Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh makan-makanan yang tercemar.

Ia tidak dianggap sebagai penyakit yang serius dan kebanyakan orang yang mengalaminya, biasanya akan pulih dalam masa beberapa hari tanpa rawatan.

Menurut Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim  Botulism adalah keracunan yang berpunca daripada pencemar makanan yang paling digeruni iaitu kuman aka bakteria Clostridium botulinum.

Gejala awal dijangkiti kuman ini adalah muntah, ceret birit atau sembelit, pembengkakan abdomen, keletihan dan lemah.

Botulism Keracunan Paling Ditakuti? Pakar Kimia Ini Kongsi Info, Ramai Yang Tak Tahu.

Gejala diikuti pula dengan vertigo, kabur pandangan, kering mulut, kesukaran menelan dan bercakap, lemah leher dan tangan, dan akhirnya sukar untuk bernafas, fasa di mana toksin telah dihasilkan.

Gelaja ini biasanya akan mula kelihatan setelah 12-36 jam (minimum) atau 4 jam-8 hari (maksimum) selepas terdedah dengan kuman. Sebenarnya kejadian jangkitan kuman Clostridium botulinum ini rendah jika dibandingkan kuman punca keracunan makanan yang lain, namun kadar kematian adalah tinggi sekiranya lambat dikesan atau dikenalpasti, dan lambat pula mendapat rawatan antitoksin dan bantuan pernafasan.

Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai bakteria yang memggerunkan ini:

Botulism Keracunan Paling Ditakuti? Pakar Kimia Ini Kongsi Info, Ramai Yang Tak Tahu.

1) Bakteria ini hanya boleh hidup dan membiak dalam persekitaran rendah atau tanpa oksigen (anaerobic bacterium). Dalam persekitaran biasa, ianya tidak boleh hidup.

Ads

2) Bakteria ini hanya boleh hidup dan membiak pada makanan yang mempunyai pH lebih tinggi dari 4.6 (kurang berasid).

3) Bakteria ini boleh menghasilkan bahan kimia protein neurotoksin botulinum yang bahaya kepada sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian.

4) Toksin botulinum yang telah terhasil tetap wujud walaupun bakteria ini tidak lagi hidup dalam persekitaran oksigen dan rendah pH.

5) Toksin yang sudah terhasil boleh termusnah dengan suhu 85 degree Celsius. Maksudnya suhu mendidih mampu memusnahkan bahan kimia toksin.

6) Suhu mendidih biasa (walaupun dilakukan selama beberapa jam) tidak mampu memusnahkan spora bakteria ini. Namun suhu tinggi yang digunakan dalam proses pengetinan kormesial mampu memusnahkannya.

Ya, ketahuilah spora bakteria ini boleh tahan suhu mendidih, boleh tersebar melalui udara dan boleh bercambah dan membiak dalam persekitaran yang bersesuaian. Kebiasaannya kes keracunan oleh bakteria Clostridium botulinum adalah disebabkan penyediaan dan pengendalian makanan yang tidak bersih. Spora bakteria ini boleh wujud di persekitaran kita termasuklah tanah, sungai dan air laut.

Spora yang mencemari produk makanan akan bercambah lalu menghasilkan toksin apabila berada dalam keadaan yang kondusif iaitu rendah kandungan oksigen, suhu bersesuaian dan kurang/ tiada bahan pengawet. Contoh makanan siap masak dibotol/ ditin atau difermentasi yang dihasilkan sendiri di rumah tanpa kemahiran, pengendalian, pengawasan bersih dan rapi.

Ads

Disamping itu, spora ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada luka, usus dan saluran pernafasan. Jangkitan spora melalui saluran pernafasan adalah mustahil kecuali melalui semburan (aerosol) atau sengaja disedut (bioterrorism). Jangkitan melalui luka yang terbuka atau kulit boleh berlaku melalui pencemaran peralatan, penyalahgunaan dadah atau kesilapan dalam suntikan Botox (botulinum neurotoxin type A).

Spora yang termakan oleh bayi boleh bercambah menjadi bakteria, membiak dan menghasilkan toksin di dalam usus. Namun untuk bayi berusia lebih daripada 6 bulan, kanak-kanak dan individu dewasa, umumnya jangkitan usus tidak akan berlaku kerana kematangan lapisan usus yang menghalang proses percambahan spora daripada berlaku.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan kesan jangkitan kuman Clostridium botulinum;

  • Pastikan pengendalian makanan yang teliti dan bersih terutamanya makanan siap masak yang disimpan lama.
  • Gunakan kaedah retot yang betul. Pastikan makanan dijeruk cukup bahan asid atau garam untuk mengelakkan pertumbuhan kuman ini dan simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.
  • Elakkan memberikan apa-apa jenis makanan/ minuman (walaupun telah dididihkan) kepada bayi berusia kurang 6 bulan. Disebabkan kekerapan punca kes jangkitan, makanan seperti madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi berumur kurang setahun.
  • Elakkan suntikan Botox daripada perawat yang tidak bertauliah.

Semoga bermanfaat

Sumber: ChM Dr Fatimah Salim

 

Ads

Botulism Keracunan Paling Ditakuti? Pakar Kimia Ini Kongsi Info, Ramai Yang Tak Tahu.

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Botulism Keracunan Paling Ditakuti? Pakar Kimia Ini Kongsi Info, Ramai Yang Tak Tahu.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI