Buang Biji Rambutan Lagi Mudah Buat Begini. Kekal Nampak Elok Je Bentuknya & Selamat Anak-anak Makan!

Share

Buat peminat buah rambutan, tentunya bila tiba musim rambutan tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Berkilo-kilo rambutan dibeli untuk dapat menikmati keenakan rasanya. Lazimnya bagi memberi lebih keterujaan menikmati rambutan, biasanya kita akan buang kulit dan masukkan ke dalam peti sejuk. Menikmati dengan cara begini, nyata lebih puas rasanya.

Pun begitu, tahukah anda ada satu lagi cara jika anda buat akan menjadikan buah rambutan yang dimakan lebih istimewa, mudah dan selamat.

Cuba bayangkan, buka sahaja peti sejuk tersedia buah rambutan yang manis dan segar untuk dimakan tanpa perlu lagi kita buang kulit bahkan bijinya juga telah dibuang, pun begitu bentuknya kekal elok seperti biasa.

Menarik bukan?

Untuk dapatkan hasil seperti itu, ada cara yang mudah untuk anda lakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada Amanda Tan atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial. Menurutnya, hanya dengan menggunakan sudu plastik dia mengeluarkan kesemua biji rambutan dan ianya mudah dilakukan.

Nak lebih kelas di sini dikongsikan demi langkahnya;

Langkah 1 :Ambil buah rambutan.

Langkah 2 : Buka dan asingkan kulit rambutan seperti biasa.

Langkah 3 : Ambil sudu plastik dan gunakan bahagian pemegang kemudian tusukkan pada buah rambutan. Kemudian lakukan proses mengasingkan biji dan buah rambutan dengan  memusingkan sudu tersebut.

Langkah 4: Lakukan sampai habis dan siap.

Lebih Segar Tanpa Pengawet

Menurut  Amanda lagi, “Musim rambutan berlambak .. tapi leceh kalau tergigit biji kan… ni hah Amoijamu ajar cara senang keluarkan biji rambutan pakai sudu plastik aje. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.

Kepada yang malas nak buat, sila abaikan perkongsian saya. Saya kongsikan supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.

“Yang paling penting, budak budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Itu aje sebab saya kongsikan . Biar lama asalkan selamat untuk budak budak. Yang tak ada anak tu tak rasa sangat kot,” ujar di ruangan kepsyen. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber : Amanda Tan 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500

nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/  atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club