20191208_164328_0000

Tak mudah menerima takdir, anak yang ditatang bagai minyak penuh kini berdepan dengan penyakit yang cukup digeruni. Namun, siapa kita mampu menolak ketentuan takdir, berat mata memandang berat lagi bahu keluarga ini memikulnya. Lebih memeritkan lagi, keadaan kewangan keluarga ini terbatas untuk menampung perbelanjaan rawatan hospital yang tinggi.
“Buah Pinggang & Limpa Terpaksa Dibuang.” Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Kronik, Ibu Rayu Bantuan Tampung Kos Perubatan

Seperti nasib seorang ibu muda, Zairazma Zairazma memiliki seorang anak penghidap Tumor Wilms yang juga dikenali sebagai nephroblastoma sejenis ketumbuhan di buah pinggang. Tumor ini menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut. Ia juga disertai gejala seperti demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.
“Buah Pinggang & Limpa Terpaksa Dibuang.” Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Kronik, Ibu Rayu Bantuan Tampung Kos Perubatan

Pada tanggal 29 Februari 2018 Adik Mohd Alif Nasrulhuq bin Rosmadi disahkan menghidap kanser buah pinggang sebelah kiri tahap 3. Luluh hati kami sekeluarga mendengar perkhabaran seperti itu. Kemudian pada 11 Mac 2018, adik Aliff dikehendaki untuk melalui proses pembedahan pembuangan buah pinggang sebelah kiri kerana kanser sudah pun merebak dan meroskkan buah pinggang sebelah kiri adik Alif. Kami dengan berat hati dan redha hanya berserah kepada Allah.
Selepas pembedahan buah pinggang sebelah kiri, doktor memaklumkan bahawa limpa adik Alif juga terpaksa dibuang kerana sel kanser nya sudah merebak dan limpa terpaksa dipotong keluar bersama buah pinggang sebelah kiri. Ketumbuhan bersalut buah pinggang dan limpa.
“Buah Pinggang & Limpa Terpaksa Dibuang.” Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Kronik, Ibu Rayu Bantuan Tampung Kos Perubatan

Adik Alif merupakan penghidap kanser Wilms Tumour iaitu kanser buah pinggang kronik stage4. Adik Alif sekarang ini sekarang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Subang Kerian untuk sesi kimoterapi. Anak saya telah membuat pembedahan yang besar iaitu membuang buah pinggang belah kiri dan limpa.
“Buah Pinggang & Limpa Terpaksa Dibuang.” Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Kronik, Ibu Rayu Bantuan Tampung Kos Perubatan

Menurut Zairazma lagi, dia juga tidak mampu lagi menampung kos-kos ulang alik kerap ke hospital.
"Saya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja hanya melakukan dropship sahaja. Suami berkerja tetapi pendapatan banya sekadar RM1k denga menyara 2 lagi anak yang bersekolah. Bantuan dari segi PeKa sekadar RM100 dan JKM RM150 sahaja itu pun tidak mencukupi dari segi kewangan.

"Disebabkan ada kitaran kimoterapi yang banyak menyebabkan perlu berulang alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan bil hospital pun banyak yang tertunggak.
Dengan ini saya merayu agar warga Facebook atau mana-mana badan yang dapat membantu sedikit sebanyak kos rawatan Alif selama sesi kimoterapi. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan bantu dengan share post ini sudah memandai bagi saya.

“Buah Pinggang & Limpa Terpaksa Dibuang.” Anak Hidap Kanser Buah Pinggang Kronik, Ibu Rayu Bantuan Tampung Kos Perubatan

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini dan diharapkan kesembuhan buat adik Alif. Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada: 7620871090 (CIMB) – Zairazma Bte Ghani.

IKLAN

Sumber: Zairazma Zairazma & OHBULAN!

IKLAN
IKLAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI