Melihat perkara lebih serius dalam perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga sepanjang tahun ini, tentunya anda sendiri yang dapat membuat rumusannya. Sama ada bagus atau sebaliknya perlu diperbaiki di tahun akan datang agar kehidupan keluarga dapat dijalani dengan lebih kukuh kewangannya.
Pun begitu, sebelum itu elok juga fahami apakah tanda-tanda dikatakan kewangan anda berada ditahap tenat melalui perkongsian ini.
10 Tanda Pengurusan Kewangan Tenat
Pengurusan kewangan yang tidak berkesan boleh menyebabkan masalah kewangan.
Masalah kewangan akan menyebabkan kau akan terjerumus dalam lembah muflis. Lebih teruk lagi kalau kereta, rumah kau semua kena tarik. Kesian anak-anak dan keluarga nanti.
Jadi, amat penting kau sedar terlebih awal daripada kau berpura-pura mempunyai status kewangan yang okay, tetapi sebenarnya tak.
Tanda-tanda kau dalam masalah kewangan. Antaranya:
Ads
1. Kau selalu meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pandai pinjam tetapi tak reti nak bayar balik.
2. Sering gaduh pasal wang dengan pasangan. Isteri minta duit untuk beli barang dapur mesti kena tengking punya.
3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji. Jika kau bergaji RM1500, sepatutnya kau ada simpanan kecemasan RM9000.
4. Selalu keluarkan duit simpanan dalam ASB atau Tabung Haji. Dah keluar tak boleh nak simpan balik. Rantai dan gelang isteri kau pun pernah pajak gadai.
Ads
5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang tu menjadi perkara biasa.
6. Tidak sabar menunggu gaji. Jika gaji lambat masuk mula gelabah. Tengah bulan mula makan megi. Atau rembat biskut kawan.
7. Tidak mampu membayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.
8. Hutang kad kredit semakin bertambah. Kau sangat bergantung pada kad kredit la senang cerita.
Ads
9. Bayaran balik hutang kad kredit paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tak, tak bayar.
10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank. Semua bank kat Malaysia ni kau buat.
Adakah korang mempunyai mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Cepat semak. Kau harus tahu tahap kewangan kau sendiri.
Jika bermasalah, baiki secepatnya. Cuba selesaikan hutang yang kecil dan berhenti buat hutang yang baru. Bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi hutang yang dibuat sendiri.
Selalu ingatkan diri supaya, jangan boros. Cuba hidup di bawah kemampuan. Bersedialah dengan simpanan kecemasan dan buat simpanan yang mencukupi.
Urus perbelanjaan sebaik-baiknya. Kau mesti bijak berbelanja dan menguruskan wang gaji. Kalau bukan kau yang mengubahnya, siapa lagi. Kah!
Kulit telur selalu dipandang sepi oleh kita tanpa terjangka rupanya begitu banyak kegunaan yang dimilikinya.
Tahu tak sebenarnya kulit telur ayam rupa-rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Selain digunakan untuk dijadikan bahan hiasan, ia juga bermanfaat untuk menghalau makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut di dalam mahupun di luar rumah.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi.
Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan
yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut. Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Caranya:
• Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
• Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
• Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Basmi haiwan perosak pada tanaman
• Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
• Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes COVID-19 kian menular, menyaksikan terbaru pelakon dan hos Uyaina Arshad berkongsi berita duka dijangkiti virus berkenaan. Turut Positif adalah suaminya, Raja Syahiran.
Perkongsian berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram duta Ariani.
#Assalamualaikum hi guys ♥️@rajasyahiranmy & Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago 😞
“Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah 😞 First time being away from my husband 🥲
“Lain orang mungkin rasa berbeza2 bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms.
Dia dalam pada itu berkongsi simptom yang dialami sehinggakan terpaksa dimasukkan ke wad.
“Tapi, my body feels sakit sangat2 esp during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs 😢
“Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang 🥵
“I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik2.
Justeru, Uyaina menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga Dan memohon semua menitipkan doa untuk kesembuhan dirinya Dan suami serta semua yang sedang berjuang melawan virus berkenaan.“Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni esp orang2 tua & budak2 sebab taktau cemana badan dorang nak terima 😭
“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid ♥️.
Tiada yang membahagiakan bagi pasangan suami isteri apabila dikurniakan zuriat. Enam tahun berusaha untuk menambah ahli baru dalam keluarga, akhirnya Allah makbulkan doa pasangan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib mengumumkan isterinya Siti Sarah Raissuddin kini hamil anak keempat mereka. Sarah dikatakan sudah melepasi trimester pertama kehamilan.
Menerusi Instagram TV penyanyi lagu Semakin itu, satu video yang dirakamkan pada 15 Februari lalu menunjukkan suaminya, Shuib Sepahtu memegang alat ujian kehamilan sekali gus mengesahkan yang dia hamil.
“Saya akan buat pemeriksaan doktor minggu depan untuk mengesahkan lebih tepat sudah berapa bulan kehamilan ini.
“Namun dalam kerendahan hati, saya memanjat kesyukuran kerana ini hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk kami sekeluarga.
“Sebelum ini ada yang nampak perubahan saiz badan saya. Termasuk di kalangan wartawan sendiri. Tapi saya meminta mereka mengunci dulu mulut bab ini. Biar saya umumkan sendiri kepada semua,” kata Sarah yang ketika itu belum berani berkongsi berita kehamilannya.
Menurut Sarah selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, Ariq Matin, dia tidak menyangka akan hamil lagi.
“Jujur, selepas enam tahun, saya tak menyangka akan merasai lagi pengalaman berbadan dua. Tapi saya dapat ulangi momen itu lagi.
“Sekarang pun orang kata kandungan sudah kuat, barulah saya berani bercerita lebih. Saya pun sebelum ini ada berdepan situasi kebimbangan, jadi memilih untuk tidak tertekan masa awal kehamilan.
“Doakan kandungan saya baik baik saja. Saya juga doakan buat semua ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan lagi, moga Allah murahkan rezeki kalian,” katanya.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.