Menghitung hari menjelang bulan Ramadan, rata-rata dah mula buat persiapan untuk memasuki bulan yang mulia ini. Tambah lagi tahun ini dah boleh bertarawih di surau, bertambah teruja orang Islam untuk menjalani ibadah wajib ini.
Malah, ada juga yang tak sabar dan rindu suasana berbuka dan bersahur. Bagi yang jenis sahur dan berbuka perlu makanan berat, dari sekarang dah diatur menu masakan.
Tetapi bagi yang sahur kurang rasa untuk menjamah makanan, boleh dari sekarang ni buat pati kurma homemade untuk buat minuman pada waktu sahur, insyaAllah seharian berpuasa kan tetap bertenaga.
Alang-alang nak borong kurma untuk makan berbuka, boleh la beli sekali untuk dibuat pati ini. Nak tahu buat macam mana? Jom tengok di bawah!
RESIPI PATI KURMA HOMEMADE
Bahan-bahannya:
Kurma
Cara-caranya:
1. Buang biji dan basuh bersih kurma.
2. Kukus kurma selama 20 minit.
3. Kisar kurma menggunakan pengisar sehingga hancur.
4. Simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk.
5. Bila nak minum, campurkan 2 sudu pati bersama susu. Sedia untuk diminum! Boleh campur madu, badam, kismis dan apa-apa yang sesuai.
Sumber : Nadia Lafti via myresipi