Makan

Bosan Makan Ramen Kosong? Jom Cuba Ramen Roll Pedas, Resepi Untuk Snek Petang

Share

Setiap kali petang je taktahu nak makan apa untuk minum petang. Macam-macam resepi dah cuba.

Kadang-kadang teringin jugak nak cuba snek yang pedas.

Alang-alang dah ada ramen di rumah tu boleh la cuba buat ramen roll. First time dengar? Ha bunyi sedap kan.

RAMEN ROLL PEDAS

Ramen roll ni inti dia mestilah mi ramen. Selalunya orang guna jenama Samyang. Ala yang famous dekat merata tempat tu la.

Untuk ramen roll ni, orang selalunya prefer guna perisa carbonara. Tapi nak guna perisa lain pon boleh.

Nak campur pon boleh tapi jaga-jaga, risau ada yang ke tandas 24 jam. Nak prepare pon senang je tau. Jom kita tengok resepi kat bawah!

BAHAN-BAHAN:

-1 paket Samyang ramen ikut pilihan masing-masing

-Rice paper

-Seaweed

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula, rebus dahulu ramen sehingga lembut dan sediakan ramen seperti biasa

2. Kemudian sediakan pinggan berisi air, dan celupkan rice paper hingga lembut dan boleh digulung. Hati-hati sebab mudah melekat

3. Letak ramen di tengah-tengah rice paper dengan kemas

4. Kemudian susun bahan-bahan yang lain

5. Gulung rice paper dengan kemas

6. Siap dan boleh hidangkan. Boleh juga goreng kalau suka rangup tapi pastikan guna 2 lapis rice paper. Selamat mencuba!

TIPS EXTRA: Campur sedikit minyak bijan dalam ramen untuk lebih sedap

MESTI BACA: Resepi Blueberry Oat Pancake, Breakfast Mudah Dan Pantas

Tak Tahu Nak Masak Apa? – Cubalah Resepi Char Kuey Teow Padu Ini! 

Daging Masak Merah Rasa Sebijik Macam Di Restoran Thai. Ni Resepinya Buat Makan Bertambah! 

SUMBER: Lemon8 ainasyzwani

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my