Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes.
Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes.
Menurut Dr Jean Philippe Drouin-Chartier, ketua bagi saintis yang terlibat dalam kajian ini memberitahu bahawa minuman manis, termasuk jus buah segar boleh menyebabkan penyakit diabetes. Sebaiknya kita menggantinya dengan minuman yang lebih sihat seperti air putih, dan teh atau dan kopi tanpa gula.
Ads
SELAMAT AMBIL JUS
Beberapa fakta yang perlu ketahui untuk kita selamat mengambil jus buah-buahan ini.
1. Pengambilan jus buah-buahan boleh diambil dengan syarat serat buah-buahan ini tidak dipisahkan bersama dengan jusnya. Perbuatan mengasingkan serat dari jusnya akan meningkatkan kadar penyerapan gula ke dalam darah.
.
2. Tidak mengambil jus buah-buahan secara berlebihan. Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 tahun, American Academy of Pediatrics menyarankan hanya mengambil jus buah-buahan sebanyak 100 hingga 170 gram setiap hari. Sementara kanak-kanak yang berusia 7 hingga 18 tahun, boleh mengambil antara 200 hingga 350 gram dalam sehari. Bagi orang dewasa, pengambilan jus buah-buahan tidak melebihi 2-3 gelas dalam sehari.
3. Tidak menambah gula dalam jus buah-buahan itu yang akan meningkatkan tahap karbohidrat dan kalori dalam minuman itu.
Ads
4. Tidak minum jus buah-buahan di waktu pagi ketika perut kosong jika kita alahan terhadap buah tersebut, sebagai contoh jus nenas yang mungkin akan menyebabkan rasa kembung perut.
5. Tidak menyimpan jus buah-buahan yang telah disiapkan terlalu dalam dalam peti sejuk. Sebaiknya menghabiskan jus tersebut dalam masa 4 jam setelah disiapkan.
6. Beberapa jenis buah seperti mangga, alvokado, nangka, atau durian mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi. Seeloknya jus buah-buahan yang tinggi karbohidratnya tidak diambil bersama dengan makanan yang berat, contohnya makan tenghari.
Ads
Saya sendiri berpendapat bahawaa pengambilan jus buah-buahan tidak akan berbahaya jika diambil dengan sederhana dan tidak memisahkan jus dari seratnya. Pengambilan jus buah-buahan secara berlebihan terutama jus buah-buahan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi sudah tentu memberikan kemudaratan kepada peminumannya terutama pesakit diabetes.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peningkatan angka kes Covid-19 di negara ketika ini kian dilihat ada pasang surutnya. Hal ini turut merunsingkan hati, bimbang andai ada ahli keluarga kita pula menjadi mangsa. Kalau boleh, biarlah ada vaksin ditemui segera.
Menyentuh tentang perihal vaksin dan sebagai memetik laporan daripada Astro Awani berkenaan indikatif harga vaksin Covid-19, dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang.
Berkaitan vaksin ini juga, menurut
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, negara turut ditawarkan beberapa jenis vaksin ketika ini dengan harga berbeza dan kerajaan perlu mengkaji setiap vaskin terlebih dahulu.
“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.
“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik daripada laporan Astro Awani.
Tambahnya lagi, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.
Bagaimanapun jelas Khairy, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksin itu.
Kerajaan tambahnya, mempunyai strategi dalam mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk rundingan bersama syarikat farmaseutikal mengenai pembangunan vaksin.
Malah Malaysia sedang dalam perbincangan bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI).
Daun pandan tergolong dalam daun-daunan herba yang banyak kegunaannya pada tubuh. Bukan pada makanan dan air rebusan sahaja bahkan ia mampu merawat beberapa masalah dalaman lain termasuklah merawat darah tinggi dan sebagainya.
Lebihan daun pandan yang dibeli atau diambil daripada pokok jangan pula dibuang. Ambil dan buat beberapa petua mudah ini. Ada banyak khasiatnya. Empat kegunaan ini mungkin anda tak pernah tahu. Baca ni.
Turunkan Darah Tinggi
Kalau terlampau stress dengan kerja dan masalah, air rebusan pandan ini adalah ubat terbaik dan melegakan.
1. Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air.
2. Didih hingga air tinggal setengah gelas.
3. Biarkan sedikit suam dan minum.
Bunuh Kuman Dalam Darah
Minum air pandan yang direbus secara konsisten membantu membunuh kuman dalam darah.
Licinkan Kulit Muka
Air beraroma wangi ini juga baik untuk merawat kulit wajah. Nak licinkan kulit? Ikut langkah ini.
1.Perahkan air daun pandan.
2. Campurkan bersama pisang dan makan dua benda ini.
Kecutkan Rahim
Air herba daun pandan juga baik untuk mengecutkan rahim. Selain dibuat mandian, minum airnya dan amalkan ketika di dalam pantang.
1. Ambil akar daun pandan dan basuh bersih.
2. Rebus akarnya.
3. Amalkan minum selama 40 hari.
Selamat mencuba ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perkataan subur menjadi satu kebimbangan bagi yang telah berumah tangga. Lebih-lebih bagi yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.
Buntu bila memikirkan mengapa masih tidak dianugerahkan zuriat dengan cepat berbanding pasangan-pasangan lain. Itulah yang menjadi kerisauan semua wanita. Namun percayalah bahawa ini semuanya adalah percaturan hebat Allah SWT.
Menjalankan pemeriksaan kesuburan adalah salah satu langkah bijak yang perlu anda lakukan. Namun apa yang boleh anda lakukan di rumah adalah memastikan semua aspek agar kesuburan tetap terjaga. Apakah ia? Buat semua langkah ini.
1. Pilih Makanan Sihat
Makanan yang sihat pastinya adalah makanan yang baru dimasak. Selain itu pilihlah buah-buahan segar dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan.
Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.
2. Kawal Berat Badan
Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan bersenam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.
3. Elak Kafein
Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!
4. Elak Aktiviti Berat
Aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan anda. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan anda. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.
5. Lakukan Pemeriksaan Rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung.
Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.