Buah Kulim, Banyak Manfaat Bukan Sekadar Petua Lama, Saintis Ni Jelaskan Untuk Rujukan!

Share

Apa itu buah kulim? Mungkin ramai yang tidak pernah dengar atau melihat bagaimana bentuk dan apatah lagi merasa buah kulim ini.

Menurut petua orang lama, buah kulim ini banyak manfaatnya dari segi penjagaan kesihatan.

Pun begitu, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr Suri Roowi dari sudut fakta sains. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BUAH KULIM @ BAWANG HUTAN UNTUK MASALAH BUAH PINGGANG ?

Saya ditanya oleh seorang rakan FB tentang Buah Kulim, adakah ia sesuai untuk pesakit buah pinggang?

Saya telah merujuk kepada beberapa kajian saintifik tentang Buah Kulim tetapi tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas buah ini.

Tiada juga info tentang adakah buah ini sesuai atau tidak untuk pesakit buah pinggang.

Buah Kulim dikenali juga sebagai Bawang Hutan dan berbau seperti bawang.

Ikut pengalaman saya, antara bahan berbau yang biasa dijumpai dalam tumbuhan jenis ini adalah Sulfur.

Di antara sumber Ubat Dari Dapur yang ada Sulfur seperti bawang merah, bawang putih, petai dsb

Saya teruskan kajian literature dan sangat tertarik kepada kajian Saintis dari Mexico, Iran dan Turki (sila rujuk kajian di bawah).

Hasil Kajian

Hasil kajian mendapati BAWANG PUTIH mengandungi bahan khasiat Allicin.

Bahan ini boleh membantu pesakit buah pinggang kronik (CKD) dengan memperbaiki fungsi buah pinggang, mengurangkan tekanan darah tinggi dan tekanan oksidatif.

Caranya adalah, ambil 2@3 ulas bawang putih, asingkan kulitnya, ketuk, biarkan 10 minit, tuangkan air suam, tambahkan sedikit madu asli dan diminum.

Untuk info lanjut tentang bawang putih dan penyakit buah pinggang, sila rujuk Jurnal di bawah

Justeru, lebih mudah masuk dapur je..’instead of’masuk hutan

1. Int. J. Mol. Sci. 2017, 18, 1980 doi:10.3390/ijms18091980 (Saintis Mexico)
2. Renal Failure, 33(7): 718–725, (2011) (Saintis Turki)
3. Iranian Journal of Kidney Diseases | Volume 7 | Number 5 | September 2013 (Saintis Iran)

Sumber : Dr Suri Roowi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club