
Memang kita patut bangga dengan buah-buahan tempatan Malaysia yang sememangnya mempunyai khasiat yang baik untuk sisi keluarga. Jangan terlalu asyik berbangga dengan buah-buahan import yang harganya boleh tahan lah!
Perkongsian Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine Jabatan Obstetik & Ginekologi PPUM, Prof Dr Imelda Balcin memang mengujakan kerana beliau menjelaskan bahaw buah-buahan tempatan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ikuti perkongsiannya seperti berikut di laman face booknya Imelda Balchin
Buah-buahan tempatan Malaysia mengandungi lebih banyak khasiat daripada buah-buahan yang berasal dari negara sejuk, sebab tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok Malaysia menerima lebih banyak cahaya matahari sepanjang tahun untuk membuat pelbagai zat.
Buah-buahan yang diimport secara besar-besaran untuk pasaran besar pula lebih kerap mengandungi racun serangga dan pesticide supaya tahan lama dalam perjalanan jauh dan dalam pasaran, tetapi bahan kimia dalam pesticide dan racun serangga ini tidak baik untuk kesihatan kita, kecuali jika kita beli hat organik yang lebih mahal.
Sebab inilah tidak masuk akai laaa bila makcik yang berangan-angan nak jadi bidan tapi tak pernah pun menyambut kelahiran bayi pi bagi nasihat kata orang tua-tua nenek moyang kita suruh pantang makan buah-buahan tempatan berkhasiat tapi suruh beli buah-buahan yang diimport seperti epal dan anggur pulak dah.
Sat lagi nenek kebayan bangkit dari kubuq mai tarik telinga hangpa, awat laaa buat fitnah kat orang tua-tua. Orang kampung dulu-dulu mana laaaa dapat peluang makan buah import kecuali mereka yang kaya-raya. Depa nanti kata toksah laaaa mengada-ngada, makan laaa apa yang ada.
Apa yang Tuhan bagi untuk kita di negara sendiri ni lagi baguih daripada yang diimport!

Meniti Hari Tua Dengan Tenang Tanpa Bebanan Kewangan. Wanita Ini Kongsi Cara Ayahnya Urus Kewangan. Inspirasi!

Pengurusan kewangan yang betul akan membuatkan kita berbelanja secara berhemah agar mempunyai tabungan atau simpanan.
Ia menjadi keperluan apabila saat kita menghadapi masalah kewangan atau kebocoran tabungan.
Lantaran itu, ilmu kewangan sering mengingatkan kita berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Betulah peribahasa ukur baju di badan sendiri masih kekal releven pada hari ini.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini mengenai cara ayahnya mengurus kewangan keluarga.
Ikuti perkongsian ini.
Abah di bawah sedang menunggu pembentangan Belanjawan. Abah ingatkan pukul 3, rupa- rupanya pukul 4. So terpaksalah menunggu sikit masa lagi. Cerita bab belanjawan ni tetiba saya teringat.
Secara jujurnya cara pengurusan kewangan family kami sekarang, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara abah walaupun bukanlah sepenuhnya.
Ya, saya tak pernah lihat abah keluh kesah bab duit. Abah tak kaya, tapi ada.
Apa yang abah buat?
‘UKUR BAJU DIBANDAR SENDIRI’
1) Ukur baju di badan sendiri. Contoh, gaji rm2k, jalani cara hidup orang bergaji rm2k, bukan ikut gaya hidup orang bergaji rm5k. Mampu beli kereta Axia, janganlah beli Jazz pulak. Kita mampu minum secawan air kopi di kedai mamak, tapi disebabkan life style kita minum kopi di cafe yang secawan kopi berharga berbelas- belas ringgit. Di sini ramai orang kita silap.
2) Disiplin. Setiap bulan Abah hanya akan withdraw duit 2 kali sahaja. Sekali waktu hari gaji, sekali lagi dua minggu selepas itu. Dengan duit itu pandai- pandailah berjimat cermat. Kalau gaji masuk awal di musim perayaan pun Abah tetap buat perkara yang sama.
3) Tak berhutang. Dua benda yang Abah hutang adalah kereta dan rumah. Itupun kedua- duanya Abah dah settle awal. Tak silap saya waktu umur Abah 30-an semua tu dah settle. Dan Abah takde pun nak beli rumah baru ataupun kereta baru. Apa yang ada dah memadai kata Abah. Dia taknak menambah hutang. Mazda 323 tu lah yang Abah pakai sampailah Abah dah tak boleh bawak kereta. Bayangkan kereta guru biasa lagi cantik, lagi mahal, lagi baru dari guru besar. Hehehe. Kalau tv rosak tunggulah sebulan dua Abah kumpul duit. Namun nak berhutang, tidak kata abah. Kalau boleh, elakkan.

4) Didik isteri supaya tidak mewah berbelanja. Bersyukur apa yang ada. Abah seperti suami yang lain juga. Barang keperluan Abah sediakan cukup. Waktu Abah bekerja, Abah berikan duit lauk untuk Mak beli setiap hari. Ada masa Abah belikan baju dan sebagainya. Mak pun faham. Mak bukan jenis yang suka meminta itu ini. Menjadi isteri seorang guru besar bukanlah tiket untuk Mak hidup mewah dan bermegah. Lagipun berapalah sangat gaji pada waktu itu. Mak sama saja, tetap seorang wanita kampung yang hidup sederhana sama seperti orang lain. Kerjasama ini membuatkan belanjawan keluarga terkawal. Mak main peranan penting juga. Al fatihah Mak.
5) Dulu masa di kampung setiap bulan Abah sponsor bayaran elektrik surau. Saya kagum sebab Abah ketepikan duit gaji untuk tujuan ini. Ada majlis di surau Abah suka beri sumbangan. Selain itu Abah akan ketepikan untuk Tok (ayah abah) dan mak dan ayah mertua. Setiap bulan Abah bagi duit pada Tok, dengan mertua Abah suka belikan barang dapur. Saya percaya asbab ini juga Allah bagi rasa cukup pada Abah.
6) Abah suka bantu family. Waktu majlis perkahwinan adik- adiknya, Abah mesti hulurkan wang pada arwah Tok. Mak pernah cerita waktu tu kakak abah baru kematian suami. Ketika itu hari hujan,
” Nah, jom kita ke rumah kak. Hari hujan ni. Dia mesti tak boleh nak menoreh ke apa. Nak beli beras, barang dapur bawak ke dia..”
Itulah Abah..
Sekarang dah hampir 30 tahun Abah pencen. Abah pencen awal dari umur sepatutnya. Abah kata aku nak pencen awal sebab dah tak banyak tanggungan. Tinggal saya seorang saja yang bersekolah menengah pada waktu itu. Hutang pun takde, so apa tunggu lagi kan. Nak nikmati hari tua pula.
Sejak pencen memang saya lihat Abah tenang sebab tak runsing menanggung beban hutang. Duit pencen memang ‘bersih’ untuk kegunaan sendiri.
Saya pun teringin. Ya, teringin nak menghabiskan hari tua dengan tenang tanpa bebanan kewangan.
Apa yang saya belajar dari cara Abah, nak bebas kewangan tak semesti kena jadi kaya.
Kalau kita pandai manage kewangan, pandai menahan nafsu berbelanja, pandai ukur baju di badan sendiri, inshaAllah kita ‘selamat’.
Dan..
Yang paling penting,
” Sentiasa bersyukur atas apa saja rezeki yang Allah beri..”
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Bukan Isteri Je Tapi Suami Pun Kemurungan, Jangan Tambahkan Stress Suami!

Jangan kata isteri murung, suami atau lelaki juga terdedah kepada perkara sebegini. Tekanan kerja melampau buat suami tertekan dan penat ditambah pula dengan konflik rumah tangga.
Jadi isteri jangan beri tekanan kepada suami kerana mereka juga punya hati. Lelaki memang nampak cool kerana mereka ‘malas’ memikirkan hal-hal remeh. Namun adakalanya mereka juga gagal mengendalikan soal-soal emosi. Sudahnya mereka kemurungan.
Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tekanan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta ‘Social Readjusment Rating Scale’ (SRRS) bagi mengukur tekanan yang dialami manusia.
Hasilnya mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah berkaitan keluarga atau peribadi, meninggalkan kesan paling tinggi dalam hidup manusia. Dan bagi lelaki khususnya, masalah ini tambah berat dengan adanya bebanan kerja secara berterusan.
Dr Hans Selye, pakar endokrin dari Kanada membuktikan secara epidomologi adanya kaitan antara tekanan dan barah usus (peptic ulcer). Dan golongan paling berpotensi untuk menghadapi masalah ini adalah para doktor, eksekutif perniagaan dan juga guru.
Kurangkan tekanan dengan senaman
Bagi lelaki salah satu aktiviti terbaik paling mujarab mencegah berlakunya masalah tekanan ini adalah dengan cara melakukan senaman dan aktiviti fizikal seumpamanya. Senaman antara aktiviti paling mudah dan berkesan mengubati masalah tekanan lelaki. Ia membentuk sistem imun dan memainkan peranan penting dalam mengelakkan penyakit. Senaman antaranya lainnya dapat mengurangkan paras gula dan lemak dalam badan. Tidak disitu sahaja, paling penting senaman dan juga aktiviti fizikal seumpamanya dapat memperbaiki dan memperlancarkan pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh dengan baik. Keadaan inilah yang menyebabkan tekanan dan kemurungan dalam tubuh akibat saluran darah yang tersumbat yang datangnya dari tekanan berpanjangan dapat diatasi secara perlahan-lahan.
Senaman juga membuatkan tubuh lebih cergas dan bertenaga. Ini membuatkan tubuh yang dalam keadaan tegang dapat dilonggarkan, sekaligus meredakan tekanan dalam diri. Namun, senaman harus dilakukan dengan tepat dan berterusan. Secara puratanya, senaman biasanya harus dilakukan 3 hingga 4 kali seminggu dalam anggaran sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan senaman yang berkesan.
Tidak disitu sahaja, senaman juga dapat memberi kelebihan lain kepada lelaki. Otot-otot yang terbentuk cantik memberikan daya fizikal yang baik dan menarik kepada lelaki selain membekalkan tenaga, menjaga berat badan dan jantung serta membangkitkan perasaan selesa selepas bersenam yang membuatkan tekanan berkurangan. Malah, senaman juga dapat meningkatkan kemahiran atau keupayaan badan, terutama daripada segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindak balas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik. Waktu terbaik untuk memulakan senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron.
Pilihlah senaman yang sesuai dengan tahap kesihatan anda. Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu;
Fasa Pertama
Senaman selama 5 – 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi dan berat.
Fasa Kedua
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berenang, berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.
Fasa Ketiga
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit. Ia wajib dilakukan untuk meregangkan semula otot-otot yang tegang ketika aktiviti senaman dilakukan.
Tips Senaman:
* Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan pandangan dan nasihat doktor bimbang anda mempunyai masalah kesihatan yang menghalang anda dari melakukan senaman ini.
* Mulakan dengan senaman ringan, mengikut kemampuan anda. Berusahalah tingkatkan senaman dan beban anda dari masa ke semasa.
* Pakailah pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian dan selesa.
* Pastikan kekuatan senaman anda harus mencapai tahap kadar nadi 120 – 150 kali seminit.
* Elakkan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.
* Elakkan dari terus duduk sejurus selepas bersenam.
* Elakkan melakukan senaman jika paras glukosa dalam darah anda terlalu tinggi atau boleh dianggarkan kira-kira 2 jam selepas makan.
Kelirukan Aunty Kedai Gambar, Pasangan Kembar Tiga Teruja Masuk Sekolah!

Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
Watch on TikTok
Kredit: Mama Triplet