Buat Apam Balik Simple, Rasa Macam Jual Di Pasar Malam. Masak Dalam Kuali Je Pun Jadi!

Share

“Pkp ni dah tak ada pasar malam, tak ada pasar lambak.. so susah nak dapatkan kuih APAM BALIK..😋 Jom la ibu2 bapak2 kita buat sendiri.. Bahan-bahan pun mudah dapat.. buat pun senang jer..Nanti dah pandai boleh open oder dekan jiran-jiran dan kawan-kawan .. boleh tambah pendapatan kan,” ujar Linda Masdar di salah satu grup masakan di Facebook.

Kenyataan Linda ini atau mesra di sapa mama ini ada betulnya. Tentu bukan dirinya seorang yang rindu untuk menikmati enaknya rasa Apam Balik yang dibeli di pasar malam dek kerana sudah terlalu lama kita semua menjalani PKP.

Jadi untuk itu, Linda turut berkongsi resipi Apam Balik untuk anda cuba dan ternyata perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet dan ramai tidak sabar untuk mencuba resipi tersebut.

Ini memandangkan bahan-bahan yang digunakan dan cara membuat Apam Balik nampak mudah dan ringkas. Jadi untuk anda yang pertama kali ingin membuat resipi ini, bolehlah lihat detail langkah demi langkah yang dikongsikan di sini.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
2 sudu besar butter (cairkan)

Gula pasir, jagung krim manis dan kacang tumbuk untuk ditaburkan

Cara Masak
1. Panaskan pan dan disapu dengan sedikit butter.

2. Masukkan sesenduk adunan ke dalam pan dan ratakan.


3. Biar sampai keluar bubble baru tabur gula, kacang dan jagung. Ikut suka korang nak letak banyak mana.


4. Setelah itu boleh sapu sedikit butter dekat kulit tu bagi dia moist gitu.. kalau suka garing boleh terus makan

Ektra info : Satu adunan dalam 12 keping biasa mama dapat, buat kecil-kecil senang anak cucu nak makan

Sumber : Linda Masdar 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/

, baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Caranya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BUAT ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club