Buat 5 Jajan Guna Makaroni. Sesuai Sangat Disediakan Time Cuti Sekolah Ni, Anak Mesti Suka!

Share

Anak-anak kita memang suka sangat makan jajan, kalau boleh hari-hari mereka hendak membelinya di kedai. Tapi biasanya kita sebagai ibu pasti akan melarang anak-anak berbuat demikian. Kalau boleh kita mahukan anak-anak kita hanya mengambil makanan berkhasiat selain kita sebenarnya bimbang akan kesan mengambil makanan tersebut pada kesihatan anak-anak.

Jadi apa kata, daripada dibeli baik kita buat jajan untuk anak-anak kita dengan menggunakan makaroni. Pastinya jajan ini lebih berkhasiat dan bolehlah dimakan pada bila-bila masa sebagai kudap-kudapan saat menonton tv atau beriadah bersama keluarga.

Nak tahu cara penyediaannya, jom semak perkongsian ini.


5 JAJAN MUSIM CUTI SEKOLAH

“Saya share resepi cara saya buat ni..resepi kat setiap pic..anak-anak pasti suka..makaroni cheese, makaroni snow nestum, makaroni batang buruk, makaroni celup coklat nestum, makaroni sira cabai..boley makan sambil nonton tv..”Sweets Niesah

Rendam makaroni selama 45 minit (air paip) jangan kurang dari 45 minit nanti keras.
toskan dan gaul dengan sedikit garam.
 goreng
*** minyak kena banyak semasa menggoreng. Api jangan terlalu kuat nanti masak mengejut, api slow jer.

1. Makaroni cheese

bahan untuk makaroni cheese
4 sudu besar serbuk cheese(dijual di kedai bakeri)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar serbuk cili

blend semua bahan ni (blend kering)
** buat banyak nanti gandakan bahan yer

2. Makaroni Celup Coklat 

bahan makaroni celup coklat


100gm coklat masakan (saya guna beryls dark compound yang coin)…cairkan double boil
nestum original untuk salutan

*** dah siap celup saya freeze sekejap dalam 3 minit nak bagi cepat kering coklat tu. Susun dalam pinggan dulu sebelum masukkan dalam balang.

3. Makaroni Snow Nestum 

makaroni snow nestum
4 sudu besar nestum original
2 sudu besar susu tepung (saya guna susu anak jer)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

***blend semua bahan ni…(blend kering)..gandakan sukatan kalau buat banyak

4. Makaroni Sira Cabai 

Makaroni Sira Cabai
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk agak sendiri berapa ulas (saya guna 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih.)
4 senduk kecil cili kisar yang dicampur dengan air asam jawa masa blend
2 sudu besar gula, garam, serbuk magie cukup rasa, air dalam 2 gelas.
Daun kari & bijan putih

***tumis bawang dengan daun kari bagi naik bau wangi dan garing. Masukkan cili kisar, kemudian air, garam, gula, serbuk perasa. Tumis sampai kering dan pekat. Masukkan makaroni dan bijan putih. Siap.

5. Makaroni Batang Buruk 

makaroni batang buruk
6 sudu besar serbuk kacang ijau
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar susu tepung(saya guna susu anak aje)

***blend smua bahan ni (blend kering)..gandakan sukatan jika buat banyak

 

 

Kredit: Sweets Niesah