
Asyik batuk aje sejak minggu ni. Dah cuba dapatkan rawatan doktor, apa kata cuba cara alami pula.
Ikuti perkongsian ini. Mana tahu boleh jadikan amalan.
petua hilangkan batuk cara alami.
Rasanya hari terakhir saya makan ubat klinik sebab demam atau selsema tahun 2012.
Sejak amalkan berbekam dan mengikut petua ini, memang cepat hilang selsema saya. Selalunya sebelum demam, saya akan selsema dulu.
Jika saya biarkan, saya akan bersin pula, sakit tekak, batuk dan demam akhirnya.
Sejak tahu petua ini, bila mula saja selsema, saya terus bancuh air azimat ini. Sebab ia seperti membantutkan penyakit yang baru nak jadi.
Bermula 9pm saya bersin dan selsema, 9.15pm saya bancuh dan minum. Dalam 10.30pm berhenti semua penyakit. Esoknya sihat seperti sediakala. Alhamdulillah
Mari Saya kongsikan. Hanya 3 bahan saja.
Bahan-bahan dan penerangannya ada pada setiap gambar.
Sumber: Azizah Che’ Meh
‘Pasang Niat Beri Bulanan Konsisten Untuk Isteri, Jadikan Ia List Utama Bukan Terakhir.’ Lelaki Ini Kongsi Berkat Rumahtangga.

Islam ini adalah agama yang sempurna. Dalam perkahwinan itu, pasangan perlu saling melengkapi.
Suami sebagai ketua keluarga, Suami wajib melayani isteri dengan baik. Manakala untuk isteri pula, anda wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya.
Begitu juga dengan hal wang nafkah untuk isteri. Mungkin ia nampak remeh tapi sebenarnya ia sangat penting untuk berkat duit suami.
Mula-mula kena pasangan niat, kemudian declare. Mudah ajer nak berkat.
Contohnya: “Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya.”
Full stop.
Para suami kena ingat. Wajib tahu. Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur. Nafkah untuk isteri kena declared betul-betul clear.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli. Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.
Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir.
Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu.
Cukup pulak. Magik sungguh.
Sebenarnya bukan magik pun. Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.
Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri.
Cuba fikir satu benda ni sahaja. Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?
Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami.
Kalau jadi apa-apa pada suami bagimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.
Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri.
Kalau kasih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu.Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya.
In Shaa Allah.
Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas.
Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.
Sumber: Akhtar Syamir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ini 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian Yang Kena Tahu, Supaya Mudah Dan Tidak Bebankan Waris.

Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965.

▪Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
▪RM3000
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Makeup Eyra Melekat Pada Bibir Haziq, Undang Lucu Warganet!

Pastinya ramai antara kita suka melihat perkembangan dan perkongsian Eyra dan suaminya Haziq di media sosial. Apatah lagi melihat gelagat comel anak-anaknya berada di stadium untuk memberi sokongan setiap kali Haziq turun beraksi di padang.
Nak dijadikan cerita, beberapa bulan yang lalu pasukan JDT berjaya merangkul kejuaraan menentang TFC pada Piala FA September lalu, barisan keluarga pemain diberi kesempatan untuk sama-sama turun meraikan kemenangan.
Namun sempat berlaku satu insiden melucukan ketika Haziq menghadiahkan satu kucupan kepada isterinya di dahi.
Tak disengajakan, makeup yang dipakai Eyra ketika itu malah melekat dan kesan tersebut jelas terlihat di bahagian bibir pemain tersebut.
Gara-gara ditegur oleh si adik kononnya solekan itu tebal, aktres tersebut lantas menundukkan wajah dek kerana merasa malu tapi sempat juga sambung usik suaminya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan pasangan suami isteri tersebut. Walau bagaimanapun mereka faham, bukanlah solekan Eyra itu terlalu tebal namun ia mula mencair kerana peluh susulan suasana stadium yang agak panas.
Sumber : TikTok honeymust3