Kisah wanita hebat ini pernah tular di laman Twitter satu ketika dahulu bila mana cucunya,Adam Zainal memuat naik kisah mengenai nenek kesayangannya yang berjaya menamatkan pengajian di peringat Sarjana.
Terbaru, neneknya Datin Siti Hendon Abdullah belum berpuas hati dengan kejayaan tersebut sebaliknya ingin terus menimba ilmu dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Menerusi laporan The Star, Siti Hendon yang berusia 83 tahun itu mengambil keputusan gati menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang sama.
Namun, bukan mudah bagi bekas pengetua di sebuah sekolah itu untuk menyiapkan tugasan PhD apabila berhadapan dengan masalah penglihatan akibat faktor usia.
Dia juga mula mengambil berat tentang teknologi dan gajet bagi memudahkan tugasan selepas dipujuk anak-anak untuk menggunakannya.
Tambah Siti Hendon, dia menyambung pengajian kerana berasa bosan dan mempunyai banyak masa lapang selepas bersara pada 1991.
Dalam masa yang sama juga beliau risau akan menghadapi masalah kemurungan atau demensia, lantas memilih untuk kembali menuntut ilmu.
Kisah yang dimuat naik Adam Zainal ini sekali lagi menerima pujian dari netizen.
Sumber : mStar Online& Twitter adam zainal