Buah naga sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Namun, tidak semua makanan yang dianggap sihat sesuai untuk semua orang. Bagi pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang kronik (CKD) terutama di tahap 5, pengambilan makanan tinggi potassium boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi mengenai kesan buah naga dan beberapa jenis makanan lain yang perlu dielakkan oleh pesakit CKD.
Buah naga (dragon fruit) adalah buah yang kaya dengan nutrien dan boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat.
Bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap 5, adalah penting untuk berhati-hati dengan pengambilan makanan tertentu kerana buah pinggang tidak dapat menapis sisa dan toksin dengan berkesan.
Buah naga mengandungi kalium (potassium) yang sederhana tinggi.
Bagi pesakit buah pinggang tahap 5, pengambilan kalium (potassium) perlu dikawal kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menyingkirkan potassium berlebihan dengan baik, yang boleh menyebabkan hyperkalemia (tahap kalium atau potassium yang tinggi dalam darah) dan berbahaya.
Terdapat juga beberapa makanan lain yang mengandungi potassium yang perlu diambil perhatian, terutama bagi pesakit CKD:
Sebelum menambah buah naga atau sebarang makanan baru ke dalam diet adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar diet yang menguruskan rawatan buah pinggang.
Jangan ambil ringan tentang pemilihan makanan jika anda atau orang tersayang menghidap penyakit buah pinggang. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet sebelum membuat sebarang perubahan dalam diet harian. Kesilapan memilih makanan boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan!
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad