“Buang Rasa Malu, Kibar Bendera Putih.” Hulurkan Bantuan Ringankan Beban, Pastikan Ada Hidangan Makanan Atas Meja Untuk Keluarga!

Share

Sejak semalam tular di media sosial kempen naikkan bendera putih di rumah kediaman masing-masing agar ada yang membantu.

Tinjauan Majalah Keluarga mendapati mesej ini mendapat perhatian ramai dengan berkongsi variasi mesej yang sama.

Kempen ini juga didakwa rentetan daripada kes kejadian bunuh diri dikalangan rakyata Malaysia yang meningkat sejak akhir-akhir ini. Ia dikatakan berpunca daripada pelbagai faktor antaranya hilang punca mata pencarian  seperti diberhentikan kerja dan perniagaan musnah.

Kempen naikkan bendera putih

Rakan artis turut memberi sokongan

MINTA BANTUAN 

Secara umumnya mesej meminta pihak atau keluarga yang terputus bekalan makanan untuk menaikan bendera putih di rumah masing-masing.

Ia bertujuan untuk menberi bantuan kepada pihak yang memerlukan dengan kadar segera. Ia adalah bantuan antara sesama manusia dalam pada kita berdoa kepada yang Maha Pencipta.

Ingat orang tersayang jangan bertidan drastik

Melihat inisiatif kempen ini ia umpama jelmaan kempen Kita Jaga Kita yang telah dibuat ketika pandemik awal tahun lalu.

Terkini.

Ada yang sudah terima bantuan 

Rata-rata warganet memuji pendekatan ini sebagai suatu usaha yang baik untuk membantu golongan yang memerlukan agar memastikan makanan tetap ada untuk dihidangakan atas meja agar keluarga dapat meneruskan hidup dengan bahagia semasa pandemik ini.

Semoga usaha ini mendapat berkat dan dapat menyelamatkan lebih ramai lagi jiwa yang sedang resah kini.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club