Perkongsian daripada Puan Asrimah Bakri  di akaun fbnya tentang cara dia menyediakan 7 jenis pes dalam sehari, cukup mengujakan. Apa tidaknya, dengan memperuntukkan satu hari telah memudahkan urusannya memasak untuk sebulan.

Buat 7 Pes Dalam Sehari, Wanita Ni Mudahkan Urusan Memasak Untuk Sebulan!

Jika dilihat, sewajarnya cara yang sama juga harus kita lakukan untuk memudahkan urusan memasak apatah lagi bila mana jika ibu tersebut berkerja. Tersedianya stok pes yang pelbagai di dalam peti sejuk, pastinya menu yang kita sajikan setiap hari pelbagai dan menyelerakan dan paling menyeronokkan memasak selepas balik kerja bukan lagi tugas yang leceh dan memenatkan.

Untuk itu, jom kita ketahui bagaimana untuk menyediakan 7 pes tersebut.

SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji(hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.

Cara peyediaan:

  1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak & naik bau.
  2. Masukkn asam jawa,garam,gula,perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)
  3. Setelah siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,goreng bilis, masukkan sambal tumis.

Pes ASAM PEDAS

Bahan-bahan:
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1sudu besar halba(sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.

Ads

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak,masukkan halba,serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkn pati asam jawa ,garam,gula,perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
  3. Setelah siap,bekukan. Bila nak makan unfreeze, masukkan ayam/ikan, bendi ke tomato ke,air asam lagi(nama pun asam pedas,mestilah masam baru kaw)

PesTOM YAM merah

Bahan-bahan:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Segengam cili kering(tak perlu rebus,terus masukkan dalam blender)
Cili api 10 biji(optional)
Lengkuas 1 inci
Halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai
*blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)

Cara penyediaan:

  1.  Tumis semua bahan yang telah dikisar.
  2.  Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula dan perasa 1 sudu(saya guna maggie uckup rasa ganti kiub).
  3. Bila siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,didihkan air dalam periuk, masukkan ayam/daging/seafood ke,sayur-sayur,tabur daun ketumbar(wajib).

Ekstra Tip : Jika nak tomyam yang betul-betul pekat,blender tomato jadikan pes kemudian masukkan dalam tomyam. Manakala jika hendak buat tonyam kungfu masukkn susu pekat F&N 3 sudu.

PesTOM YAM putih

Ads

Bahan-bahan:
Bawang merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili api 10 biji(tetak)
Lengkuas 1 inci
Halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai
*blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan yang telah dikisar.
  2. Kemudian tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Kemudian baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).
  4. Setelah siap, bekukana. Bila nak makan unfreeze ,didih air dalam periuk masukkan pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).siap
    Ekstra tips:klu nk tomyam kaw masukkn susu pekat fn 3 sudu.

Buat 7 Pes Dalam Sehari, Wanita Ni Mudahkan Urusan Memasak Untuk Sebulan!

RENDANG ayam

Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.

Ads

Cara penyediaan :

  1. Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan santan,garam,gula,perasa,daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Apabila siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air secawan. Kemudian masukkan ayam,masak sampai kering dan ayam empuk.

Pes SUP

Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah
*blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak,masukkan rempah 5 sekawan(saya xguna sbb lbh suka light sup) .
  2. Kemudian masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah sup yang dibancuh dengan sdikit air,tumis lagi 2 minit,garam,gula,perasa.
  3. Apabila siap,bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air seperlunya,masukkan ayam,sayur-sayur.

Pes KARI

Bahan-bahan:

Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning.
*blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
1 sudu halba

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan,halba.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, dan tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air,tumis lagi 2 minit,siap.
  4. Kemudian bekukann. Bila nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air dan asam jawa seperlunya, masukkan ayam dan sayur-sayuran jika perlu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI