Buat Ayam Percik Bakar Atas Dapur Je Walau Guna Arang. Rasa & Aroma Memang Power, Begini Cara Buatnya!

Share

Sebut sahaja ayam percik,  tentu ada yang sudah dapat membayangkan betapa enaknya rasa ayam bersama kuah percik yang dibakar dengan arang. Keaslian rasanya cukup istimewa dan tidak dinafikan  ayam percik yang dibakar bukan sahaja berbeza rasanya malah aroma ketika dibakar sudah cukup membuatkan sesiapa yang ada di sekitar kawasan membakar ayam berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang cukup  menyelerakan itu.

Namun apa yang menjadi kesukaran bila teringin hendak sediakan ayam percik dengan rasa yang enak dan beraroma namun tiada pula ruang untuk membakar, Puan Nor ‘Aini Muhaimin ada cara untuk selesaikannya.

Menurutnya, ada cara untuk membakar menggunakan dapur gas namun menggunakan arang. Menarik bunyinya bukan? Jadi jom kita lihat perkongsiannya dan bolehlah diguna pakai untuk yang teringin sangat menikmati ayam percik yang dibakar dengan arang.

Ini perkongsiannya;

“Ayam percik kelantan harini. Ini cara saya bakar ayam atas dapur gas tapi guna arang. Dapur tidak kotor dan ayam pun bau arang.”

Bahan-bahan yang diperlukan ketika membakar

  1. Kuali lama
  2. Arang

“Saya guna kuali yang sudah lama dan tidak digunakan. Bara arang tu saya buat dahulu.. bila arang dah jadi bara, saya masukkan dalam kuali. Api gas tu tujuannya untuk memanaskan lagi arang yang belum jadi bara dan untuk memaksimumkan kepanasan bara.

Bila semua arang sudah jadi bara, boleh la tutup api gas tu. Abu bara tu tak bersepah-sepah sebab ianya berkumpul dalam kuali tu je.

Resepi kuah percik:

Bawang besar 3 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Lada kering*
Sedikit belacan*
Halia*
Ketumbar 2 sudu*
Asam keping sekeping
Santan KARA 2 kotak

Cara penyediaan :
1. Blender semua bahan bertanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk.

2. Masukkan santan, garam gula dan asam keping.

3. Sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul. Bila sudah pekat, tutup api.

Sumber : Nor’Aini Muhaimin 

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club