Biar apa jua panggilan baik mak, mama, ibu, bonda dan sebagainya, namun yang pasti mereka adalah insan yang cukup istimewa dan cukup berjasa kepada anak-anak. Sanggup berkorban menahan segala macam sakit dari saat mengandung selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan.
Tidak terungkap dengan kata-kata pengorbanan mereka yang sanggup berkorban nyawa demi anak, kerana itu mereka terpilih sebagai insan yang dimuliakan di sisi Allah swt.
Namun apabila anak sudah besar dan dewasa, ada kalanya berlaku perselisihan faham atau tidak bersefahaman membuatkan ada yang berkecil hati. Bagi yang memiliki adik beradik ramai, pasti wujud perasaan yang merasakan ibu pilih kasih kononnya ibu lebih menyayangi adik-beradik lain selain daripada kita. Perasaan tersebut adakalanya membuatkan si anak mula menjauhkan diri seolah-olah merajuk dengan si ibu.
Baru-baru ini tular satu video berkenaan hal ini. Di dalam video tersebut, Datuk Nurul Hidayah yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanyakan soalan kepada Ustazah Asni Abu Mansor sama ada anak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya.
Di dalam video berkenaan, ustazah mengatakan seorang anak tidak mempunyai hak untuk merajuk dengan ibunya selepas apa yang dikorban dan dilakukan oleh ibu sepanjang hayatnya.
“Anak-anak tiada hak untuk merajuk mahupun berdendam dengan ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita ke dunia amat mulia di sisi Allah.
“Apa pun yang mak kita buat, mereka tetap yang terbaik… tetap yang terbaik. Kamu pandai macam mana pun , ada PhD sampai empat ke, mak kita tetap betul. Walaupun apa yang dia cakap tu fakta dia salah mengalah je lah.
Ads
“Andai kita bina istana pun untuk mak, andai hadiahkan dua kilo, lima kilo emas, andai kita gendong dia untuk tawaf umrah dan haji, andai kita minum air rendaman kakinya, belum tentu dapat balas jasanya yang mengeluarkan kita dari gelap rahim pada terang dunia ini.
“Ibu itu makhluk yang Allah muliakan… Kasih ibu tidak pernah bertalak, kasih ibu tiada edahnya. Atas sebab itu, kita tiada hak untuk merajuk kepada mereka. Kita tiada hak langsung untuk berdendam dengan mereka.
Dalam pada itu, ustazah juga memberitahu bahawa doa seorang ibu adalah amat penting untuk seorang anak, kerana doa ibu terus sampai kepada Yang Maha Esa tanpa hijab.
Ads
“Pohonlah rahmat kerana pada dua tangannya ada tangan keramat yang boleh mendoakan kita. Doanya tiada hijab terus sampai kepada Allah. Kita tak tahu waktu kita sedang lena tidur, ibu kita bangun Ya Allah, kasihani anakku, rahmati hidupnya, bahagiakan dia Ya Allah.
“Beruntung lah orang yang masih punya ibu yang dapat doa ibunya. Sebab itu kalau masih ada ibu, junjunglah dia, letakkan dia ditempat mulia.Anadai ada ibu mentua, junjunglah dia dan letakkan dia di tempat mulia ,”ujarnya lagi.
Ustazah ini juga memperingatkan anak-anak untuk memuliakan ibu masing-masing, sebagaimana Rasulullah SAW memuliakan ibu susuannya, Halimatul Saadiah.
“Hatta Rasullah SAW dapat jumpa ibu susuannya, dibuka serban, dihamparkan dan meminta Halimatul Saadiah duduk di atas serbannya. Kata Saidina Abu Bakar, aku tidak pernah cemburu pada orang melainkan kepada Halimatul Saadiah kerana dapat duduk serban Nabi SAW. Bak kata ustaz, itu ibu susu, kalau Rasul ada ibu kandung…,”kata Ustaz lagi yang membuatkan kebanyakan hadirin dilihat mengalirkan air mata.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda tontonilah video di bawah ini. Video ini dipetik daripada salah satu program di kaca televisyen yang dikongsikan oleh irine_nadia menerusi instagramnya.
Ads
Semoga ia bermanfaat buat anak-anak sekalian dalam menghormati dan menyayangi insan mulia bernama ibu.
pierahimcantik Yang ada mak…jaga mak elok2 ..kasihi mereka…doa mereka Tak Ada hijab.Apa ustazah kata mmg betul…disaat kita lena mak akan bangun solat malam ..berdoa utk kita.beruntung kalian yg ada ibu. Akak sudah x ada mak sejak 43 tahun yg lalu…rasa rindu…semua rasa ada tapi apa akak buat…layan adik arwah mak ….saudara Mara mak..sebAb itu sahaja yang boleh akak alirkan pahala utknya selain. Sedekah amal jariah
mua_assalleh Allahu? beruntunglah yang masih punya emak. Masih dibekalkan doa yang tiada hijap?
Sesungguhnya, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sayangilah ibu kita semua selagi berpeluang melakukannya. Bagi yang sudah tiada lagi ibu, sedekahkanlah doa untuknya di alam sana.
Sesungguhnya janji Allah itu PASTI, Allah bagi rezeki pada waktu yang tepat dan dikehendakiNya.
Hanya Dia yang tahu bila waktu yang terbaik untuk hambanya, Semua yang tertulis bukan di tangan manusia. Itulah ganjarannya kalau kita memilih untuk terus bersabar.
Pasangan ini menanti 10 tahun untuk menimang cahaya mata. Doa dan usaha yang tidak pernah putus-putus akhirnya membuahkan hasil.
Biar diuji dengan masalah kesihatan, namun isteri kesayangan pelakon dan pendakwah Adam Corrie tetap kuat. Kini mereka tidak sabar dan teruja menantikan kehadiran si kecil dalam melengkapi rumah tangga yang dibina.
Dua hari lalu, Adam menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi berita bahawa isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan. Kandungan yang belum cukup bulan itu bagaimana pun masih dalam pemerhatian doktor.
Hari ini, Adam Corrie menyatakan isterinya tidak jadi dibedah, sebaliknya mendapat pemantauan dari pihak hospital memandangkan dia mempunyai masalah darah tinggi.
Dia juga meminta maaf kerana isterinya tidak dapat membalas mesej atau panggilan daripada sesiapa yang bertanyakan mengenai keadaan dirinya kerana perlu berehat.
Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. . Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee ?. . Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak?. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu ?… . Sy wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. . . Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm. #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️
Semoga Fazi kuat dan tabah menghadapi dugaan sebagai bakal ibu. Tak sabar tunggu si kecil ini lahir kan!
Sumber: IG Adam Corrie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain buah mulberry enak dimakan malah mungkin ada yang masih belum tahu ianya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Hal ini telah dikongsikan di Facebook dan ini antaranya yang boleh kita amalkan untuk dapatkan khasiat daripada mulberry. Jom semak.
Rebus daun mulberry untuk minum. Khasiat: Untuk kebaikan mata.
Cara penyediaan :
Basuh daun mulberry dan rendam 10 minit, lepas tu masak dengan air selama 20 ~ 30min. Kalau tak ada diabetes boleh bubuh gula batu untuk menambah rasa. Minum kosong saja juga sedap.
sumber : Looyee Chen via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Begitu juga Sumaiyah Abdullah turut berkongsi manfaat minum air teh daun mulberry yang dikatakan bagus untuk sejukkan badan. Ini perkongsiannya.
Musim panas terik macam ni, mandi dah, minum air banyak dah, tapi masih jugak terasa perit dan kering tekak, apakata korang cuba minuman ni pulak. Kalau saya panggil TEH MULBERRY. Petik kat luar rumah je.
Petua ni saya dapat dari ihsan Dr. Kin Kirana Homeopathy. Katanya air rebusan daun mulberry ni boleh membantu membuang panas dalam badan. Elok sesangat minum time cuaca panas terik macam ni.
Bahan-bahan:
3 helai daun mulberry
3 liter air
Rebus lebih kurang 1 jam. Biarkan sejuk. Sedia untuk diminum. Tak perlu tambah gula ke apa. Aromanya dah cukup wangi dan manis gitu. Tapi rasa tetap tawar la. Bau macam pandan pun ada. Tak pahit pun. Kalau nak tambah gula sikit pun ok kot. Suka sangat rebusan mulberry ni. Boleh la buat untuk minum petang nanti ye. Selamat mencuba
Manakala perkongsian gambar dari Ahmad Ikram Nursuhana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, ia pastinya membuatkan ramai tidak sabar untuk mencuba keenakan rasa buah mulberry disalut coklat.
Semoga dengan perkongsian ini memberi info untuk kita manfaatkan buah mulberry ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila dinding rumah ada masalah dengan kelembapan, cat akan mudah kelihatan bertompok-tompok, cat tidak tahan lama malah keadaan dinding seakan ‘menggelupas’ atau ‘terkopek’.
Bila ini terjadi, memang akan menampakkan kecacatan pada ruang kediaman.
Untuk menyelesaikan masalah ini, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ashura AT ini dengan melakukan semula sapuan cat dengan kaedah yang lebih baik.
Nak tahu lanjut, baca perkongsian ini.
Teknik Mengecat Dinding dan Baiki Dinding Lembap (cara kami)
Disebabkan rumah kami ni dah berusia lebih 10 tahun, jadi kami buat keputusan untuk cat guna kaedah terbaik bagi kasi tahan lagi lama.
1. Mulakan mengecat dengan undercoat 2 layers. Kalau brand Jotun dipanggil primer. Brand Nippon dipanggil wall sealer. Texture primer memang cair, boleh refer gambar 2 beza aplikasi primer & finishing.
2. Finishing kami pakai Jotun Cover Plus, dulu dikenali sebagai Easy Clean. 1 layer je InshaaAllah dah perfect, tapi ada bahagian kena cover lagi 1 layer sebab dinding lama warna gelap.
3. Kami tak campur air/thinner dengan cat sebab saya nak larutan cat perfect. Ada tukang cat buat sebab nak saving cat & nak cepat kering. Terpulang. Sebelum cat pun dinding dibersihkan & scrap cat lama yang nak tertanggal. Kalau pakai undercoat & finishing bagus, inshaaAllah ok je ‘re-coat’ tanpa tanggal semua cat lama.
4. Dinding bermasalah boleh menyebabkan undercoat & finishing tak melekat kat dinding. Dalam gambar 4, kami ada masalah dinding lembap & jadi kekuningan. Ada juga dinding bercapuk, tak blend dengan cat baru.
5. Solusi kami pakai wall sealer Acrylic 5170 Nippon. Harga keras, 1 liter je almost RM30. Tapi Alhamdulillah 2 kali coating, settle masalah. Saya coated kawasan problem je dan cat finishing semula. Bau dia memang kuat chemicals berbanding primer biasa.
6. Untuk rangka pintu & pintu nanti kami cat guna Nippon 9000 Gloss Finish. Gloss ni memang sesuai cat bahagian pintu berbanding matt (kami dah cuba, matt tak lawa).
So far cat Jotun kami pakai memang bagus. Bau tak kuat, mesra alam & coating dengan baik permukaan dinding. Cuma, kalau dinding bermasalah, boleh ikhtiar pelbagai jenis Wall Sealer brand Nippon.
Ekstra tip
Ikut pengalaman kami juga, boleh je nak upah orang cat dinding. Cuma, cadangan saya beli cat siap2 yang kita nak & pesan jangan campur air untuk ketahanan lebih lama, terutama kalau rumah cat semula. Sebab pembuat cat ni sebenarnya dah cipta chemicals perfect untuk ketahanan cat terbaik. Kalau kita tak follow guide, itu yang nanti cat bermasalah. Lepas tu kita kata cat tak bagus pula.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.