Hari-hari mesti nak fikir menu apa yang sedap dan mudah untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga. Menu ayam atau ikan sememangnya sudah menjadi kebiasaan.
Haa apa kata anda cuba menu kerang masak sambal serai ini. Resipi yang dikongsikan oleh farah_hanani_azalan ini sangatlah mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Lauk ini juga bukan setakat sedap dimakan bersama nasi panas, malah boleh diratah begitu saja.
Kerang Sambal Serai
Bahan-Bahan:
- 500 gm kerang
- 2 batang serai (titik)
- 2 helai daun Limau purut (buang tangkai)
- Minyak masak
- 2 tbsp gula
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan Kisar:
- 2-3 batang serai
- 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 senduk cili kering kisar
- Sedikit air
Cara-Cara:
– Rebus kerang selama 30 saat sahaja dan rendamkan dalam air sejuk. Kemudian boleh kopek kerang ikut pilihan anda.
– Kisarkan bahan kisar tadi.
– Tumiskan serai dan bahan kisar tadi dan masakkan bersama kerang yang sudah direbus.
Tip: Kerang jangan masak lama-lama sangat nanti dia kecut.
Sumber: farah_hanani_azalan
Nak Elak Kuali Cepat Karat, Makanan Tak Melekat Lepas Beli Jangan Terus Guna! Kena ‘Bakar’ Dulu
Dua tiga bulan ni memang ramai lah mencari kuali periuk baru untuk kegunaan raya. Mana tidaknya, alatan kat rumah tak begitu muat kalau nak masak untuk buat open house. Gitu! hehe
Sebenarnya, ramai yang masih menggunakan kuali yang sama selama berbelas-belas tahun kerana masih elok tanpa perlu membeli kuali baru. Tapi kalau tak tahu jaga, kuali memang akan senang berkarat dan masakan mudah melekat.
Rupa-rupanya jika beli kuali baru kena ‘bakar’ dulu atau dikenali ‘season the wok’. Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lebih lama, tak berkarat dan masakan juga tak melekat.
Macam mana cara bakar kuali baru tu sebenarnya? Jom baca perkongsian oleh saudara Wan Luqman di bawah.
Cara Bakar Kuali Baru Supaya Tahan Lama
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″. Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat.
Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda.
Cara-caranya:
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu, tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″. Saiz 13″ susah sikit nak dapat.
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang, kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je, jangan sedih pulak kuali calar.
Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar!
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru. Bakar seluruh permukaan kuali ye.
Dah siap. Biarkan dalam 10 minit.
Lepas 10 minit, kite test season. Letak minyak sikit.
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak.
Test Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 minit. Bagi dia cool down dulu.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali.
Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun, malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu. Jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.
Kredit: Wan Luqman
Lebih Jimat Buat Sendiri Ayam Crispy Drumet Frozen, Nak Makan Keluarkan Je Masak Dalam Air Fryer!
Kalau dah status mak ni, serba serbi nak buat mesti tak menyempat punya! Lagi-lagi kalau bekerjaya, atau ada side benda yang dibuat, dah macam tangan sotong dah dibuatnya..
Nak-nak sekarang ni anak dah mula sekolah, mana nak buat bekal untuk mereka lagi, nak hantar ambil mereka ke sekolah, uruskan rumah. Fuhhh memang jadi supermom lah!
Yang mana nak sediakan bekal mudah untuk anak, boleh cuba buat ayam goreng tepung crispy ni, buat je banyak-banyak jadikan frozen. Lagi jimat dari beli kat luar!
Bila nak masak, masukkan je dalam air fryer atau goreng dalam minyak sampai masak, then basuh je beras masak nasi. Settle! Mudah dan semestinya pantas.
Nak tahu macam mana? Jom tengok langkah-langkahnya di bawah!
Ayam Goreng Crispy Drumet
Bahan-bahannya :-
Ayam drumet (ikut selera anda, seekor pun boleh)
Tepung Bestari (Taknak pedas guna yang original)
Air
Minyak untuk menggoreng
Langkah-langkahnya :-
1. Ayam basuh bersih.
2. Salut ayam dengan bancuhan air tepung Bestari.
3. Perap dalam 30 minit (letak dalam peti ais).
4. Sediakan bekas lain yang berisi tepung Bestari.
5. Salutkan ayam tersebut. Pastikan tangan kering. Tekan-tekan ayam pada tepung tu. Biarkan jadi berkuping-kuping.
6. Masak sekejap secara deep fry. Toskan minyak. Sejukkan.
7. Bila dah sejuk, susun dalam bekas dan letak dalam freezer.
8. Bila nak masak, masukkan dalam AF. Suhu ikut AF masing-masing. Saya letak suhu 180c, 10minit.
9. Dah masak boleh hidangkan.
Sumber : Siti Nor Arbi Ibrahim
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/
Bila Viral Pertikai Ada Batu Dalam Pedal Ayam. Dr Ni Jelaskan Kepentingan Batu Tu Agar Ramai Tahu!
Baru-baru ini kecoh di media sosial bila salah seorang pengguna facebook terkejut apabila menjumpai beberapa biji batu ketika membersihkan pedal ayam yang dibelinya.
Ketika sedang mencuci pedal tersebut wanita itu bagaimanapun berasa hairan apabila terjumpa batu di dalam pedal tersebut.
Ini menyebabkan wanita tersebut tidak puas hati dan menyangka bahawa perkara itu merupakan satu taktik yang telah dilakukan oleh peniaga untuk mengenakan harga yang lebih mahal bagi mengaut keuntungan.
Tapi, sebelum bersangka buruk adakah anda tahu bahawa sememangnya di dalam pedal ayam akan ada macam-macam dan antaranya cebisan batu dan pasir.
Ini penjelasan dr tentang itu, semoga bermanfaat.
Dalam pedal ayam ada batu?
Mungkin hantaran ini(gambar) dibuat dengan niat bergurau, namun mungkin ada juga yang tak tahu apa fungsi pedal ayam.
Pedal adalah organ penghadaman, dan fungsinya untuk menghancurkan makanan. Ayam perlukan organ ini kerana ia tak mengunyah makanan.
Bagi membantu pedal melumatkan makanan, ayam menelan batu-batu kecil, dan ia akan masuk ke dalam pedal dan kekal di situ.
Bukan Perkara Aneh
Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil.
Jadi, bukanlah perkara yang aneh jika kalian jumpa ketulan batu dan pasir dalam pedal ayam yang dibeli di pasar. Terutamanya ayam kampung.
Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya.
Pernah dengar geliga buaya? Batu geliga yang dikatakan dimuntahkan oleh buaya. Ada orang buat cincin dari batu ini, kononnya ada sakti.
Agak-agak batu geliga itu datang dari mana? Betul! Batu dari pedal buaya, yang kemudian dimuntahkan semula atau keluar bersama tinjanya.
OK tu je untuk malam ni!
Semoga bermanfaat!
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club