Melihat perkara lebih serius dalam perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga sepanjang tahun ini, tentunya anda sendiri yang dapat membuat rumusannya. Sama ada bagus atau sebaliknya perlu diperbaiki di tahun akan datang agar kehidupan keluarga dapat dijalani dengan lebih kukuh kewangannya.
Pun begitu, sebelum itu elok juga fahami apakah tanda-tanda dikatakan kewangan anda berada ditahap tenat melalui perkongsian ini.
10 Tanda Pengurusan Kewangan Tenat
Pengurusan kewangan yang tidak berkesan boleh menyebabkan masalah kewangan.
Masalah kewangan akan menyebabkan kau akan terjerumus dalam lembah muflis. Lebih teruk lagi kalau kereta, rumah kau semua kena tarik. Kesian anak-anak dan keluarga nanti.
Jadi, amat penting kau sedar terlebih awal daripada kau berpura-pura mempunyai status kewangan yang okay, tetapi sebenarnya tak.
Tanda-tanda kau dalam masalah kewangan. Antaranya:
1. Kau selalu meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pandai pinjam tetapi tak reti nak bayar balik.
2. Sering gaduh pasal wang dengan pasangan. Isteri minta duit untuk beli barang dapur mesti kena tengking punya.
3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji. Jika kau bergaji RM1500, sepatutnya kau ada simpanan kecemasan RM9000.
4. Selalu keluarkan duit simpanan dalam ASB atau Tabung Haji. Dah keluar tak boleh nak simpan balik. Rantai dan gelang isteri kau pun pernah pajak gadai.
5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang tu menjadi perkara biasa.
6. Tidak sabar menunggu gaji. Jika gaji lambat masuk mula gelabah. Tengah bulan mula makan megi. Atau rembat biskut kawan.
7. Tidak mampu membayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.
8. Hutang kad kredit semakin bertambah. Kau sangat bergantung pada kad kredit la senang cerita.
9. Bayaran balik hutang kad kredit paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tak, tak bayar.
10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank. Semua bank kat Malaysia ni kau buat.
Adakah korang mempunyai mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Cepat semak. Kau harus tahu tahap kewangan kau sendiri.
Jika bermasalah, baiki secepatnya. Cuba selesaikan hutang yang kecil dan berhenti buat hutang yang baru. Bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi hutang yang dibuat sendiri.
Selalu ingatkan diri supaya, jangan boros. Cuba hidup di bawah kemampuan. Bersedialah dengan simpanan kecemasan dan buat simpanan yang mencukupi.
Urus perbelanjaan sebaik-baiknya. Kau mesti bijak berbelanja dan menguruskan wang gaji. Kalau bukan kau yang mengubahnya, siapa lagi. Kah!
sumber : Amir Syahir