Tentu kita semua perasan bukan? Setiap kali kupas buah epal dan jika tidak dimakan terus ia akan berubah warna keperang-perangan atau dalam erti kata lain nampak lebam dan warnanya itu nampak tidak menyelerakan untuk dimakan.
Jadi sebenarnya ada petua untuk pastikan buah epal berada dalam keadaan baik walaupun sudah dikupas dengan cara gunakan petua orang dulu-dulu. Mudah dan senang sangat rupanya untuk dibuat.
4 Petua Elak Epal Lebam Lepas Dipotong, Segar Walaupun Terdedah
Petuanya elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu.
Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak ajer la.
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan.
Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
*Sumber asal adalah daripada Puan Malina melalui blog Teratak Mutiara Kasih
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club