Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara