Buah mangga muda kalau diracik nipis untuk dijadikan kerabu  atau sambal memang sedap. Kecur liur pula terbayang rasanya, apatah lagi jika dicampur bersama ikan rebus.

Rupanya buah ini boleh dijadikan asam keping, hiris nipis-nipis dan dijemur. Kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara untuk tahan lebih lama. Ini tip yang dikongsikan oleh Suez Tiez.

Buat Asam Keping Guna Mangga Muda. Mudah & Murah, Tahan Lama Pula Tu. Ini Caranya!
Gambar sumber google.

Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa2 jenis pun tak kisah). Yang di bawah ni saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap.

Asam gelugor tempat saya susah na jumpa. Kalau buah mangga senang 😂. Kat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor. Dia guna asam keping buah mangga muda ni je. Saya belajar dan buat sendiri dari dia. Caranya ada di gambar di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua sahabat2.

Cara membuat:

Buat Asam Keping Guna Mangga Muda. Mudah & Murah, Tahan Lama Pula Tu. Ini Caranya!Buah mangga muda yang dikupas di potong nipis2 atau hiris kecil2 pun boleh. Janji senang kering. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betol2 kering dan simpan dalam botol kedap udara.. baru tahan lama.Buat Asam Keping Guna Mangga Muda. Mudah & Murah, Tahan Lama Pula Tu. Ini Caranya!Jemur di bawah panas terik.Buat Asam Keping Guna Mangga Muda. Mudah & Murah, Tahan Lama Pula Tu. Ini Caranya!Lagi nipis lagi cepat kering.Buat Asam Keping Guna Mangga Muda. Mudah & Murah, Tahan Lama Pula Tu. Ini Caranya!Potong nipis2 atau hiris kecil2 pun boleh. Janji senang kering.

Edit: Terima kasih atas respond. Ramai yang tanya perlu kupas kulit ke tak? (ada saya terangkan dalam cara2 tapi takpa mungkin terlepas pandang). YA perlu kupas kulit. Yang tanya apa2 jenis mangga pun boleh ke? Ya macam saya jelaskan di atas apa2 mangga pun boleh. Yang minta izin share saya tak kisah dan izinkan. Lebih ramai share lebih ramai dapat manfaat. Harap2 dimusim pkp ni dapat menolong ramai berjimat guna apa yg ada di sekeliling 😊.

Ads

#homemade

#jimatmurahdanmudah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI