Untuk menarik selera anak-anak makan kadang kala bukan mudah. Lagi lagi bagi yang jenis memilih. Ibu-ibu kena tahu apa kegemaran atau kesukaan mereka barulah mudah untuk pancing selera nak makan kan.
Admin kongsikan satu resipi mudah tetapi pasti anak-anak sukakannya. Cara nak buat pun ringkas jer, tak mengambil masa yang lama.
Mengimbau kenangan antara kek yang mak-mak kita akan buat bila tibanya Syawal mulia, dan sangat-sangat kita nantikan bila mak memasaknya lain tak bukan adalah kek oren. Keenakan rasanya sudah dapat dihidu ketika sedang dibakar lagi. Memang semerbak dan buat kita yang ketika itu masih kecil tidak sabar untuk menjamah kek tersebut. Sekali makan memang nak makan lagi, langsung tak muak.
Jadi untuk mengembalikan nostalgia dulu-dulu, apa kata raya tahun ini kita sediakan pula kek oren ini untuk dinikmati oleh anak-anak dan suami tercinta. Resipinya seperti yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamira.
Ini perkongsiannya.
Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak. Cuba lah, bau semerbak tak menahan.
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua!
Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.