Bosan Berbuka Dengan Ayam Dan Daging, Boleh Cuba Resipi Rendang Ikan Tongkol Ni, Wajib Cuba!

Share

Memasuki minggu kedua, ibu-ibu pasti dah mula rasa bosan dan buntu untuk menyediakan menu buat anak-anak.

Menu Rendang Ikan Tongkol ni memang ‘rare’ tapi kalau cuba dan rasanya memang lain daripada yang lain. Sedap tak ingat!

Wajib cuba resipi yang dikongsikan oleh  Laila Safiah di facebooknya ni. Wajib cuba!


Makanan feveret kami sekeluarga .. kalau beli ikan kayu atau ikan tongkol, mesti mak buat rendang pedas ikan kayu ni. Sedap ni buat berbuka puasa.

Idea berbuka resepi mak saya

Rendang Pedas Ikan Kayu

Bahan-bahan:

Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang kecil – hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah – kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar – hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup

 

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak atas api sederhana.

2. Ikan tak perlu di goreng atau rebus.

3. Masukkan je mentah-mentah. Sama macam kita masak rendang biasa, cuma yang ni lebih cepat dan mudah.

4. Kami tak letak serbuk perasa, sebab kami memamg tak makan apa-apa serbuk perasa.

Kredit Resepi : Laila Safiah