Bosan Menu Sama? Asam Pedas Pekat Telur Pecah Boleh Jadi Juadah Berbuka Puasa

Share

Menjelang bulan Ramadan ini, pasti ramai yang dah mula fikir macam-macam menu lazat. Asam pedas pekat telur pecah salah satu sajian yang cukup menarik selain memberi kelainan iaitu dengan menggunakan telur sebagai pengganti ikan atau ayam. 

Menarik dengan perkongsian @snfkitchen_90  yang berkongsi menu yang sangat mudah, jimat masa dan kos. Jangan bimbang, anda boleh cuba resipi ini sebagai menu berbuka puasa nanti. Selamat mencuba.

Asam Pedas Pekat Telur Pecah

Bahan-bahan:

  1. Minyak
  2. Bawang merah kisar bawang putih kisar
  3. Halia kisar
  4. Daun limau purut
  5. Serai
  6. Lengkuas
  7. Cili boh
  8. Daun kesum
  9. Bunga kantan
  10. Air asam jawa + belacan
  11. 1/2 cawan air
  12. Tomato
  13. Garam
  14. Gula
  15. Serbuk perasa
  16. Telur

Cara Penyediaan:

-Tumis bahan kisar, halia, daun limau, serai dan lengkuas dengan minyak sampai naik bau.

-Masukkan cili boh, kacau dan biarkan cili masak.

-Masukkan daun kesum dan bunga kantan.

-Masukkan air asam jawa dan belacan kacau sehingga sebati.

-Masukkan air dan kacau sehingga sebati kemudian masukkan tomato. 

-Biarkan sehingga kuah mendidih.

-Masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.

-Keluarkan serai dan lengkuas.

-Pecahkan telur dan kecilkan api. 

-Biarkan telur putih masak dan tutup api.

Tips:

Kurangkan air untuk hasilkan asam pedas yang pekat.

Sumber: @snfkitchen_90