Dalam perniagaan, tiada jalan mudah untuk berjaya. Pasti ada liku-liku yang akan diharungi untuk mencapai kejayaan. Ada turun naik, malah untuk berada ditahap yang membanggakan, ianye memerlukan pengorbanan.
Itulah umrah dalam dunia perniagaan. Bagi yangmenceburi bidang ini, pasti arif dengan ‘permainannya’. Kejayaan tak dapat bergolek tetapi liku-liku yang harus ditempuhi inilah yang akan membawa kejayaan yang diinginkan.
Seperti yang terjadi kepada seorang pengusaha kedai Port Bako-Bako yang popular dengan menu ayam tong, suatu kejadian yang tidak diinginkan telah berlaku apabila hampir 100 ekor ayam yang sudah siap diperap terpaksa dibuang gara-gara bahan perapannya berbuih.
Namun, pengusaha ini akur dengan ketentuan Allah dan reda dengan apa yang berlaku kerana dia yakin apa yang terjadi adalah aturan rezeki Allah.
“Ayam tu sebenarnya baru saja diambil. Ada kesan lebam pada ayam. Tukang perap dah perasan, tapi dia tak biasa situasi macam tu. Jadi dia kumpul semua ayam dan perap dalam satu bekas.
“Apabila ayam yang dah busuk terendam dengan bahan perap, ayam yang masih elok pun ikut berbau. Kemudian bahan perap jadi berbuih. Terus staf saya tak berani nak bakar.
“Selepas kami periksa balik, ayam memang dah tak boleh pakai. Jadi kami ambil keputusan untuk buang saja. Kalau dikira, rugi dalam RM2,000.”
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengusaha yang bernama Faizal ini di akaun TikTok miliknya. Selepas memuat naik video tersebut, dia mendapat pelbagai respon dari warga maya.
Ada yang bersetuju dengan tindakannya kerana bimbang keselamatan pelanggan jika ayam tersebut tetap juga dijual namun ada juga yang menyelar tindakannya itu. Ada yang mengatakan telah berlaku pembaziran berikutan ayam yang elok masih boleh dimakan jika membuat beberapa petua untukmenghilangkan bau.
Ads
“Memang ada yang bagi cadangan suruh rendam cuka untuk hilangkan bau. Tapi kami tak mahu jual ayam tak elok kepada pelanggan. Kami bukan berniaga sebulan dalam bulan puasa, kami ada kedai dan berniaga sepanjang masa.
“Kami jaga kualiti. Siapa yang nak rugi kan? Ramai juga yang cakap saya patut sedekah ayam tu kepada orang ramai. Saya tak berani nak sedekah makanan yang dah tak elok. Sebab risiko keracunan makanan boleh membawa kematian.”
Tambah Faizal, dia turut menerima cadangan supaya ayam-ayam itu diberi kepada haiwan lain, namun katanya dia tidak mempunyai kelapangan masa kerana sedang sibuk menyiapkan tempahan iftar.
“Ada yang suruh kami bagi pada kucing. Masalahnya seekor kucing tak mungkin dapat habiskan seekor ayam. Takkan kami nak cari kucing seekor demi seekor untuk bagi makan. Ayam tu ada 100 ekor.
“Ada juga yang suruh bagi pada anjing. Tapi kami tak sempat sebab tengah kejar tempahan lain. Yang suruh beri pada penternak keli pun ada, tapi saya tiada contact penternak keli. Kami pula tengah kejar masa.
Ads
“Selain itu, ada juga yang cadangkan supaya saya sedekahkan ayam tu semua kepada zoo. Kat sini mana ada zoo. Cadangan itu bagus, tapi tak kena dengan situasi,” ujarnya yang mula berniaga sejak dua tahun lalu.
Namun di sebalik dugaan yang dihadapi, pemuda ini tetap bersyukur kerana kedainya sentiasa menjadi pilihan ramai dan turut dikunjungi individu dari luar negeri Pahang.
Malah, beliau turut menegaskan dan berpesan kepada para peniaga agar sentiasa jujur dan berusaha memberikan kualiti terbaik buat pelanggan masing-masing.
“Pada saya, kalau makanan itu rosak, jangan jual walaupun ada orang kongsi cara untuk hilangkan baunya. Kita kena ambil iktibar kes orang mati keracunan makanan.
“Ada orang guna kaedah macam tu kalau makanan rosak, tapi saya memang tak berani,” ujarnya lagi.
Ads
Semoga kisah Faizal ini dijadikan ikhtibar buat semua. Setiap peniaga ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah. apa yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan berniaga.
Pasti akan dipermudahkan oleh Allah dan dimurahkan rezeki.
Pelanduk dua serupa, itu yang sering kita kaitkan bila ada seseorang yang mempunyai iras atau perwatakan yang hampir sama. Bahkan ada juga yang mengatakan bahawa di dalam dunia ini ada tujuh orang yang dikatakan serupa dengan diri kita.
Benar atau tidak itu tiada kepastiannya, namun baru-baru ini viral di media sosial bilamana pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi sekeping lelaki miripnya dengan kapsyen yang mencuri tumpuan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Ya, macam sama, tapi bukan.”
Dalam hantaran itu, Shuib meminta bantuan pengikutnya di platform itu untuk membantunya mencari lelaki itu yang juga anggota Malaysia Batalion (Malbatt).
Dalam gambar itu, tertera wajah seorang lelaki lengkap beruniform yang juga anggota Malbatt dengan wajah saling tak tumpah seperti Shuib.
Hantaran itu menerima pelbagai komen yang lucu dan mencuit hati daripada rakan-rakan dan pengikutnya.
“Akhirnya, kantoi juga Eib (Shuib). Aku dah kata, jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan, orang dah dapat cam,” tulis rakan pelawak, Ajak Shiro.
“Tuan! Awak diam-diam sertai Malbatt ya,” komen pelakon, Hairul Azreen.
Sementara itu, seorang pengikut dengan akaun @sbr_orange menjelaskan lelaki terbabit ialah Leftenan Komander Anuar dipercayai anggota kontinjen Malbatt 850-9.
Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin tidak berhenti berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata
Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.
“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan perlu ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan mengganggu proses rawatan
“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.
“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Apapun, moga urusan Izzue dan Awin dipermudahkan pada waktu akan datang.
Benarlah orang kata, Rezeki tak bermaksud dari segi anak saja, namun sebelum ini Izzue telah memuatnaik satu video yang mana Izzue dan Awin baru membeli rumah baru mereka berdua. Memang besar dan luas ya. Alhamdulillah tahniah Izzue dan Awin
Mengimbau kembali tercetusnya idea untuk melibatkan diri di dalam dunia perniagaan, setiap orang pasti ada kisahnya yang tersendiri.
Sama seperti puan Noor Hadya Awalludin, 40, yang merupakan peneraju Ole Ole Manis. Wanita gigih ini memulakan perniagaan daripada masalah yang dihadapinya dalam membuat persiapan majlis perkahwinannya.
Menurutnya sekitar tahun 2009, agak sukar baginya untuk mendapkan cenderahati yang unik dan menarik. Lantaran itu tercetuslah idea untuk dirinya membuatnya sendiri dan sekali gus mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan cenderhati ini.
“Jadi saya mula buat sesuatu yang berbeza sikit dan cuba jual. Alhamdulillah tiba-tiba dapat sambutan. Masa tu saya ada blog saja.
“Kemudian aktif berkongsi gambar dan info berkenaan cenderahati yang saya hasilkan untuk bakal pengantin di FB & IG.
“Syukur gambar-gambar yang saya upload mendapat penerimaan amat baik dari bakal pengantin. Ini mungkin kerana mereka inginkan sesuatu yang berbeza dan istimewa untuk majlis perkahwinan mereka.
Masih Dalam Survival Mode
Bercerita lanjut dalam perjalanan membina empayar perniagaan, nyata penuh dengan ranjau duri dan pahit manisnya. Namun semua itu yang mendewasakan dirinya sebagai usahawan.
“Masalah yang kerap saya hadapi adalah ketika itu dengan vendor yang susah nak commit dengan kerja. Tak hantar barang atau barang sampai lambat dan pelbagai-bagai lagi. Namun semua itu dapat diatasi dari masa ke semasa.
“Namun apa yang cukup terkesan adalah ketika berdepan dengan masalah COVID-19 dua tahun lalu. Sebarang majlis tidak dibenarkan, jadi memang tak ada langsung pendapatan yang menjadi punca utama rezeki kami sekeluarga.
“Kini, Alhamdulillah saya masih dalam ‘Survival Mode’ untuk dapatkan job dan teruskan kerja yang lama tertangguh,”ujarnya dengan jujur.
Bijak Bahagi Masa
Bercerita lanjut mengenai istimewanya Ole Ole Manis, ujarnya, “Kami menyediakan doorgift fully customisable. Dimana client boleh minta apa yg mereka inginkan untuk doorgift yang menepati tema majlis mereka . Kita akan sentiasa mencari idea baru untuk doorgift dari masa ke semasa.
“Saya berharap doorgift syarikat saya ini akan sentiasa menjadi pilihan bakal pengantin kerana kami dapat memberikan kelainan untuk majlis istimewa mereka, InsyaAllah,” ujar lagi yang turut mengakui bila melibatkan diri dalam perniagaan, perlu bijak membahagikan masa bersama keluarga.
Tambahnya lagi bukan senang untuk senang, tambahan pula tiada pembantu rumah tetap untuk mengurus keluarga dan anak-anak.
“Anak-anak saya jaga sendiri sambil kerja dari pagi hingga malam. Jadi anak-anak sudah biasa ikut saya kemana-mana saya pergi.
“Dari Jumpa client, ambil barang dari supplier dan hantar barang ke klien anak sentiasa dengan saya ataupun suami. Dimasa lapang saya akan bawa anak bercuti, selalunya bukan waktu cuti umum sebab masa tu banyak kenduri kahwin jadi saya akan pilih waktu yang betul-betul sesuai dan luangkan masa lebih lama untuk anak-anak dan suami,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...