut.
Insya Allah suhu di kepala akan segera turun dan suhu badan juga akan mulai turun.
Selain kaedah merendam, anda boleh cuba cara ini juga. Lendiran yang ada pada bunga kebangsaan ini juga dikatakan mampu mengurangkan demam si kecil. Tumbuk dan gumpalkan daun bunga raya sebelum dilumurkan di bahagian kepala.
Sumber: Petua IbuBunga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.