Pernah tak berhadapan dengan situasi pokok jiran masuk ke ruangan rumah kita sehinggakan sebilangan hasil pokok pun masuk ke kawasan yang sama? Waktu tu kita pun keliru boleh ke tidak kalau nak makan hasil tersebut.
jabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan hukum mengambil buah yang menjalar memasuki kawasan rumah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Soalan:
Sebahagian dahan pokok jiran saya telah tumbuh melepasi pagar rumah saya. Soalannya, adakah diharuskan untuk saya mengambil buah yang gugur ke dalam halaman rumah saya, atau yang masih ada pada pohon tersebut?
Ringkasan Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya.
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Huraian Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar atau tumbuh membesar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita adalah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Ini termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya: Jika dahan pokok miliknya menjalar ke pokok milik orang lain, buah yang ada pada dahan itu merupakan milik pemiliknya, meskipun dahan itu masuk ke kawasan orang lain.
Maksudnya, jika seseorang itu mempunyai sebatang pokok yang dahannya menjalar hingga mengena pokok orang lain, buah yang ada pada pokok yang menjalar itu tetap menjadi hak pemiliknya, meskipun ia mengena pokok orang lain.
Namun para ulama memberikan pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan barangnya untuk diambil. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikh Qalyubi:
Maksudnya: “Diharamkan memungut buah-buahan yang gugur jika pokoknya dipagari/dibuat kepung dan jika jatuhnya di dalam kawasan berdinding. Begitu juga (diharamkan) jika buah pokok itu (meskipun) tidak dikepung/dipagari atau jatuhnya di luar kawasan berdinding tetapi tidak menjadi adat (masyarakat setempat) yang membenarkan buah itu diambil.”
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak dan lebih berhati-hati, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Kesimpulan
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya, dan adat setempat diamalkan bahawa pemilik pohon mengizinkan hal yang demikian. Tetapi sebaiknya kita mengamalkan sikap warak dan berhati-hati dalam mengambil hak orang lain serta menjaga adab hidup berjiran, dengan mendapatkan keizinan secara yakin dan pasti terlebih dahulu.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Irfan Haris membuktikan dia mampu cemerlang dalam pelajaran apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik program Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU.
Irfan atau Ifran Haris Othman, 20, berkata, dia bersyukur dengan pencapaian tersebut dan menganggap ia hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapanya.
“Saya rasa sangat gembira kerana menerima anugerah ini dan ia adalah hadiah buat mama dan abah,” katanya. Irfan berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram dan turut memuat naik beberapa foto pada Majlis Konvokesyen Universiti UOW Malaysia KDU yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
Perkongsian kejayaan Irfan Haris mendapat pujian peminat. Penyanyi lagu Redha tersebut turut memuat naik gambar mencium ibu bapanya yang turut hadir pada majlis berkenaan.
“Secara rasminya, saya telah tamat diploma,” tulisnya pada unggahan tersebut.
“Akhirnya, tahniah Irfan dapat anugerah pelajar terbaik! Awak memang layak mendapatnya dan saya bangga menjadi rakan awak,” komen pengikut di Instagram.
Tahniah Irfan Haris, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat para peminat dan juga artis yang lain.
Umum mengenali figura dalam bidang kedoktoran ini selepas beliau terbabit antara individu yang membantu adik Ainul Mardhiah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut sebelum ini.
Selepas itu, Dr Amalina Che Bakri, doktor pakar yang kini berkhidmat di United Kingdom semakin dikenali sehingga menjadi antara salah seorang selebriti media sosial.
Sudah lama menetap disana sejak melanjutkan pelajaran lagi, Dr Amalina telah berkongsi momen gembiranya di Instagram apabila mengesahkan sudah bertunang dengan kekasih hati yang juga merupakan warganegara di sana. Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi sebuah perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam perkongsian tersebut, Dr Amalina turut berkongsi foto bersama tunangnya yang merupakan lelaki kulit putih itu.
Dalam pada itu, beliauu jelas teruja untuk merancang perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom serta negara asalnya, Malaysia. Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged
Rata-rata yang membaca perkongsiannya melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah atas pertunangan tersebut sambil mendoakan semoga pasangan ini ke jenjang pelamin.
lisasurihani Congratulations Doc and future Hubs! aznilnawawihm Congrats my dear!!!! dr.linazaira Congratulations again my dear! I can’t wait babe & really hope the pandemic is over very soon! aina_putrinana Congrats dr. Amalina.. Cant wait to see ur special day event in Malaysia leily_lely Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan kan semuanya.. Aamiin.. Tahniah..
Bukan mudah menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Di saat-saat diri memerlukan, dia dijemput Ilahi.
Ditinggalkan buat selamanya, musnah segala impian. Yang tinggal hanya secebis kenangan yang takkan mungkin dapat berulang kembali.
Melihat wajah kecil yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu, bertambah rasa hiba dalam diri seorang bapa. Namun Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik buat umatNya.
Secebis bingkisan lelaki ini sempena ulang tahun kelahiran anaknya nyata cukup memilukan hati tatkala membacanya.
Ikuti luahan hati Khairul Abdullahbapa kepada 3 cahaya mata yang berjiwa cekal, serta cukup tabah mengharungi hari-hari mendatang.
Apatah lagi, terpaksa membesarkan anak sendirian tanpa ditemani isteri yang meninggal dunia Ogos tahun lalu bukan lah satu tugas yang mudah. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.
Duhai anak.
Dulu nak dapat kamu punyalah lama kami tunggu. Dekat 10 tahun mommy dan daddy mencuba. Kami dah pasrah yang kami akan berdua sahaja sampai ke tua.
Tapi Allah ada perancangan lain.
Tak semena-mena kamu keluar menjengah dunia.
Memberi kegembiraan yang bukan kepalang buat kami. Mommy yang paling happy. Impiannya untuk bergelar ibu tercapai. Daddy cool sahaja namun mommy tak tau daddy bukan main menangis kegembiraan ketika kamu lahir.
Mommy telah rancang perjalanan hidup kamu. Dia nak kamu buat itu ini, dia nak kamu jadi begitu begini. Dia sangat bahagia dan hidupnya ketika itu hanyalah untuk kamu.
Ketahuilah yang kamu dilahirkan bukan di bumi ini. Ketika cuaca di luar sejuk membeku, ketika langit lesu dan 12 jam mommy menahan kesakitan untuk melahirkan kamu di bumi yang asing sekali.
Walaupun jauh dari rakan dan saudara, kami sangat bahagia.
Kami berikan segalanya yang terbaik buat kamu. Tempat tinggal paling baik, makan minum paling bagus dan pakaian yang paling selesa. Hari-hari kami penuh bahagia dihiasi suara kecil tangis dan gelak kamu.
Cepatnya kamu membesar.
Dan secepat itu juga mommy pergi meninggalkan kamu.
Tidak ada rasa paling sedih dan gundah di dalam hati daddy mengenangkan kamu dan adik-adik yang ditinggalkan dalam usia sebegini. Masih terlalu kecil untuk kehilangan seorang ibu.
Daddy tahu kamu menahan sepi. Daddy tahu kamu menahan rindu. Tiada apa yang dapat daddy lakukan untuk menghilangkan rindu kamu pada arwah mommy.
Hanya masa yang berlalu pergi akan membawa bersama rasa rindu dan sepi itu. Daddy yakin kamu sudah mula menyedarinya kini. Yang dah pergi tidak akan kembali.
Tidak mengapa, daddy sentiasa ada di sisi selagi tidak dijemput Ilahi. Ketahuilah oleh kamu yang daddy tidak akan sama sekali meninggalkan kamu. Daddy akan sentiasa ada mengekori langkah dan meneman kamu.
Membesarlah duhai anak dengan menjadi seorang yang sentiasa memberi kebaikan kepada manusia di sekeliling kamu. Membesarlah menjadi seorang anak yang penuh dengan sifat kasih dan sayang.
Dan membesarlah menjadi seorang anak yang sentiasa mendoakan kedua-dua orang tuamu ini.
Hari ini usia kamu genap 5 tahun. Sesungguhnya daddy sangat berbangga dengan kamu.
Happy Birthday Khaleef.
KHAIRUL ABDULLAH Ayahmu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...