Mengidam antara simptom yang dialami oleh wanita yang mengandung. Ada yang mengidam nakkan sesuatu yang mudah dicari tak kurang juga yang buat diri sendiri pening kepala. Sebagai suami, sudah tentu akan berusaha untuk memenuhi keinginan sang isteri biar susah macam mana sekali pun.
Demikian juga dengan lelaki ini apabila isterinya mengidamkan buah mangga sahaja. Tetapi mangga itu harus dikutip dari pokok dan bukannya dibeli di kedai. Menyebabkan suaminya terpaksa meninggalkan nota kecil buat pemilik buah berkenaan bagi menunaikan hajat isterinya. Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26 yang merupakan seorang posmen menulis nota berkenaan memandangkan pemilik buah berkenaan tiada di rumah. Namun siapa sangka, nota kecil tersebut tular di twitter bilamana anak pemilik buah berkenaan berkongsi nota tersebut di twitter.
“Salam tuan rumah, pos laju ni, boleh saya minta buah mangga? Esok saya datang ambil, isteri mengandung!” demikian catatan Mohammad Zuhelmy kepada pemilik rumah di Taman Kinrara, Puchong.
“Salam, tuan Rumah, Poslaju ni, Boleh sy minta Buah Mangga? Esok sy dtg ambil. Isteri mengandung!”
sy tulis mcm tu smlm, smlm tulis utk inform, tp x ambil lg, hari ni dtg rumah dia utk ambil.. 😅
Mohammad Zuhelmy, menulis catatan itu di atas bungkusan barangan penerima berkenaan pada Selasa lalu dengan harapan dapat menunaikan hajat isterinya, Afrah Wan Sulaiman, 27, yang kini hamil tujuh bulan dan mengidam buah mangga.
Percubaan Mohammad Zuhelmy itu berhasil apabila menerima nota balasan daripada pemilik rumah menyatakan sudah memetik dan meninggalkan buah diinginkan di dalam plastik di atas rak kasut. Berkongsi kisah sebenar, Mohammad Zuhelmy berkata, hujung minggu lalu, isterinya menyatakan hasrat untuk memakan mangga segar selepas terlihat pokok buah berkenaan di sebuah kawasan di Puchong.
Ads
Mohammad Zuhelmy berkata, isterinya pula enggan mangga dibeli di kedai sebaliknya mahu yang dipetik segar daripada pokok.
Demi menunaikan permintaan isterinya yang hamil anak sulung mereka, Mohammad Zuhelmy menyatakan dia akan cuba mendapatkan buah itu dalam waktu terdekat.
“Kebetulan, saya pernah ternampak pokok mangga di rumah salah seorang pelanggan kerana kerap menghantar bungkusan barangan di situ.
Ads
“Namun, kebiasaannya, tuan rumah sekeluarga tiada di rumah ketika saya membuat penghantaran jadi pada hari itu, saya tulis pada bungkusan barangan yang ditinggalkan di atas rak kasut sebelum beredar. “Keesokannya, saya hantar barangan di rumah sama dan terlihat satu nota dilekatkan di hadapan peti surat bertulis buah diinginkan sudah siap dipetik dan boleh diambil. Kemudian, saya pergi lihat dan ada enam biji mangga diletakkan di dalam plastik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mohammad Zuhelmy berkata, dia hanya berkongsi kisah itu menerusi status di aplikasi WhatsApp pada hari yang sama.
Tanpa disedarinya, anak kepada pemilik rumah berkenaan turut berkongsi kisah sama di Twitter hingga ia tular selepas menjadi bualan warganet di laman sosial.
“Saya tidak aktif di Twitter dan hanya tahu kisah itu sudah tular selepas diberitahu rakan. Selepas dapat tahu, saya cuba cari ciapan berkenaan untuk ucapkan terima kasih.
Ads
“Sepanjang dua tahun bertugas sebagai posmen di kawasan itu, saya pernah berjumpa sekali saja dengan tuan rumah berkenaan dan berasa berbesar hati kerana dia memahami dan sudi menunaikan hajat isteri saya.
“Jika berpeluang, saya mahu bertemu sendiri dengannya selepas ini untuk mengucapkan terima kasih,” katanya yang menetap di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini. Sementara itu, Afrah yang bekerja sebagai pembantu akauntan ketika dihubungi berkata, dia amat gembira selepas suaminya membawa pulang mangga yang diidamkan.
“Gembira sangat kerana dapat makan buah segar petik dari pokok kerana sebelum ini rasanya biasa saja sebab beli di kedai.
“Saya berterima kasih sangat kepada tuan rumah yang baik budi sedekahkan mangga kepada saya.
“Jarang jumpa tuan rumah yang berhati mulia macam mereka sekeluarga. Semoga tuan rumah sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” katanya yang dijangka melahirkan cahaya mata November depan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan antara artis Malaysia yang bernikah dengan ‘Mat Salleh’.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie.
Malah keluarga ini sering berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga di media sosial buat tontonan para peminatnya.
Baru-baru ini, Lana telah memuat naik beberapa video suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.
Menerusi perkongsian tersebut, suami dan anaknya sedang mempelajari cara dan bacaan dengan betul ketika menunaikan solat.
Malah dia mengakui terharu dan rasa bahagia apabila mengetahui suaminya, mahu mendalami Islam termasuk belajar Al-Quran dan solat.
Menerusi akaun Instagramnya, Lana memberitahu dia mengetahui hal itu selepas memeriksa telefon suaminya yang menunjukkan perbualan David dengan seseorang yang boleh mengajarnya mendalami ilmu agama.
Lana bersyukur kerana akhirnya Allah telah membuka pintu hati suaminya dan mendoakan semoga iman Daud terus kuat bersama Islam.
Terapkan budaya orang melayu Tidak mengabaikan budaya orang Melayu, akui Lana suaminya sendiri sudah selesa dengan budaya ini.
“Kalau diikutkan tak jauh beza budaya antara saya dan suami memandangkan ibunya orang Filipna. Jadi lebih kurang sama Cuma apabila suami duduk di Malaysia, dia faham, budaya Orang Melayu bagaimana dengan budaya di tempat dia.
“Cuma ada beberapa bab contohnya berbudi bahasa, bersopan dan banyak terikut budaya dari sana kerana suami sangat menitik beratkan benda-benda begini terutama dalam pendidikan anak-anak.
“Selain itu, saya juga terapkan budaya melayu seperti jangan pakai kasut dalam rumah, makan guna tangan dan sebagainya.Tetapi saya tak abaikan budaya dari pihak suami. Cuma lebih budaya Orang Melayu memandangkan suami sendiri dan selesa dengan budaya kita,” cerita Lana lagi.
Rata-rata warganet memuji dan mendoakan semoga Lana dan suami dipermudahkan segala urusan serta istiqamah .
juliaaznirAlhamdulilah aamiin semoga Allah memberikan hidayah tanpa henti pda puan sekeluarga InsyaAllah 👍👍
ctmyctAlhamdulillah Syukuran.. Semoga sentiasa istiqomah. Dan semoga ALLAH permudahkan segala URUSAN Dan semoga sentiasa dalam perlindungan Allah swt untuk Lana sekeluarga
lin_abady2904Terbaik sis lana membimbing keluarga.. Semoga dberkati
Kekuatan doa memang semua maklum cukup luar biasa. Ia ibarat senjata buat perisai jiwa agar tidak kenal erti putus asa.
Lantas kita sebagai isteri seharusnya jangan pernah terlupa untuk mendoakan pasangan kita agar ia mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan kekal mencintai kita sebagai isterinya agar kebahagiaan berumah tangga dapat dinikmati.
Berdoa dan terus berdoalah!
Memahami ada waktu-waktu yang sesuai dan terbaik untuk si isteri menadah tangan memohon doa, ayuh kita baca perkongsian daripada Encik Muhammad Hassan ini.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya,saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia,jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU.
Jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak”
Kesan kotoran dari alat solek terutama bedak melekat pada tudung memang sukar untuk ditanggalkan. Nak nak lagi bagi mereka yang memiliki kulit wajah jenis berminyak atau mereka yang suka memakai alat solek.
Adakalanya mengambil masa yang lama nak hilangkan kotoran tersebut mungkin pencuci yang digunakan kurang berkesan. Nak gosok lebih-lebih bimbang rosak pula tudung tu terutama jenis fabrik lembut.
Majalah Keluarga berkongsi petua bagaimana mahu menghilangkan kesan minyak dari alat solek yang terkena pada selendang.
Tip ini adalah daripada puan Tyma Saidini menerusi laman facebooknya. Jom cuba.
“Assalammualaikum girls semua ..kat sini tyma nk share tip cuci shawl yang ada kesan minyak muka .. girls memang suka mekap kan tapi bila cuaca panas muka kita mula pecah minyak dan minyak dari krim faundation menepek pada shawl .. susah nak hilankan kotoran lepas mencuci ..
“Dulu pernah cuba buat cara yang viral dengan letak bedak baby sebelum rendam dengan pencuci.. tapi gagal tak jadi apa .. tapi tyma buat je camni ..bilas dengan air pencuci kemudian letak bedak serbuk sekali. Kalau nak tahu hasil silakan mencuba . Tyma pakai Carrie Junior punya bedak serbuk.
Tip Tanggal Kotoran:
1) Masukkan tudung ke dalam baldi dan letakkan bahan pencuci yang biasa anda gunakan.
2)Kemudian masukkan air dan campurkan sekali bedak (tidak kira jenama). Gosok dengan lembut dan bilas bersih.
Cara ini bukan sahaja mudah dilakukan dan apa yang pasti, cukup berkesan untuk menanggalkan kesan makeup pada selendang.
Selamat mencuba!
Sumber : Tyma Sadini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...