“Bro, U Win Malaysia Heart” Netizen Kagum Tengok Cara Khairul Aming Jaga Kebajikan Pekerja

Share

Bercakap tentang seorang influencer dan pengasas produk Sambal Nyet ini, semestinya nama Khairul Aming sudah sebati dalam kalangan masyarakat tempatan. Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA ini telah membuatkan orang ramai kagum dengan caranya bekerja.

Bukan sahaja pandai membuat video memasak, KA juga bijak dalam mengatur caranya dalam dunia perniagaan. Disebabkan tak mahu pekerjanya mengalami ‘burn out’ dia sebagai pengasa perlu mengimbangkan pengeluaran produknya dengan permintaan pelanggan.

“Bulan puasa ni sale Sambal Nyet naik 3 kali ganda, tapi kita pun tak jual lebih daripada kapasiti sebab kita tak nak staff-staff kita burn out,” katanya.

 Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, dia sanggup menutup kedua-dua kilang sambalnya hanya untuk meraikan kesemua pekerja di bulan Ramadan ini.

“Kita bawa semua pergi shopping baju raya. Berbuka puasa kat hotel dan bagi bonus untuk raya. Insyaallah lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak,” tulisnya.

Bukan itu je, terserlah raut wajah gembira semua pekerja KA ketika sedang memilih barang kelengkapan raya. Ada juga yang mengalirkan air mata gembira ketika diumumkan pemberian bonus oleh KA.

Disebabkan caranya menjaga kebajikan pekerja, KA berjaya menambat hati warganet dan rata-rata sangat kagum sehingga menggelarnya sebagai ‘founder’ dan ‘influencer’ contoh.

Antara komen warganet:

Sebelum ini KA pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan pada umur 25, namun semua usahanya gagal. Pada umur 27, KA bangkit semula daripada bawah dan dengan kejayaan daripada video memasaknya yang viral, perniagaan Sambal Nyet KA bertahan sehingga kini.

Sumber: Khairul Aming