Isi Kandungan
ToggleKalau bab-bab menghias rumah ini, ibu-ibu yang paling teruja. Apa sahaja tip atau info yang diberikan pasti cuba dipraktikkan di rumah sendiri. Lagi lagi kalau yang melibatkan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai dekorasi bajet ini yang meraih perhatian ramai kerana ia lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan:
Deko Bajet RM5 jer untuk buat batang langsir DIY ???
Balut pvc dgn balance wallpaper
Gantung langsir 4 tahun lps..
Bole la wat tipu2..
Ini bahan yang diperlukan
Balut PVC dengan menggunakan lebihan wallpaper…
Inilah hasilnya. Mudah kan!
Saya buat macam ni..
Idea tersebut mendapat respon daripada warganet yang memuji dekorasi bajet ini kerana ia boleh dijadikan cara mudah untuk memasang langsir. Selain itu, ada juga yang turut berkongsi idea lain.
Daim Yusuf Benda yg lekat tu, sebenarnya ada yg kuat tp korg aje salah beli. Main kaut aje pastu gi bayar kt kaunter. Dkt packaging dia dh tulis had limit berat. Ada yg sampai 10kg+ tapi mahal sikit rasanya. Gam dia pun kena pastikan betul2 cair terus lekat. Benda ni nampak aje simple, tp baik kau paku aje. Senang ??
Mariani Ali kt umah guna paip pvc & paku clip dia… senang, jimat… bila nk cuci langsir, longgarkan je clip.. siap… kukuh pon kukuh…
Jila Abdullah I memang buat cara ni pun tapi rod langsir tu i beli ikea punya. Yang pelekat tu, i beli brand Command yg besar sekali tu. Boleh tahan berapa kg tah, lupa, and pakai tiga untuk length rod dalam 2m. Tapi pakai langsir ringan je la. So far, so good. Sebab Command tu boleh tanggal bila-bila, tinggal beli double tape dia je. Tak tinggalakan bekas pun kat dinding.
Paku kiri kanan
Farah Nurdiana Ahmad Rumah mak saya pakai PVC JK..senang sangat nak buka langsir..pastu paku kiri kanan..
Roha Hayzza Mak aku guna pvc hahah pstu letak kulit telor hujung pvc, nmpk orii lahhh hahahhaa die pi spray telor tu jadi putih sama wrna ngn pvc tu, xde la nmpk batang paip.
Myda N’asmida Sy pun guna hook ni untuk langsir sliding door. Pasang awal puasa aritu setakat ni bertahan lg …
Fy Fyda Dekat rumah memang pakai ni tp lubangkan pastu skru.. Baru kukuh
Sumber: Himpunan Cerita Lawak via Makan Sedap Johor
Nak Belanja Sakan Boleh Tapi Kena Tahu Cara Pengurusan Kewangan, Deep Pesanan Bekas Pegawai Bank Ini.
Baru-baru ini, beri gembira buat mereka yang membuat pilihan moratarium, setelah kabinet setuju bank kecualikan faedah kepada penerima moratorium. Ia memberi sinar baru kepada mereka yang terjejas.
Dalam pada itu, kita perlu cakna mengurus kewangan dengan sempurna agar tidak menghadapi masalah kemudian hari.
Dalam tempoh ini, pastikan berbelanja mengikut keperluan. Lebih-lebih lagi setelah kerajaan memberi kebenaran untuk merentas daerah bagi merancakkan lagi ekonomi negara.
Nak tahu cara pengurusan kewangan yang sempurna, ikuti pesanan mantan pegawai bank ini.
Notes: Biarpun permohonan moratorium sudah berlalu, input mengenai strategi kewangan boleh menjadi panduan perancangan kewangan anda.
STRATEGI DANA SIMPANAN ANDA
1) Sebelum anda buat keputusan samada ambil Moratorium atau tidak, periksa dahulu komponen pengurusan kewangan paling penting iaitu dana simpanan tunai anda.
2) Masih ada pekerjaan, pendapatan masih kekal setiap bulan, aliran tunai masih OK, Net Worth OK…..bukanlah jaminan untuk anda bersedia menghadapi cabaran selepas 6 bulan akan datang ini.
3) Dana Simpanan anda adalah benda yang sama dengan apa yang disebut sebagai Emergency Fund, Cash Reserve atau Aset Cair.
4) Ramai yang menyebut secara umum iaitu anda mestilah mempunyai duit simpanan untuk 6 bulan, ianya betul tetapi mari kita analisa secara lebih terperinci tetapi mudah difahami semua lapisan masyarakat.
5) Ada 2 perbelanjaan bulanan anda yang besar iaitu
(i) Perbelanjaan Tetap : Ansuran Sewa Beli Kenderaan kepada Bank, Ansuran Rumah kepada Bank atau bayaran sewa rumah & Caruman Bulanan Hibah Takaful. Katakan jumlah semuanya R.M 2,000.
(ii) Perbelanjaan Isi Rumah iaitu perbelanjaan makan minum keluarga, bil elektrik dan air, bil telefon, internet, duit poket dan sebagainya. Katakan jumlah ialah R.M 2,000.
Maka Jumlah tanggungan anda sebulan ialah R.M 4,000 sebulan atau R.M 48,000 setahun.
6) Jumlah Dana Simpanan yang anda sepatutnya ada jika anda berumur 40 tahun hingga 49 tahun ialah bersamaan setahun tanggungan perbelanjaan di nombor 6 tadi.
Ianya Nisbah Semasa antara Dana Simpanan ( Aset Cair anda ) dengan Tanggungan Perbelanjaan ialah 1:1
1:1 bermaksud 12 bulan : 12 bulan iaitu Dana Simpanan mencukupi untuk menanggung setahun tanggungan perbelanjaan ( bagi yang berumur 40 tahun hingga 49 tahun ).
7) Jika terjadi apa-apa yang mengakibatkan anda kehilangan pekerjaan dan aliran tunai, aset tetap anda seperti rumah kediaman, rumah pelaburan dan tanah tidak dapat membantu dengan segera kerana mengambil masa yang lama untuk dicairkan.
Kereta pula lagi tidak membantu kerana mengalami susut nilai besar setiap tahun dan jika ianya masih lagi dalam perjanjian sewa beli, nilainya mungkin lebih rendah dari baki hutang.
Duit KWSP juga tidak boleh dikeluarkan jika belum sampai had umur, maka untuk golongan yang terjejas ada baiknya anda mohon i-Citra untuk dimasukkan ke dana simpanan anda. Ianya memberi ketenangan fikiran untuk anda mengorak langkah ke depan.
Dana Simpanan atau Aset Cair terdiri daripada wang tunai di rumah atau akaun bank, Simpanan ASB, Simpanan Tabung Haji, Unit Trust / Pelaburan tunai, Emas bar juga emas perhiasan mengikut nilai semasa.
Anda mestilah mempunyai jumlah aset cair di atas bersamaan jumlah setahun tanggungan perbelanjaan.
9) Bagi mereka yang berumur 39 tahun ke bawah, anda bolehlah mempunyai jumlah dana simpanan/aset cair berjumlah 6 bulan iaitu nisbah 0.5 : 1 dengan tanggungan perbelanjaan setahun.
Ini disebabkan dengan usia muda, anda boleh bangkit pantas untuk berniaga atau bekerja sendiri. Juga anda masih diterima dalam pasaran buruh / tenaga kerja untuk makan gaji.
10) Jika anda berumur 51 tahun ke atas, Dana simpanan / Aset cair anda mestilah nisbah 2 : 1.
Iaitu anda mempunyai jumlah aset cair untuk 2 tahun atau 24 bulan bagi menanggung perbelanjaan isi rumah jika ditimpa bencana seperti kehilangan pekerjaan atau perniagaan.
11) Pandemik kali ini akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dengan nisbah 80 : 10 : 10 iaitu 80% terjejas, 10% bertahan dan 10% terus semakin kaya.
12) Anda boleh belajar mengira sendiri Dana Simpanan / Aset Cair anda dan nisbahkan dengan Tanggungan perbelanjaan anda mengikut umur anda sekarang.
13) Jika anda dapati Dana Simpanan / Aset Cair anda hanya bersamaan sebulan atau 3 bulan tanggungan perbelanjaan, anda dalam keadaan bahaya dan saya mengesyorkan anda mengambil Moratorium 100% 6 bulan untuk mengukuhkan dana simpanan anda di samping memohon i-Citra.
14) Sebab itulah Moratorium ini bukan hanya untuk yang terjejas pendapatan dan terbuka untuk M40 dan T20 sekali. Tetapi ianya adalah kesempatan untuk anda memperbaiki dana simpanan atau aset cair anda.
15) Baru-baru ini seorang lelaki berumur 40-an yang mempunyai gaji dan elaun R.M 50,000 sebulan kehilangan pekerjaan. Kini pendapatannya ialah R.M kosong. Jumlah tanggungan perbelanjaannya sangat tinggi ( saya tidak ada data ini cuma dimaklumkan oleh seorang rakan perancang kewangan ).
Saya dimaklumkan dia mempunyai gaya hidup mewah, baiklah itu boleh tukar jadi gaya hidup B40, tetapi bagaimana untuk membayar ansuran rumah dan keretanya sekarang ?
16) Janganlah anda terlalu mengira jumlah interest dari moratorium jika anda tidak mempunyai dana simpanan untuk sebulan pun. Lebih kurang sama sahaja setiap bank di Malaysia ini.
Ianya ibarat orang yang sedang terkapai-kapai lemas di lautan dalam tetapi nak membuat analisa dan kajian dahulu jika ada yang datang nak membantu.
17) Untuk moratorium ini, jika faedah pinjaman perumahan anda ialah 3% sekarang dan anda menyimpan di ASB contohnya dengan dividen 4.5%, anda masih untung 1.5%.
Tetapi keuntungan paling besar yang sangat tinggi nilainya ialah ketenangan fikiran dan ketenteraman jiwa anda dan keluarga tersayang. Anda kini mempunyai dana simpanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akan datang.
18) Gunakan moratorium ini untuk membetulkan dana simpanan anda. Duit moratorium ini boleh simpan di ASB atau Tabung Haji supaya anda tiada risiko kehilangan modal.
Melabur itu boleh jika anda ada ilmu. Jangan laburkan duit moratorium jika anda bukan pakar. Ceritera indah untung main saham hanyalah nisbah 20:80.
Juga usah terpengaruh dengan mereka yang mengaku pakar. Pakar Ular pun mati dipatuk Ular. Pawang Buaya juga mati dibaham buaya. Jurulatih Payung Terjun mati ketika melakukan terjunan. Pakar Scuba pun boleh mati lemas, kepakaran bukanlah jaminan mereka akan selalu selamat.
19) Nasihat ini samada sesuai atau tidak sesuai untuk anda bergantung kepada situasi anda sendiri.
Saya berharap saya telah memberi sedikit sumbangan kecil kepada mereka yang membaca.
Apa pun keputusan anda ingatlah, apabila terjadi bencana nanti, tidak ada orang akan datang ke rumah anda dan berkata….. Hai, saya datang nak bayarkan ansuran rumah dan kereta anda setiap bulan.
Sayangi keluarga anda dan masa depan anak-anak.
Sumber: Mohd Shukur
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mesti Tahu 6 Fakta Tentang Bercuti Yang Pasangan Kita Wajib Tahu
Salah satu kebaikan bercuti bersama keluarga ialah merapatkan hubungan kekeluargaan. Setelah sibuk bekerja sepanjang tahun, merehatkan minda dengan melancong pastinya sesuatu yang anda nanti-nantikan.
Ikuti perkongsian saudara Taufiq Razif
1. Kajian daripada American Psychological Association merumuskan bahawa bercuti ni menurunkan stres kerana bercuti ni membuatkan kita jauh daripada persekitaran yang mengingatkan otak kita kepada stres dan rasa cemas
2. Wanita yang bercuti sekali dalam 6 tahun mempunyai 8 kali ganda keberangkalian untuk terkena penyakit jantung berbanding wanita yang bercuti sekurang kurangnya 2 kali setahun
3. Satu kajian mengatakan seseorang yang bercuti lebih daripada 10 hari mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda untuk mendapat bonus dan kenaikan gaji kerana prestasi kerja mereka lebih baik
4. Bercuti mampu menguatkan kembali ’emotional bonding’ sesama pasangan dan anak anak yang makin hari makin pudar dan lemah akibat kesibukan bekerja
5. Bercuti di tempat yang mempunyai elemen alam dan semulajadi mampu mengurangkan kesan ‘nature-deficit disorder’ pada anak anak, sebuah keadaan di mana anak kita jadi kurang gembira dan mengalami bermacam masalah dalaman akibat daripada kurang hubungan dengan alam semulajadi
6. Kajian daripada Netherlands ke atas 974 orang mengatakan merancang untuk bercuti sahaja pun dah boleh membuatkan seseorang itu bahagia walaupun belum pergi bercuti.
Jadi merancang la bercuti daripada sekarang kerana ianya mempunyai ‘mood-boosting effect’ pada diri kita. Fuh! Rancang pun dah bahagiaa!
Sebarkan info dan ilmu ni pada pasangan masing masing sekarang juga.
p/s : Nak pasangan bawa bercuti secepatnya tak? Cuba tag pasangan masing masing di bahagian komen sekarang juga dan lihat kesannya sendiri nanti 😊
#pulauredang
#grouplelakisoleh
Kesantunan Ibu Ini Membesarkan Anak Autisme Ini Sungguh Inspirasi. Biarpun Anaknya Sudah Dewasa, Kasih Sayang Tetap Utuh
Bukan calang-calang ibu yang dapat membesarkan anak yang autsme. Mereka ini mempunyai aura dan semangat yang kuat untuk membesarkan anak. Biarpun dalam suasana ada segelintir masyarakat yang tidak memahami autisme, ibu ni tetap memberi harapan untuk memberikan yang terbaik buat anaknya. Perkongsian puan Yusni Mintol sungguh bermanfaat dan moga menjadi inspirasi buat ibu yanig mempunyai anak istimewa.
Assalamualaikum
Saya emak kepada anak yang mempunyai autisme yg telah di diagnosed autisme sejak umurnya 2 1/2 tahun. Sekarang umur dia 23 tahun 2 bulan. Untuk pengetahuan anak saya juga menghidap epilipsi/sawan sejak umur 6 bulan sehingga sekarang dan masih dalam perubatan . Saya juga telah mendaftarkan dia di JKM untuk mendapatkan kad OKu seawal juga setelah Dr mengesahkan. Pada masa anak saya untuk membuat kad perlu dokumen yang amat tebal dan perlu pergi ke pakar pakar hospital kerajaan mendapat pengesahan setiap jabatan. Dari Seremban sampailah ke HKL juga. Setiap pengesahan perlu untuk mendapatkan kad. Perlu berbulan juga sebab setiap jabatan perlu ambil tarikh temujanji.
Kenapa anak saya perlukan kad OKU? Saya pun tidak pasti. Saya sayang anak saya sebab dalam masa yang sama saya juga telah mendaftar anak saya ke SJKC semasa mendaftar abangnya. Jadi harapan saya untuk dia amat tinggi juga.
Harapan buat anak
Adakah saya tidak mempunyai harapan untuk anak saya, walaupun tipis?
Saya masih berharap selepas anak saya disahkan autisme, anak saya akan mendapat intervensi awal untuknya walaupun tiada perkhidmatan google, tiada sek khas yg sesuai, tiada penempatan untuk anak saya dan yang paling sedih pegawai perubatan juga kurang tahu tentang autisme. Perlukah saya berdiam diri? Jawapan adalah perlu. Berdiam dan mencari jalan. Ok pertamanya saya perlu menghabiskan urusan mengenai kad OKU itu yang terlintas. setelah siap dengan anak saya yang selalu keluar masuk hospital sebab sawan membuat saya lagi rasa peluang untuk dia ke sekolah memang tipis. Dengan masalah tingkahlaku yang belum satu pun selesai dengan masalah pertuturan juga ke laut. Yang selesai seawalnya bagi anak saya adalah toilet training. Itu yang saya dapat buat untuk dia.
Habis bab untuk kad oku.
Saya pun tidak tahu kenapa anak saya perlu ada kad OKU, pegawai beri senarai kebaikan memiliki kad OKU bukan sebab untuk mendapat elaun bulanan yang membuat saya apply kad itu. Pertama anak saya perlu rawatan setiap masa, kad ini amat saya perlukan dengan masalah kami masa itu adalah kewangan. Saya sudah berjanji jika anak saya ok di aliran perdana dan boleh mengikuti setiap kelas saya akan simpan kad itu.
Perancangan Allah lebih baik untuk saya. Saya pertama kali menggunakan kad OKU semasa proses membuat pasport untuk kami sekeluarga ke Brunei. Alhamdulillah selepas itu memang kad sentiasa ada dalam hand bag saya, bukan di almari.
Semalam anak saya keluar hospital untuk rawatan gigi di Hospital Serdang jika saya tidak ada kad OKU segala urusan memang lambat perlu ikut no giliran tapi ada kad dapat sahaja di kaunter ekspress. Sehinggalah discharge semalam mudah sahaja saya lihat bayaran yang perlu dibayar jika tiada kad OKU adalah mencecah RM 4k. Saya lihat rounding adalah RM 0.00 Alhamdulillah
Jadi pada yang ragu ragu untuk mengisi borang OKU boleh lah fikir secara positive. Jika anak anda sendiri ok dan boleh bersama kanak kanak sebaya dengan nya di sekolah boleh lah ‘apply’ kad OKU dan bila dah dapat simpan ketat ketat dalam peti besi. Jangan dibuka buka ok. Tapi jika anda memerlukan buka lah dengan berlapang dada yang luas. Sebab kad itu tidak memberi kesan jika anak kita ok. ?
Jangan melambatkan proses intervensi anak hanya sebab sifat menidakkan kita terlalu tinggi. Jadilah ibubapa yang positive demi kebaikan anak kita. In shaa Allah.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita
Saya jua manusia biasa dan apa yang anda rasa sekarang saya lalui semua. Beza masa anak saya kecil semua orang tidak tahu autisme. Masyarakat kurang pengetahuan. Bersyukur pada yang berada pada masa sekarang sebab sebut sahaja nak buat apa semua ada. Jadi jangan abaikan setiap yang ada sekarang. Bertindak segera.
Anak saya sudah hampir 24tahun tapi saya masih berharap untuk anak saya. Berusaha untuk dia selagi ada hayat saya. Walau tidak pernah jejak kaki ke aliran perdana saya masih menyimpan harap untuk dia. Saya tahu tahap dia di mana. Saya berusaha in shaa Allah.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” ?
Sekian terima kasih.