Buat Apa Beli, Kalau Boleh Buat! 11 Biskut Raya Yang Anda Boleh Buat Sendiri Tanpa Oven. Paling Senang, Tak Perlu Bakar

Share

Tak semua orang memiliki peralatan dapur yang lengkap. Ada yang hanya membeli peralatan utama sahaja bagi mengelakkan pembaziran. Contohnya oven, ianya hanya selalu digunakan apabila musim perayaan sahaja.

Namun apabila musim perayaan tiba, oven atau ketuhar seakan satu keperluan memandangkan ramai yang ingin membuat biskut raya untuk dihidangkan kepada para tetamu, memberi buah tangan kepada sanak saudara dan rakan taulan juga untuk kudap-kudap sendiri. 

Penggunaan oven ini ada kalanya merisaukan juga kerana bimbang bil elektrik akan melambung. Malah ada yang hanya menggunakannya setahun sekali sahaja. Bila tiba masa untuk menggunakannya, tiba-tiba rosak pula. 

Anda tak perlu risau kerana tak semua biskut raya memerlukan oven untuk membakar. Malah kebanyakkan biskut yang menjadi kegemaran adalah yang tidak dibakar. 

Jadi tak perlu risau atau pening kepala kerana ada 11 jenis biskut raya yang anda boleh buat tanpa perlu menggunakan oven bakar. Mudah sahaja dan pastinya raya anda kali ini masih meriah dengan pelbagai jenis biskut raya dan juadah.

1.CORNFLAKES MADU TANPA OVEN

Bahan-bahan

-cornflakes 1 kotak besar (nestle)
-5 sudu besar madu
-5 sudu besar susu pekat
-250g buttercup
-5 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
-papercup secukupnya.

Cara-cara

-Masak dalam kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja.. Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan, kecuali cornflakes.
-Jangan tuggu buttercup cair baru nak masak semua bahan-bahan.. Nanti tak menjadi..
-Kacau sampai sebati.. Sudah mendidih tutup api..dan biarkan sejuk atau agak suam.
-Jangan risau adunan tidak akan pekat.. Dah sejuk masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam. (api jangan buka)
-Isilah ke dalam papercup, atur dalam talam kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 10 minit, boleh dihidangkan.
-Kalau ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tak lemau.

2.RESEPI ALMOND CRUNCHY CHOCOLATE 2 BAHAN

Bahan -bahannya :

-Badam (terpulang nak guna yang jenis hiris panjang @ slice)
-Coklat masakan

Cara- cara :

1. Bakar badam tu dulu (untuk bagi crunchy). Saya bakar almond tu dengan suhu 150°c masa 20 minit (bergantung pada oven masing-masing ye). Untuk yang tiada oven boleh sangai atas dapur (sangai tanpa minyak) dengan api sederhana dan sejukkan badam.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
3. Bila coklat dah cair dan sejuk sikit, boleh masukkan badam yang dibakar tadi, gaul sampai sebati. Pastikan semua badam bersalut coklat.
4. Masukkan badam kat dalam paper cup kecil. Boleh guna sudu kecil. Selepas tu susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!!

3.BISKUT RAYA TANPA BAKAR COKLAT

Bahan-bahan

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
– Butter : 200 gram
-Serbuk koko : 120 gram
-Susu Pekat : 100 gram
-Biskut Marie : 300 gram

BAHAGIAN COATING
1. Chocolate compund (Dark chocolate) : 200 gram

Cara – cara :

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

1. Cairkan butter ..Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko ..panas-panas tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama. Dah cair butter tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
– Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain nanti rasa kurang kick.. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.
-Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
-Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti.
-Lepas tu buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah.
– Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
– Setkan ke dalam peti selama 10 minit-20 minit

BAHAGIAN COATING

– Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate.
– Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
– Hias ikut kreativiti anda or boleh pakai chocolate flakes.
– Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh di tak melekit.
-Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap tau.

4.BISKUT MAKMUR NESTUM (TANPA OVEN)

Bahan-bahan

1 ketul butter @ secawan planta
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan nestum
Susu tepung secukupnya

Cara-cara

1. Cairkan butter dan biarkan sejuk (panas pun boleh guna senduk masa gaul)
2. Sangai tepung (goreng tanpa minyak) sehingga kekuningan
3. Gaul tepung, butter & gula (saya guna brand CSR sbb lebih halus)
4. Adunan sebati baru masukkan nestum dan gaul
5. Bentukkan adunan bulat-bulat @ ikut suka
6. Gaulkan dengan susu tepung. Siap

5.RESEPI POPIA BERSALUT COKLAT VIRAL

1 bungkus kulit popia
Coklat coin (guna beryls milk + dark choc)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu, letak kuaci)
Manik hiasan
Cawan biskut

Cara-cara

– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni untuk memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate.
– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yang diingini.
– Setelah selesai, potong kulit popia memanjang.1 gulungan potong jadi 8. Ikut selera.
– Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15 min.
– Goreng hingga keemasan.
– Panaskan coklat coin double boil.Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
– Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
– Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!

6. POPIA COKLAT

Kulit popia
Coklat Beryls (milk compound)
Nestum/badam

Cara-caranya

1.Setiap keping kulit popia dipotong jadi 6 bahagian. Gulung comel2 & letak gam. (Tepung gandum +air bancuh pekat)

2.Biarkan sekejap (rehatkan gulungan sampai dia keras sikit untuk kekalkan bentuk popia tu bulat). Lepas tu goreng.

3.Double boilkan coklat Beryls & celup popia yang dah goreng tadi. Salut dengan nestum atau badam sangai pun sedap. Simpan dalam bekas kedap udara. Nak best simpan dalam peti ais.Siap!

7. BISKUT KACANG

Bahan-Bahan:

Badam Cincang
Coklat Masakkan nak lagi sedap guna coklat milk

Cara Membuat :

1.Sangai (goreng tanpa minyak) badam hingga masak/keperangan pastu sejukkan.
2.Cairkan coklat secara double boiler
3.Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat
4.Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup
5.Masukkan dalam peti ais biarkan keras.
6.Pastu bolehla simpan dalam bekas kedap udara

P/S:Boleh tabur coklat rice yang warna warni tu kat atasnya,bagi nampak berseri lagi.

8. BISKUT RAYA TANPA BAKAR COKLAT NESTUM OREO

Bahan-bahan

Coklat
Nestum
Oreo
Planta

Cara-cara

1. Cairkan coklat n planta. Guna kaedah double boiler a.k.a mengukus. Masak air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian letak bekas (yana guna periuk) berisi coklat. Tunggu hingga coklat cair masukkan planta. Gaul sebati.

2. Masukkan nestum dan oreo dalam 1 plastik. Tumbuk dengan batu lesung bagi hancur.

3. Gaulkan coklat, nestum dan oreo dalam 1 bekas.

4. Masukkan dalam papercup. Boleh taburkan nestum, manik-manik warna atau apa-apa je untuk hiasan.

5. Masukkan dalam peti ais selama 5 minit atau hingga keras. Kemudian keluarkan dan masukkan dalam bekas kedap udara. Letak dalam suhu bilik.Siap!

9. BISKUT GOLEK KAKMIRA

Bahan-bahan

20 keping biskut mery
3 sudu milo
4 sudu susu pekat
Kacang tumbuk / nak tukar cornflakes pon boleh / bubble rice

1.Campur semua dan bulatkan macam bola
2.Golek ke dalam nestum @ kacang tumbuk, nak lagi sedap..golek dalam badam cincang…
3.Saya guna kacang tumbuk jer…
4.Simpan dalam peti sejuk setengah jam…
5.Adunan ni boleh dapat 40 biji biskut

10. KUIH MAKMUR BISKUT RAYA TANPA BAKAR

Step A

600gm tepung gandum (digoreng tanpa minyak hingga gebu)
1 ½ cawan minyak sapi
1 cawan gula icing (ayak dulu ek)

Bila tepung dah sejuk, satukan semua ni dan gaul hingga sebati. Adunan nanie tak terlalu keras, tak terlalu lembut tapi boleh di kepal atau dibulatkan. Semua guna tangan je, tak payah guna mixer. Nanie timbangkan 10gm tepung ni. Siap step 1.

Step B

500gm kacang tanah (nanie guna yang dah siap kisar beli dari kedai bahan kek. Ni baki nanie buat biskut Mazola)
200gm gula kastor
70gm Pure Butter

-Gaulkan semua ni sampai boleh dikepal dan bulatkan. Then sukat guna 1 sudu teh rata tau, lepastu kepal atau bulatkan. Jadi semua nampak sama saiz dan cantik nanie suka buat cecantik.

-Okay, bila dah ada 2 step ni, ambil tepung yang dah di timbang 10gm tadi.. Leperkan dan masukkan inti kacang yang dah di cetak bulat-bulat tadi. Pastu tutup dan gentel macam kita nak buat pau ke kan. Kalau nak buat bentuk daun lonjongkan sikit. Ambil penyepit nak sepit tart dan sepit lah ala-ala urat daun. Kalau rasa tak nak, buat bulat pun okay.

-Susun atas loyang yang dah di sapu shortening atau letak paper. Nanie bakar guna api atas bawah. Suhu 160°c. Tapi akak-akak boleh ikut suhu oven sendiri yer. Dalam setengah jam nanie tau dia dah masak.

-Macam mana nak tau dah masak? Nanie bau kacang yang dah digaul pure butter tu di bakar dalam masa 30minit tu tau.. Bukan bau tepung dibakar. Memang lemak sangat bau dia.. Cuba try test.Dah masak, keluarkan dan biarkan bebetul sejuk. Ikut step ke 3.

Step C

200g susu tepung ( tak kisah apa, nanie beli kat kedai bahan kek. Yang memang nampak kekuningan sebab bebetul lemak)
250g gula aising

Gaulkan sebati dulu semuanya. Lepastu masukkan biskut yang dah sejuk dan golekkan dengan lemah lembut.. Susun dalam bekas.. So, Biskut Makmor Gebu dan inti penuh is Donee.

11.CHOCOLATE CORNFLAKE PEANUT BUTTER CLUSTER

 Bahan-bahan

150g / 5 cawan cornflakes
350g / 2 cawan dark chocolate. Saya guna brand Beryls. Milk pun boleh
125g / setengah cawan smooth peanut butter

Optional:
Setengah cawan almond/ kacang cincang

Cara-cara

– Panaskan chocolate + peanut butter guna kaedah double boiling
– Bila semua cair, tunggu sejuk sikit
– Masukkan cornflakes + kacang kisar
– Gaul rata & sudukan masuk dalam paper cup
– Letakkan gula hiasan atau lebihan kacang tadi
– Masukkan dalam peti ais bahagian chiller dalam 10 minit
– Keluarkan dari peti ais & simpan dalam bekas kedap

Sumber: Resepi Dapur Opah

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club