“Boleh Tembus Pipi Adik. Siap Ketap Bibir, Mujur Tak gigit.” Gelagat aafiyah ‘Lepas Geram’ Dengan Pipi Adiknya Raih Perhatian!

Share

Keletah dua beradik ini menjadi tumpuan warga maya bila mana si ibu memuat naik sekeping video. Melihatkan gaya kakak yang nampak geram dengan pipi adiknya membuatkan ramai terhibur.

Apa tidaknya, Aafiyah anak sulung penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza ini dilihat menekan-nekan pipi adiknya Muhammad Afwa sehingga merah dikerjakannya.

Gelagat serta mimik muka kegeraman Aafiyah juga mengundang perhatian dan membuatkan ramai terhibur.

Afwa yang kini genap 5 bulan usianya membesar dengan sihat dan tampak berisi tubuh . Patutlah si kakak geram je tengok badan adiknya yang begitu comel kan.

Perkongsian video oleh Tokti menunjukkan Aafiyah berbaring di katil bersama adiknya. Kapsyen yang dimuat naik ibunya dengan nada lucu turut membuatkan ramai terhibur.

“Kakak Sebenarnya menahan geram.”

Sesuai kapsyen tersebut dengan gelagat Aafiyah yang dilihat begitu asyik menekan pipi adiknya. Siap mengetap pipi menahan kegeraman. Cukup comel gaya dua beradik ini.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian tersebut dan mengakui turut sama geram dengan kecomelan dua beradik ini.

shaydortizzah bukan kakak ja geramm, kami yg tgk pon gerammmnn…geget kang pipi tu 😍😍😍
rose_mutyarastokis Ketap2 bibir kakak ..geram😂
hasniza_man Afwa kenapa gebu sangat ni, geramnya aunty😍😍
misssfarahhh 😂😂😂😂😂 spe je tak geram pipi gebuu tuuu