Sebut sahaja ayam percik, tentu ada yang sudah dapat membayangkan betapa enaknya rasa ayam bersama kuah percik yang dibakar dengan arang. Keaslian rasanya cukup istimewa dan tidak dinafikan ayam percik yang dibakar bukan sahaja berbeza rasanya malah aroma ketika dibakar sudah cukup membuatkan sesiapa yang ada di sekitar kawasan membakar ayam berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan itu.
Namun apa yang menjadi kesukaran bila teringin hendak sediakan ayam percik dengan rasa yang enak dan beraroma namun tiada pula ruang untuk membakar, Puan Nor ‘Aini Muhaimin ada cara untuk selesaikannya.
Menurutnya, ada cara untuk membakar menggunakan dapur gas namun menggunakan arang. Menarik bunyinya bukan? Jadi jom kita lihat perkongsiannya dan bolehlah diguna pakai untuk yang teringin sangat menikmati ayam percik yang dibakar dengan arang.
Ini perkongsiannya;
“Ayam percik kelantan harini. Ini cara saya bakar ayam atas dapur gas tapi guna arang. Dapur tidak kotor dan ayam pun bau arang.”
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan ketika membakar
Kuali lama
Arang
“Saya guna kuali yang sudah lama dan tidak digunakan. Bara arang tu saya buat dahulu.. bila arang dah jadi bara, saya masukkan dalam kuali. Api gas tu tujuannya untuk memanaskan lagi arang yang belum jadi bara dan untuk memaksimumkan kepanasan bara.
Bila semua arang sudah jadi bara, boleh la tutup api gas tu. Abu bara tu tak bersepah-sepah sebab ianya berkumpul dalam kuali tu je.
Ads
Resepi kuah percik:
Bawang besar 3 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Lada kering*
Sedikit belacan*
Halia*
Ketumbar 2 sudu*
Asam keping sekeping
Santan KARA 2 kotak
Cara penyediaan :
1. Blender semua bahan bertanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan, garam gula dan asam keping.
Ads
3. Sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul. Bila sudah pekat, tutup api.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang wanita apabila mengetahui diri mengandung dan bakal bergelar ibu. 9 bulan mengandung perut, lahir cahaya mata yang menjadi pelengkap hidup pasangan ini.
Lebih istimewa lagi, pasangan ini dikurniakan tiga bayi kembar menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga mereka.
Ini dirasai Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, apabila menerima orang baharu dalam hodup mereka.
Dr Siti Nurul Aishah berkata, kelahiran itu hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji diusahakan mereka tahun lalu.
Katanya, beliau sebelum ini sudah berusaha selama dua tahun untuk hamil secara semula jadi dan pernah mengalami keguguran.
Keadaan itu membuatkan beliau tidak mahu menunggu terlalu lama lagi untuk hamil kerana sedar tahap kesuburan wanita akan semakin merosot mulai usia 35 tahun.
Jadi, rawatan kesuburan adalah ikhtiar mereka untuk memiliki zuriat sendiri dan untuk itu mereka mendapatkan rawatan dengan Perunding Obstetrik dan Ginekologi hospital itu, Dr Thokha Muhammad.
“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.
“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga.
“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.
“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya yang mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilannya,” katanya.
Tiga bayi mereka itu yang dinamakan Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal dengan berat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Bagi Dr Nurul Aishah dan suaminya, kejayaan mereka dalam rawatan IVF itu diharap menjadi pemangkin kepada pasangan lain melakukan ikhtiar sama.
“Kami membelanjakan kurang RM40,000 untuk tujuan ini. Ia sangat berharga kerana kami dianugerahkan tiga cahaya mata yang begitu menenangkan jiwa, pelengkap kebahagiaan dan Insya-Allah mendidik kami sebagai ibu bapa terbaik untuk mereka.
“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya.
Bercerita mengenai tiga bayinya itu, semua dihantar ke TASKA dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang dan mereka tidak menghadapi masalah kecuali perlu membiasakan diri kerana kini mempunyai tiga anak.
“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir itu keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal. Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.
Pernah dengar ungkapan, setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita yang berdiri teguh dibelakangnya. Tidak mustahil andai dikatakan isteri adalah ‘magnet rezeki’ dalam rumah tangga. Berbuat baik dengan isteri dan anak-anak, pasti rezeki seseorang lelaki itu bertambah.
Seorang isteri tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas segala pengorbanannya. Memadai dengan curahan kasih sayang murni dari seorang suami. Dengan doa yang ikhlas, dan tanggungjawab yang dijalankan dengan solehah, nescaya hati suami pun akan lebih tenang untuk mengharungi pelbagai cabaran.
Berkongsi pendapat mengenai hal ini, jelas saudara Mohd Fhais yang banyak menulis tentang tip keibubapaan dan rumah tangga, beberapa perkara ini perlu dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya.
Manjakan isteri, rezeki manja dengan kita.
Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki. Bukan penyempit.
Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya. Kalau lepas kahwin rezeki jadi sempit tu mesti ada silapnya dalam rumahtangga. Salah satunya ialah bila si suami tidak betul-betul menjaga amanah isteri.
Berikut 5 perkara penting yang suami kena buat kepada isteri.
1. Ambil tahu kisah dia Ambil tahu apa yang isteri kita lalui setiap hari. Kena prihatin, empati dan sokong setiap yang isteri ngadu. Isteri dah tolong kita banyak sangat, ini masa untuk balas jasa dia.
Kalau nak tahu, menurut kajian saintifik minda wanita ni berfikir 10 kali ganda lebih laju dari lelaki. Sebab itulah terapi wanita ni ialah dengan bercakap. Semakin banyak dia bercakap semakin lega minda dia.
Jadinya, kita balas jasa isteri dengan rendahkan diri dan tadah telinga bila isteri bercerita. Boleh hilang stress dia.
2. Bantu buat kerja rumah Wanita ni hebat. Dia boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi itu bukan lesen untuk kita lepas tangan. Alah, dah memang kerja isteri, isteri la kena buat.
Silap tu bang.
Kalau ikut budaya ye isteri buat semua kerja untuk suami tapi kalau ikut agama suami yang kena buat semua kerja untuk isteri. Mana satu betul, Budaya ke Agama?
3. Beri pujian Telinga wanita ni sangat sensitif. Walau sekali pun kita cakap kasar dengan diorang, sampai ke tua dia akan ingat. Begitu juga pujian.
Lelaki ni minda dia 6.5 kali lebih tinggi “Gray Matter” dari wanita itu sebab dia cakap main lepas je. Apa yang dia cakap 5 minit lepas pun dia tak ingat dah.
Tapi wanita sekali dengar boleh ingat sampai 50 tahun, “White Matter” diorang 10 kali lebih tinggi daripada lelaki jadi memori dia kuat.
Jadi bang, hati-hatilah bila cakap dengan isteri tu.
4. Beri hadiah atau buat suprise Ya, sekali sekala tu buat suprise kat isteri tu besar manfaatnya. Baru ni saya ada buat suprise masa harijadi isteri, beri bunga yang berharga rm60 tapi dia punya gembira macam dapat emas harga rm600.
Nak buat suprise atau beri hadiah ni tak perlu tanya. Ada niat, terus beli lepas tu bagi.
Walaupun hadiah tu bunga tak boleh di makan, tak boleh simpan lama-lama bunga layu tapi percayalah kalau isteri dapat bunga dari suami hati dia akan terus berbunga-bunga dan ingat sampai mati kenangan ni.
5. Jadi kawan baik Wanita berkahwin dengan lelaki asing bukan untuk cari penganti bapa dia tapi dia mahukan seorang teman yang boleh memikul tanggungjawab bapanya.
Boleh beri perhatian penuh bila dia nak mengadu dan meminta bantuan.
Teman yang tidak gelak bila dia di timpa musibah, teman yang tidak sampai hati peluk tubuh melihat dia buat kerja seorang diri dan teman yang membimbing dia ke syurga. Itulah peranan suami sebenar!
Tak ada istilah isteri tak boleh di manjakan nanti dia pijak kepala. Itu khurafat!
Isteri la orang paling wajib dimanjakan sebab isteri jambatan rezeki si suami.
Tak percaya?
Balik nanti terus je buat 5 perkara ni kat isteri. Tengok macam mana mood isteri tu berubah dan jangan terkejut tiba-tiba rezeki melimpah ruah. Suami kaya ialah suami yang rajin manjakan isteri dia.
p/s : Begini, kalau nak selalu dapat tips rumahtangga dan hubungan suami isteri percuma boleh je join channel telegram saya. Percuma je. Klik ?t.me/CoretanFhais
Setiap orang punya cara tersendiri untuk melangsaikan hutang, baik ketika belajar mahupun selepas bekerja. Bagi pelajar yang mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), akan membayar semula pinjaman tersebut secara ansuran usai bekerja. Baik secara potongan gaji atau sebagainya. Tanpa menyedari sebenarnya ada cara yang lebih jimat boleh digunakan ketika ini.
Jom baca perkongsian yang dibuat @Hasnom07 ini tentang cara untuk membayar balik pinjaman dengan cara lebih berbaloi iaitu melalui simpanan emas.
Alhamdulillah, tercapai hasrat saya utk setelkan semua hutang pengajian sebaik sahaja tamat belajar di universiti.
Saya ambil masa 2 TAHUN buat simpanan khas utk bayar balik pinjaman PTPTN dgn menggunakan simpanan emas sepanjang tempoh belajar.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...