Bila di rumah, ibu bapa pastinya mahu meluangkan masa bersama anak dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Memasak antara aktiviti yang sangat sesuai untuk dilakukan bersama seisi keluarga.
Jangan bimbang, pencuci mulut boleh dijadikan menu masakan yang boleh dilakukan bersama anak di dalam rumah sahaja. Dengan perkongsian resipi daripada Hafidz Ahmad yang sangat bermanfaat ini, anda semestinya perlu mencubanya.
Bukan cream puff biasa, tetapi resipi kali ini membawa sedikit kelainan kerana selain daripada rasanya yang sedap, lemak dan berkrim, warnanya juga sangat menarik dan cantik untuk dihias. Selamat mencuba.
Cream Puff Cendol
Bahan-Bahan:
- 100 gram butter
- 150 gram air
- 140 gram tepung
- 3 biji telur saiz B
- Sedikit emulco pandan
- Sedikit pewarna hijau
Inti Cream Cendol
- 200 gram instant custard
- 250 gram UHT whipping cream
- 150 ml Air
- 250 gram fresh cream
- 100 gram gula melaka (yang dicairkan)
- 150 gram cendol
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.
- Didihkan air bersama butter, emulco hijau dan pewarna hijau. Perlahankan api dan masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.
- Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
- Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak. Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya. Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.
- Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar 20-25 minit sehingga bertukar warna perang keemasan.
- Putarkan instant custard, UHT whipping cream dan air sejuk dan gula melaka-ketepikan
- Dalam bekas lain, putarkan fresh cream hingga soft peak. Kemudian masukkan campuran custard tadi dan putar hingga kental. Masukkan cendol dah kaub balik sahaja
- Filling disaran kan buat terlebih dahulu dan smpn dlm peti supaya betul-betul kental baru snang paip.
Sumber: Hafidz Ahmad