Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian
Buah dan daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut juga membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.
Letih dan lesu. Itulah yang sering dirasakan selepas seharian sibuk bekerja. Tubuh rasa letih dan tidak bermaya. Sampai sahaja di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata cuba mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa kembali segar.
Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan. Hasilnya tubuh kembali sengar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila perlu.
CARA-CARA MANDIAN MENGGUNAKAN BUAH DAN DAUN LIMAU PURUT:
1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
Ads
6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.
7. Air mandian ini akan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
INFO TENTANG BUAH LIMAU PURUT:
1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.
2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.
3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.
4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.
Ads
5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.
6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.
7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.
8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.
9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.
10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.
Ads
11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.
12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.
13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.
14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.
15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.
Memiliki anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, ada yang mahu sedikit tak kurang yang suka anak ramai.
Biar berapa pun bilangan anak, yang penting kehadiran mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan menyemarakkan lagi ikatan perkahwinan.
Baru-baru ini viral perkongsian seorang wanita yang berkongsi gambar raya keluarga besarnya dari tahun 2018 sehingga sekarang. Semuanya gara-gara memiliki anak yang ramai.
Mana tidaknya, setiap tahun pasangan ini dikurniakan anak. Bahkan, mereka turut berseloroh kononnya kena menaiki lori untuk tahun ini gara-gara anak ramai.
Menurut wanita ini, keluarga mereka awalnya masih mampu menaiki motorsikal beramai-ramai. Tetapi dengan bertambahnya bilangan anak, akhirnya pada 2020 tidak lagi mampu berbuat demikian.
Apa yang melucukan, timbul idea dari si ayah untuk menaiki lori bagi menampung bilangan anaknya yang seramai 7 orang.
Menurut Puan Yati, walaupun memiliki anak ramai dan masih kecil, namun setakat ini dia dan suami tiada sebarang masalah dalam menguruskan tujuh anak mereka.
Begitu pun, dia tidak menafikan berhadapsn dengan pelbagai gelagat dan karenah anak-anak.
“Alhamdulillah setakat ini mudah je nak handle semua anak-anak. Saya dah bagi tugasan khas untuk tiap seorang.. Bab jaga adik, bergilir-gilir.
“Kalau saya keluar berdua dengan suami pun, 4 yang besar akan jaga 3 yang lain.
“Macam tugas mandikan adik, buat susu adik, suap adik makan, bergilir2.. Macam pagi kakak dah buat susu adik, tengahari saya minta abang dia pulak buat. Tak nak nanti kakak rasa asyik dia je yang buat. ” ujar Yati lagi sambil memberitahu pakaian raya untuk anak-anaknya adalah atas pilihannya sendiri.
Sering kali kita sebagai ibu ayah berhadapan rasa serba salah bila anak-anak sudah mula meminta untuk memiliki telefon bimbit seawal usia di sekolah rendah.
Hendak dituruti hajat mereka, bambang pula dengan kesan buruk terhadap penggunaan gajet yang boleh menyebabkan ‘ketagihan’. Jika tidak dibelikan, menyebabkan mereka ‘ketinggalan’ pula berbanding teman-temannya.
Berdepan dengan situasi ini, bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo mendedahkan dia masih belum memberikan anak lelakinya Cristiano Jr telefon bimbit kerana tidak mahu anaknya obses dengan teknologi pada usia yang masih muda.
Pemain bola sepak, 36, bercakap mengenai kesan teknologi di Plaza Al Wasl di Dubai selepas merangkul anugerah Penjaring Terbanyak Sepanjang Masa Globe Soccer.
Dia mengakui generasi muda masa kini mempunyai pertalian yang lebih besar dengan gajet.
“Sudah tentu ia banyak membantu. Ia membantu saya dan orang di sini, seluruh dunia, dan saya fikir kita perlu memanfaatkannya tetapi kita tidak seharusnya obses dengannya.
“Sebagai contoh, saya boleh memberi anda gambaran kecil. Anak sulung saya akan berusia 12 tahun tidak lama lagi dan dia asyik bertanya kepada saya beberapa kali, “Ayah, boleh saya dapatkan telefon, boleh saya ada telefon, boleh saya ada telefon.”
“Saya katakan kepadanya, “Cristiano, anda mempunyai masa ”
“Saya juga tahu bahawa generasi muda ini selangkah di hadapan usia mereka jadi saya bersetuju bahawa kita perlu mengambil kesempatan daripada itu tetapi tidak menjadi obses tentang teknologi.
“Beri mereka tetapi dengan tempoh masa, bukan memberi mereka sepanjang masa. Saya rasa itulah perkara utama yang perlu dilakukan”ujarnya.
Utamakan Pendidikan
Pada 2017, Ronaldo juga menolak permintaan anaknya untuk telefon, mengatakan dia tidak mahu memberinya tanggapan bahawa mudah untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan.
“Ada satu hari itu, Junior meminta saya iPhone bagi memudahkannya untuk menghubungi saya, tetapi saya tidak menolaknya. Kalau dia nak hubungi saya, saya suruh dia menghubungi melalui nenek dia sahaja.
“Saya ingin menerapkan pemikiran kepada anak saya bahawa bukan mudah untuk mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan. Pendidikan adalah perkara terbaik yang boleh saya berikan kepadanya,” ujarnya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Letih dan lesu ketika Ramadan adalah perkara biasa namun peliknya keadaan ini jadi bertambah letih dan lesu sebaik berbuka. Apa sebabnya ini terjadi?
“Food coma” atau keletihan selepas Iftar dan Sahur berlebihan adalah fenomena yang sering berlaku sepanjang bulan Ramadan ini.
Gambar hiasan
Pasti ramai yang takkan melepaskan peluang untuk mencuba semua makanan yang dihidangkan untuk berbuka puasa. Namun, apabila makan terlalu banyak, mulalah rasa mengantuk dan keletihan oleh sebab terlalu kenyang.
Apa punca food coma?
1. Pengambilan makanan tinggi kandungan kalori
Proses pencernaan makanan tinggi kalori menghasilkan hormone yang memberi rasa mengantuk dan letih.
2. Pengambilan makanan tinggi gula
Pengambilan gula berlebihan dari kuih muih atau air manis boleh menyebabkan rasa mengantuk dan letih.
3. Kuantiti & saiz hidangan makanan yang besar
Menyebabkan system pencernaan bekerja keras dan menyebabkan rasa mengantuk dan letih.
Oleh itu, elakkan “food coma” sepanjang bulan Ramadan dengan bersederhana ketika makan. Cukup sekadar berbuka dengan nasi pada kadar biasa, jangan berlebih-lebih.
Lebihkan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hadkan juadah yang tinggi kalori. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi dan ambil masa untuk bergerak selepas makan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...