Man suffers from diarrhea holds toilet paper roll in front of toilet bowl.

Orang dulu-dulu memang kaya dengan petuanya, sama ada petua memasak, petua dapur, petua kecantikan mahu pun petua kesihatan. Senang kata, petua ini memang banyak.

Sekiranya ada yang terkena buasir dan mencari kaedah rawatan ikut cara orang lama dan jika ingin disenaraikan, sebenarnya ada beberapa cara. Ini 7 petua yang biasa orang buat,  nak tahu apa jom semak.

Batu Sungai

Panaskan batu dan lapik batu tadi dengan kain. Kemudian, dudukkan atau tuamkan tempat buasir kat batu tu. Insha Allah cepat kecut.

Daun Lidah Buaya

Ambil gel dari daun lidah buaya dan sapu pada bahagian buasir. Urut perlahan-lahan untuk beberapa minit.

Serbuk Kunyit

Ambil beberapa sudu kecil serbuk kunyit dan di campurkan dengan jus bawang besar serta minyak sawi. Kacau sebati dan sapu pada tempat buasir untuk legakan keradangan dan kesakitan.

Kulit Manggis

Basuh dan jemur kulit manggis hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan setelah suam.

Ubi Kentang

Kisar ubi kentang sehingga menjadi cecair. Campurkan dengan beberapa sudu air dan letakkan atas kain bersih. Tuam tempat buasir 5-10 minit. Ulang 2 hingga 3 kali sehari.

Daun Setawar

Rebus 4 hingga 5 helai daun setawar. Campur dengan sedikit madu dan minum.

Bawang Putih

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan sedikit air. Perah campuran tadi. Sapukan air perahan bawang putih di tempat buasir selama beberapa hari.


Pun begitu, menangani masalah buasir ini ketahui juga terlebih dahulu puncanya. Antara punca terjadinya buasir adalah disebabkan sering meneran ketika membuag air besar, hal ini berlaku disebabkan sembelit.

Atasi sembelit ini caranya

Kali ini bukan petua orang lama tetapi petua cara orang putih yang dikongsikan oleh puan Rosmaziha Hassan di akaun fbny, elok juga dicuba.

“petua ni sy dapat kt blog mat salleh. sy try amal mmg ok sgt2 la..sy amal minum malam. sy minum pkl 7 pstu mmg kenyang smpi tido. sembelit mmg dah xde lansung.. susu pun xde masalah..bnyk je utk baby. yg best tu perut rasa kenyang je amal ni..”

 

Buasir Boleh Jadi Sebab Sembelit, Kalau Dah Terkena Buat Cara Ni Redakannya!

Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu (sy pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)

Cara buat : 

Buasir Boleh Jadi Sebab Sembelit, Kalau Dah Terkena Buat Cara Ni Redakannya!

  1. Potong buah kurma & epal tu kecik2. Jangan buang kulit epal ye sbb kandungan Flavonoid yg ada kat kulit tu bagus utk pelihara jantung dan elakkan stroke.
  2. Masukkan susu & buah2 yg dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dlm ni sy tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon td.
  3. Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali

Buasir Boleh Jadi Sebab Sembelit, Kalau Dah Terkena Buat Cara Ni Redakannya!

Dah siap. Bole amal stp hari. Buncit2 lps mengandung pn dah kurang bila slalu amal ni hihi..

sumber : Rosmaziha Hassan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI