Pernah tak cuba Sate Goreng? Jika belum pernah, memang korang kena cuba. Mudah, sedap dan membuka selera.
Sama enaknya seperti sate yang dibakar dengan arang cuma versi ini hanya perlu masak dalam kuali sahaja. Tak perlu la nak repeat asyik masak daging resepi yang sama je kan.. Jom cuba!
Resipi Sate Goreng Versi Masakan Jawa
Bahan-bahan:
1kg daging
5 sudu gula
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam
Ajinomoto
Bahan untuk dikisar:
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci lengkuas
3 inci halia
2 batang serai
1 genggam biji ketumbar
1 genggam jintan putih
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong kecil daging dan basuh sehingga bersih. Toskan.
Ads
2. Perap daging dengan gula, biar gula tersebut meresap ke dalam daging anggaran 10-15 minit.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masa kisar, jangan letak terlalu banyak air.
Ads
4. Lumurkan bahan kisar bersama daging dan ratakan.
5. Tambahkan garam, pati ayam dan ajinomoto jika perlu dan sebatikan.
6. Hasil setelah digaul sebati. Boleh rasa di hujung lidah untuk tahu mana terkurang rasa manis ke masin. Perap semalaman. Jika tidak berani cuba rasa ketika masih mentah, boleh juga cuba bila daging sudah separuh masak nanti.
Ads
7. Setelah perap semalaman, masak perapan daging dalam kuali. Tak perlu guna minyak sebab daging tersebutkan keluar minyak secara semulajadi.
8. Masak daging hingga kering dan empuk. Bila sudah sempurna, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Nota: Daging perlu diperap lama supaya rasanya sebati dan daging cepat empuk apabila dimasak.
Menjadi kebiasaanya ramai antara kita akan memenuhkan peti sejuk dengan stok makanan basah seperti ikan, ayam, daging udang dan sebagainya bagi memudahkan untuk dimasak bila perlu. Kalau boleh sebulan sekali sahaja pergi ke pasar basah untuk membeli bahan-bahan tersebut, jimat masa dan tenaga.
Memang benar cara ini cukup praktikal dilakukan oleh suami isteri yang berkerja, namun apa yang menjadi keutamaan di sini adalah perlu tahu bagaimana cara selamat ketika proses penyimpanan dan penggunaan stok makanan yang tersimpan lama dalam peti sejuk. Ini penting bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan.
Memberi penerangan tentang hal ini, Dr Kamarul Ariffin telah berkongsi tip di akaun fbnya untuk manfaat bersama.
Jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Sering Sakit Perut
“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”
Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi mudah kalau gitu. Hehe.
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Cara Nyahbeku Yang Betul
Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:
Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir.
Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!
Jika Salah Cara Undang Bahaya
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
OKlah. Tu je!
Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!
Menu daging singgang adalah antara menu yang cukup sinonim sebagai hidangan orang Pantai Timur. Menyediakannya cukup mudah dan pasti sesiapa pun boleh menyediakannya. Sekiranya anda belum pernah membuat menu ini untuk hidangan keluarga, apa kata cuba sekali dan pasti anda gemarinya.
Tidak tahu resipi?
Di sini dikongsikan dan boleh dicuba.
Bahan-bahannya:
-lengkuas (agak2)
-halia (agak2)
-bawang merah 6 ulas
-bawang putih 4 ulas
-lada kering (nk pedas boleh tambah cabai melaka)
-asam keping 5 keping(jika asam jns masam kurangkan)
-kunyit hidup(tk letak pn boleh)
-1 sdb ketumbar di tumbuk kasar
Cara Buat :
1. Daging yang telah di potong dan di cuci bersih di masukkan ke dalam bekas yang hendak di masak bersama-sama bahan-bahan.
2. Masukkan air agak-agak nak kuah banyak mana. Tapi ingat daging akan mengeluarkan air.
3. Bila dah mendidih dan daging separuh masak masukkan garam secukup rasa serta serbuk perasa jika suka dan jika suka budu boleh masukkan 2 sudu budu utk perasa (saya tak letak budu) biarkan seketika sehingga daging dah empuk bolehlah tutup apa.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bila anak tak sihat, ibu-ibu la yang paling terkesan. Mana tidaknya semua kerja tak kena. Risaukan si kecil yang demamnya tak kebah.
Nah, admin kongsikan menu Chicken bone broth atau sup tulang ayam untuk ibu cuba buat. Makanan berkhasiat ini juga dikenali sebagai immunity booster. Malah, ada yang turut menggelarnya sebagai ‘sup kebal’.
Sup tulang ini sebenarnya telah diamalkan sejak turun-temurun lagi sebagai penawar. Ia bukanlah terhad kepada tulang ayam saja, tetapi juga boleh dibuat daripada lembu, ikan, atau kambing.
Ekstrak daripada tulang haiwan ini mengandungi 19 jenis asid amino beserta bahan padat nutrisi yang mudah diserap oleh tubuh. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ianya boleh menjadi petua rawat demam dan batuk untuk anak kecil, kanak-kanak, dan juga dewasa.
Menu ini dikongsikan oleh Puan Syazwana Jamal yang siap menunjukkan langkah demi langkah cara membuat chicken bone broth yang juga boleh disimpan dijadikan stok dan perasa makanan yang serba berkhasiat.
CARA MEMBUAT CHICKEN BONE BROTH Mengikut pembacaan aku, Cbb dengan chicken stock ni lain sikit. Kalau chicken stock kita akan gunakan daging2 ayam untuk dapatkan rasa ayam tu sebagai perisa tambahan (penyedap) dalam makanan baby sebab baby belom boleh makan garam gula lagi. Tapi kalau Cbb ni more kepada immune booster sebab dia guna tulang2 ayam dan cara buat dia pon lebih kepada kita extract zat2 dari tulang ayam tu.
So cara aku,
1. Sebiji bawang besar.
2. Satu labu bawang putih.
3. Celery 3 batang.
4. Carrot sebatang.
5. Tulang2 ayam.
6. Lemon/cuka /tomato
7. Rempah 3 sekawan.
Lemon / cuka / tomato berfungsi untuk extract keluar semua zat2 dalam tulang ayam tu.
Masuk semua dalam periuk besar. Lemon tu perah ye. Jangan ko campak sekali pulak. Aku guna air agak2 penuh. Kene guna periuk stainless steel tau. Aluminium tak boleh nanti cuka / lemon tu bertindak balas dengan dia.
Kalau guna pressure cooker sejam dah siap. Kalau semikin macam aku ha ko tunggu la sampai 4jam! Jangan ko tido pulak mampod terbako dapur ko kang ? Ada org cakap sampai air turun jadi separuh pon boleh. Aku buat 4jam air jadi suku.
Dah siap boleh la follow macam dalam gambar. Sejukkan, masuk ice tray, bekukan. Bahan2 yg tinggal tu aku tak guna. Buang. Heheh.
BAHAN-BAHAN Sebiji bawang besar. Satu labu bawang putih. Celery 3 batang. Carrot sebatang. Tulang-tulang ayam. Lemon/cuka /tomato Rempah 3 sekawan. *Lemon / cuka / tomato – salah satu bahan berasid ini berfungsi untuk mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut. Mesti letak ya!
CARA-CARA Ini cara-caranya langkah demi langkah.
1. MASUKKAN BAHAN DALAM PERIUK Masuk semua dalam periuk besar. Oh ya, lemon itu pastikan diperah. Jangan pula dicampak sekali dalam periuk.
2. MASUKKAN AIR Saya guna air agak-agak penuh. Seeloknya guna periuk stainless steel, jangan yang aluminium sebab setahu saya yang aluminium boleh menyebabkan cuka / lemon boleh bertindak balas dengannya.
3. MASAK HINGGA KUANTITI AIR MENJADI SEPARUH / SUKU Kalau guna pressure cooker sejam saja dah siap. Tapi saya tak ada, saya pun tunggulah sampai 4 jam. Air yang penuh tadi tinggal suku. Ada orang cakap, sampai air turun jadi separuh pon dah boleh. Terpulanglah nak yang mana.
3. TAPIS DAN BIAR SEJUK Lepas dah siap, tapiskan bahan. Saya tak pakai dah tulang-tulang yang tinggal tu. Ambil pati supnya saja.
4. MASUKKAN KE DALAM ICE TRAY Akhir sekali, masukkan ke dalam ice tray dan bekukan. Bila nak masak, boleh ambil ikut kuantiti yang diperlukan. Boleh buat sup ayam untuk anak, atau dijadikan perasa untuk masak makanan lain.
Bila dah beku, inilah hasilnya.
BERKHASIAT DAN PADAT NUTRISI Itulah cara membuat chicken bone broth. Mudah saja, bukan? Bukan saja anak-anak, bayi dan dewasa juga boleh mendapatkan manfaat daripadanya. Masakan anda pun tentu bertambah sedap dan terasa lazat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...