Breakthru Bran & Germa Gandum Baharu Daripada Gardenia, Roti Tinggi Kalsium Untuk Anak Sihat!

Share

Ibu dan bapa mana yang tidak mahu anak kekal sihat dan bertenaga setiap hari. Bagi memastikan anak selesa untuk belajar, sarapan pagi seperti roti sentiasa jadi pilihan terbaik ibu ayah.

Setiap pagi anak-anak ke sekolah, roti dari jenama yang cukup gah ini sentiasa jadi pilihan ibu untuk anak-anak.

Kini jenama roti Gardenia yang cukup disukai ramai ini tampil dengan pilihan terbaru buat semua.

Jenama roti Gardenia yang bernaung di bawah syarikat Gardenia Bakeries (Kl) Sdn. Bhd ini tampil memperkenalkan produk baharu mereka dalam rangkaian Gardenia Breakthru, iaitu Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum.

Roti inovatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan individu terutama anak-anak yang perlukan tenaga untuk membesar dengan sihat dan bertenaga.

Malah roti yang kaya dengan kalsium yang tinggi ini juga menjadi pilihan mak ayah untuk anak-anak kecil mereka sebagai sajian utama ke sekolah. Barulah anak jadi bertenaga dan bersemangat untuk belajar.

Apa yang anda perlu tahu, setiap hidangannya penuh dengan kalsium tinggi yang  memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang dan gigi malah menjadikannya tambahan yang baik dalam diet seimbang.

Melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti dan usaha inovasi terperinci, Gardenia menggabungkan formula baru, yang dikenali sebagai ‘8CTIVE™’, yang merangkumi vitamin A dan E yang tinggi, zat besi, protein, rendah lemak dan elemen lain sebagai penggalak kesihatan seperti tiadanya kolesterol dan lemak trans.

Solusi makanan pantas dan sihat

Jika ditanya sajian sarapan yang paling mudah dan menjimatkan masa ibu-ibu di dapur, roti sudah semestinya menjadi pilihan ibu-ibu terutama ibu bekerja.

Dengan pelancaran Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum, ibu-ibu kini mempunyai pilihan untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga sedap dan menepati selera anak.

Paling menarik pastinya tekstur lembut dan gebunya sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tidak hairanlah roti yang satu ini semakin menjadi perhatian ramai.

Kajian dan kaji selidik yang dijalankan terutama dikalangan ibu juga mendapati ibu-ibu lebih bijak mencari alternatif roti yang dengan kaya kalsium tinggi berbanding roti biasa dengan sapuan keju dan susu sebagai pelengkap. Lebih mudah dan sedap!

Sebagai pilihan untuk semua, dua variasi sedia ada di bawah jenama Gardenia Breakthru  iaitu Gardenia Breakthru Roti Gandum Penuh dan Gardenia Breakthru Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada ini dilhat semakin mendapat tempat dihati semua penggemar roti.

Dua jenis roti hebat ini merupakan siri Gardenia Breakthru dengan formula 8CTIVE™ yang sudah semestinya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Jadi bijaklah memilih yang terbaik untuk anak kecil kita membesar. Pastikan roti Gardenia Breakthru Bran & Germa Gandum menjadi pilihan ibu selamanya.