Membayangkan kalau menanam sepokok dua pokok buah-buahan tentu seronok rasanya bila berbuah lebat pada musimnya. Dapatlah dinikmati bersama keluarga dan boleh juga disedekahkan pada jiran-jiran.
Pun begitu andai ada yang menanam pokok durian, diakui tempuh masa untuk menunggu pokok berbuah buat kali pertama mengambil masa yang lama hingga lebih daripada 10 tahun.
Malah ada yang lebih lama daripada tempuh itu namun tetap sabar dan disarankan jangan sesekali berasa hampa.
Ini sebagaimana perkongsian Cikwan Redzuan Jelani, penantian untuknya menikmati buah durian daripada pokok yang ditanaman mengambil masa hampir 30 tahun.
Menurutnya dia menanam pokok tersebut daripada biji benih dan pokok tersebut tidak pernah sekali pun berbuah hinggalah dia mempraktikkan beberapa cara dan petua lama untuk membantu pokok tersebut berbuah.
Hasilnya memang menjadi!
Tips & Petua Supaya Pokok Durian Berbuah
Buah sulung, penantian hampir 30 tahun, tanam dari biji.
Tip 1 : Kelar Batang Pokok
Caranya kelarkan kulit batang…tapi jangan sampai putus semua…tinggalkan dalam anggaran 2_3 inci kulit pokok yang bersambung….kelar semua nanti pokok mati….kulit pokok yang bawak nutrien dari akar ke dahan dan ranting.
Tip 2 : Baja garam
Durian ni saya tanam kat kawasan tanah gambut. Berkemungkinan tanah ada unsur asid yang tinggi. Jadi untuk neutralkan asid itu saya beli garam kasar seguni. Tabur 5 kaki jarak dari pangkal ke kawasan keliling pokok. Dalamkan parit sempadan, akar durian dia tak boleh dekat dengan kawasan yang air bertakung…nanti tunjangnya busuk…hujung pokok mati… Tip dari bilik sebelah geng tanam durian.
Tip 3 : Baja protein
Campuran telur +vitagen yang diperam dalam suhu bilik semalam saya sembur dekat akar durian yang timbul….seminggu sekali kalau sempat.
Tip 3 : Baja buah
Beli 2 kilo baja buah dekat kedai baja. Tanam dalam jarak 4 kaki dari pangkal pokok. Buat 2 lubang dan setiap lubang letak 1 kg. Berulang 3 bulan sekali tapi berubah tempat. Ni belum sempat masuk kali yang ke 4 dah berbuah. Last baja kali yang ke 3 haritu…
Tip 4 : Cakap dengan pokok
Masa buat semua proses dekat atas tu…saya membebel dengan pokok. “Sudah buat macam-macam ni…segala tip petua pun dah! Kalau tak berbuah juga kali ni, tahun 2021 kena tebang”.
Awal tahun 2021 buah dah gugur…. Bila berbunga pun tak tahu sebab saya bekerja. Tak ada masa sangat jenguk kebun. Cuma masa baja tu saya tick dekat kalendar! Yang bagi tahu pokok ni berbuah pun..orang yang kait buah sawit.
Sumber : Cikwan Redzuan Jelani
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club