Kejadian hitam yang terjadi pada gadis ini tahun lepas seakan merupakan titik hitam dalam hidupnya. 

Sejak kejadian itu, hidupnya mula berubah dan kesedihan mula menyelubungi apabila paha kanannya yang patah terpaksa ditanam besi buat selamanya 

Kejadian itu berlaku apabila gadis ini terlibat dengan kemalangan motosikal dan sehingga kini dia masih trauma dan beremosi setiap kali melihat kenderaan itu di jalan raya. 

“Saya kemalangan ketika baru balik kerja. Motor depan saya u-turn secara mengejut, saya terlanggar dan jatuh dari motor saya. Ketika orang nak angkat saya, masa tu baru sedar kaki kanan saya bengkok dan patah.

“Saya alami patah tebu pada paha kanan. Doktor kata memang tak akan keluarkan besi dalam kaki sebab ia dah ditanam dalam tulang sum-sum. Maksudnya saya memang akan ada besi dalam kaki seumur hidup.

“Sejujurnya memang rasa tak selesa. Dah tak boleh lasak macam dulu. Saya masih trauma untuk bawa motor. Sekarang saya pergi kerja dengan kereta. Tapi kalau saya tengok motor orang lain pun saya jadi takut, hati jadi sedih.

Ads

“Jadi, setiap kali nampak motor, saya sanggup bagi mereka jalan dulu.”

Menurut Farah, sewaktu kejadian berlaku dia baru mengikat tali pertunangan. Selepas kemalangan tersebut turut membuat dirinya tertanya-tanya sekiranya pemuda tersebut dapat menerima dirinya seadanya.

‘Boleh Ke Tunang Terima Keadaan Saya?’ Gadis Trauma Kemalangan, Redha Berkaki Besi Seumur Hidup

“Ketika sebulan di hospital, saya memang down. Memang menangis saja, sebab masa tu tak boleh terima lagi apa yang berlaku. Akhirnya, nak tak nak kena terima juga.

Ads

“Selagi boleh berjalan, walaupun senget atau tempang sikit, saya tetap bersyukur. Ada orang lain sampai putus kaki.

“Masa tu, saya sendiri turut tertanya-tanya. Boleh ke tunang terima keadaan saya. Saya kira diri saya tak sempurna selepas patah kaki. Namun, Alhamdulillah dia okay saja. Setiap minggu dia datang tengok saya.

“InsyaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga bulan Mei nanti. Alhamdulillah, persiapan juga semua dah selesai, tinggal nak edar kad jemputan saja,” ujarnya yang menetap di Batu Pahat, Johor.

Di aplikasi TikTok, ramai netizen yang menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia diberi kesembuhan segera. tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan bagaimana untuk bangkit selepas kejadian itu. 

Ads

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Boleh Ke Tunang Terima Keadaan Saya?’ Gadis Trauma Kemalangan, Redha Berkaki Besi Seumur Hidup

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI