Buah Manggis Memang Sedap, Ketahui Juga Khasiat Kulit & Daunnya Ikut Petua Lama!

Share

Menyentuh tentang petua orang tua-tua dulu memang banyak, bukan sahaja petua dalam bab memasak, penjagaan kecantikan, malah petua kesihatan juga tidak kurang banyaknya.

Umpamanya, siapa sangka dengan memberi fokus pada buah manggis, terhimpun 1001 manfaat untuk diamalkan bagi meredakan pelbagai masalah kesihatan dengan cara dan tekniknya yang tersendiri.

Memberi lebih jelas tentang kaedah tersebut, di sini dikongsikan info yang ditulis oleh Ana Mahabu di akaun fbnya.

Semoga ia memberi alternatif dalam meredakan kesakitan yang ditanggung di samping jangan lupa dapatkan juga nasihat dan rawatan daripada doktor.

KULIT MANGGIS DAN DAUN MANGGIS

Berak darah:- Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering.)
Rebus 1 biji kulit manggis bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air rebusan itu. Amalkan selalu meminumnya inshaAllah penyakit akan sembuh.

Ulser mulut dan bengkak usus: – Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum.

Disamping itu boleh disapu pada luka.

Bahagian kulit pula jika di kering dan dikisar boleh mengatasi cirit-birit.

Air rebusan Kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak, usus luka dan gigitan serangga.

Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak.

Ditekap pada luka dan bengkak gigitan serangga .

Buasir:- keringkan kulit buah delima dan kulit manggis. Dibuat serbuk untuk minum 1 hari 2 kali.

Memutihkan gigi:– Kulit manggis dibakar dan ditumbuk sehingga halus dan gunakan seperti ubat gigi.

Lancar haid:- Air rebusan akar manggis diguna untuk melancarkan haid. Ambil 9 inci akar mangis direbus dengan 3 cawan air. Masak hingga mendidih diminum satu hari dua kali.

Gout:- Kulit manggis amat berhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.
Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis. Iris kulit manggis macam asam keping dan jemur sampai kering.

Bila nak guna ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis direndam minum apabila menjadi suam.

Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tapi sedap.Boleh juga dibuat jus bersama isinya dan dicampur sedikit isi buah delima.

Kencing manis:– Daun manggis boleh dibuat ubat untuk orang yang kena penyakit kencing manis.

Pertuanya:-

Ambil dua atau tiga helai daun manggis basuh bersih-bersih daun manggis.

Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijau macam tea hijau(rasa macam air tea).

Amalkan minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.

Sumber : Ana Mahabu