Menyentuh tentang bab pembahagian harta pusaka, tidak dinafikan kebanyakan waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu faraid. Ada yang sepakat melantik abang atau kakak sulong sebagai pentadbir. Tetapi ada juga yang menggunakan kuasa ‘veto’ melantik dirinya sebagai pentadbir untuk tujuan tertentu.
Tanpa ilmu yang mencukupi, pentadbir membahagikan secara sesuka hati. Lebih memburukkan keadaan, pentadbir pula mengisytiharkan dirinya berhak ke atas semua harta pusaka selagi belum dibuat pembahagian.
Malah macam-macam lagi situasi boleh berlaku dan salah satunya sepertimana yang dikongsikan oleh Peguam Roslina Sabiyah di akaun fbnya bila ada yang bertanya berkenaan faraid di mana ada sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 beradik, iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Masa pembahagian pusaka, semua adik-beradik perempuan setuju nak bahagi secara sama rata dan tak nak ikut faraid.
Pun begitu timbul persoalan daripada salah seorang adik beradik tersebut, dengan mengutarakan soalan; “Boleh ke kalau suka-suka tak nak ikut faraid? Kalau saya tak setuju macamana? Apakah kaedah pembahagian yang sepatutnya dalam situasi ini?”
Jawapan pada permasalahan tersebut dijawab dengan jelas olehnya dan bersama kita fahamkan situasi tersebut untuk info bersama.
Jawapan :
Sebaik sahaja seseorang meninggal dunia hartanya automatik akan menjadi harta pusaka dan harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid. Proses faraid telah pun bermula dan berjalan sebaik sahaja si mati telah meninggal dunia.
Faraid maksudnya ketetapan dan ia adalah ilmu tentang kaedah pembahagian harta pusaka yang menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperolehi setiap seorang secara khusus.
Selain membahagikan harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid, waris juga boleh membahagikan harta secara muafakat atau persetujuan. Kaedah ini dinamakan takharruj. Dalil takharruj adalah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 128:
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ
Yang bermaksud: “maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik.”
Sebelum melakukan takharruj iaitu melepaskan hak faraid secara sebahagian atau sepenuhnya, beberapa syarat mesti dipenuhi antaranya perlulah dipersetujui oleh semua waris2 yang lain dan waris2 hendaklah terlebih dahulu mengetahui berapa bahagian faraid mereka yang sebenar sebelum melepaskan hak mereka. Namun sekiranya waris-waris tidak sepakat dan tiada persetujuan yang dicapai, maka kaedah asal pembahagian secara faraid akan terpakai.
Dalam kes di atas saya simpulkan beberapa situasi : Situasi 1 – Kesemua 5 adik-beradik (2 lelaki dan 3 perempuan) bersetuju untuk membahagikan harta secara samarata. Dalam kes ini, 2 anak lelaki tersebut yang bersetuju untuk takharruj melepaskan sebahagian bahagian faraid mereka kepada anak perempuan (kerana bahagian anak lelaki adalah 2 manakala anak perempuan adalah 1). Kaedah pembahagian adalah secara muafakat iaitu semua waris dapat samarata.
Ads
Situasi 2 – 3 adik-beradik perempuan dan seorang anak lelaki ingin harta pusaka dibahagi samarata manakala seorang anak lelaki tidak setuju. Maka seorang anak lelaki yang tidak setuju untuk takharruj hendaklah diberikan bahagian faraidnya terlebih dahulu (2 bahagian) dan bakinya setelah ditolak bahagian anak tersebut barulah boleh dibahagi secara samarata antara 3 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kaedah ini juga dinamakan muafakat iaitu sebahagian difaraid dan bakinya dibahagi samarata.
Situasi 3– 3 adik-beradik perempuan nak bahagian samarata tetapi 2 anak lelaki nak bahagian faraid. Maka dalam situasi ini, 2 anak lelaki tersebut tidak bersetuju untuk takharruj atau melepaskan bahagian mereka maka kaedah asal pembahagian secara faraid hendaklah terpakai. Kaedah pembahagian adalah secara faraid (anak lelaki 2 bahagian anak perempuan 1 bahagian).
Dalam pembahagian harta pusaka tiada istilah majoriti. Tidak ada sesiapa yang boleh dipaksa untuk melepaskan bahagiannya di dalam faraid. Kaedah pembahagian secara muafakat adalah yang terbaik jika dapat dilaksanakan tetapi sekiranya tiada persetujuan yang dicapai maka kaedah pembahagian secara faraid adalah jawapan dan penyelesaian terakhir kepada masalah yang menjadi pertikaian.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ramai yang impikan sebuah kediaman yang tenang dan kemas. Mana taknya, suasana kediaman sebegini membuatkan kita rasa damai.
Tak perlu sarat dengan pelbagai hiasan yang banyak, rumah yang menonjolkan dekorasi yang simple pun mampu menjadi tarikan ramai.
Malah trending sekarang ramai yang inginkan sebuah kediaman yang sedap mata memandang tanpa sarat barang aksesori.
Sebagaimana perkongsian puan Ayu Roses ini, tatahiasa rumahnya mendapat pujian warganet. Malah gabungan warna putih dan coklat membuatkan aura rumah ini begitu tenang.
Biarpun rumah hanya kategori rumah flat dengan keluasan terhad iaitu 712sqft, kediamannya tetap menarik pandangan mata.
Apa lagi, jom lihat hasil kreativiti beliau.
__________________________
Deco rumah flat 712sqft, ruang memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu. Tema asalkan sedap mata memandang.
RUANG TAMU
MEJA MAKAN
DAPUR
SUSUN ATUR BAHAN MASAKAN
Hebat kan! Biarpun ruang sempat tetap mampu hias dengan sempurna.
Sumber: Ayu Roses.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu ayah inginkan anak-anak cerdik pandai dalam pembelajaran. Malah sanggup menyediakan kelas tambahan agar anak agar mempunyai percapaian akademik yang cemerlang.
Namun, kadang kala dalam usaha guru-guru mendidik pelajarnya pelbagai pendekatan pembelajaran digunakan ia termasuk aktiviti menyalin.
Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa menganggap aktiviti sebagai remeh apabila hanya sekadar menyakin semula ayat yang terdapat dalam buku teks. Hakikatnya ia adalah asas kepada tulisan yang cantik, menambah perbendaharaan kata dan melatih anak-anak mengenal huruf.
Menarik perkongsian ini menerusi facebook puan Sitti Ruhaidah Ct yang berkongsi pesanan motivasi ini oleh seorang pengetua cemerlang, Abd Bashid Bin Harun yang dipaparkan sebelum ini oleh seorang guru yang dikenali sebagai cikgu suzie di facebooknya.
_____________________________________
Jangan Meremehkan Aktiviti Menyalin (Nasihat Kepada Semua Murid)
1.JANGAN pandang rendah aktiviti menyalin. Aktiviti menyalin menjadi aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas. 2.Aktiviti ini melibatkan perbuatan menyalin dari tulisan guru di papan putih ke buku tulis milik anda,menyalin dari buku teks atau sumber lain ke buku nota milik anda. 3.Ramai yang menyangka aktiviti menyalin hanya sesuai untuk murid-murid tertentu.Murid-murid yang pandai kononnya tidak sesuai untuk menyalin.Pendapat seperti itu salah, sayang! 4 Aktiviti menyalin yang dilihat mudah sebenarnya menjadi aktiviti MENULIS yang paling besar manfaatnya kepada setiap murid. 5.Aktiviti menyalin bukan sahaja menjadi kaedah memindahkan ilmu yang asalnya milik orang lain menjadi milik kita. 6.Aktiviti menyalin apabila kerap dilakukan menjadi satu latihan melatih jari jemari tangan untuk membentuk kebiasaan menulis. 7.Lebih kerap aktiviti menyalin ini dilakukan akhirnya akan membentuk kelaziman dan akhirnya timbul rasa seronok untuk menulis. 8.Sebaliknya, jika anda tidak membiasakan diri untuk menyalin,atau tidak memaksakan diri untuk menyalin anda akan terperangkap dalam perasaan jemu, malas dan bosan untuk menyalin. 9.Dalam maksud yang lebih luas, anda akhirnya akan rasa malas untuk MENULIS. 10.Kebiasaan MENULIS sepatutnya terbentuk lebih awal dalam kalangan murid.Sangat buruk kesannya jika sampai Tingkatan 4 murid kita masih bermalas-malas untuk menulis. 11.Lebih buruk lagi jika kerja menyalin sebagai aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas pun tidak dibuat bersungguh-sungguh atau cuba dihindari. 12.Begitu juga sikap menghantar kertas jawapan kosong atau hanya menyalin sebahagian dan sebahagian lain dibiarkan, menjadi tabiat yang tidak baik dan kesannya begitu buruk kepada hasil peperiksaan nanti. 13.Bukankah peperiksaan itu melibatkan aktiviti menulis.Aktiviti yang menjadi fokus anda semasa peperiksaan adalah menulis.Anda menulis jawapan anda di atas kertas jawapan. 14.Jawapan anda yang dizahirkan dalam bentuk tulisan itulah yang diperiksa dan menjadi jaminan sama ada anda akan mendapat markah yang baik atau sebaliknya. 15.Sebelum anda berjaya menulis dalam peperiksaan, anda terlebih dahulu kena menulis nota, menulis karangan, menulis ayat dan menulis jawapan untuk soalan latihan yang diberi oleh guru. 16.Sebelum semua itu berlaku, anda tidak ada pilihan lain selain membiasakan diri untuk menyalin, ya MENYALIN nota yang diberi oleh guru sebab itu aktiviti menulis yang paling asas.Mulakan sekarang! Copypaste Oleh Abd Bashid Bin Harun Pengetua Cemerlang Kredit: fb cikgu suzie
Semoga jadi motivasi untuk mendidik anak-anak agar terus gemilang dalam pembelajarannya.
Siapa pun pasti akan merasa bahagia apabila disahkan bakal menimang cahaya mata. Melalui fasa kehamilan memerlukan bakal papa dan mama mencari ilmu persediaan untuk pengalaman baharu tersebut.
Menyambut kelahiran bayi merupakan fasa baharu dalam kehidupan pasangan suami isteri. Proses kehamilan dan kelahiran bayi bukan sekadar satu pengalaman yang boleh dilalui secara semula jadi.
Ia mestilah disokong dengan ilmu pengetahuan tentang proses tersebut supaya bakal papa dan mama dapat mempersiapkan diri mereka menyambut kelahiran anak sejak dari dalam kandungan lagi.
Justeru, Pa&Ma menerusi komuniti Moms To Be telah menganjurkan webinar khusus untuk bakal ibu bapa secara virtual.
Webinar ini berjaya menhimpunkan seramai hampir 1000 orang peserta terdiri daripada bakal mama dan papa. Barisan panel yang dijemput pun semua hebat-hebat iaitu terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang obstetrik & ginekologi, pediatrik, keibubapaan, motivasi.
Antaranya Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre, Dr Siti Sarah Aishah, Pensyarah & Pakar Pediatrik USIM, Dr Tengku Putri Zainab, Pakar Pediatrik & Pakar Laktasi IBCLC Sunway Specialist Centre, Damansara, Ustazah Fatimah Syarha, Penceramah bebas, Encik Fhais Salim, Pakar motivasi keibubapaan dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Kupasan Tajuk Menarik
Memenuhi keperluan peserta dalam kalangan bakal papa dan mama, antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sehari webinar yang bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang ini termasuklah Aku Tak Serik Bersalin, Kawal Emosi & Amalan Ibu Waktu Hamil, Jom Kenal Bayi Baharu Lahir Kita, Susu Ibu Rawatan Terbaik Bayi Jaundis, Peranan Suami Support Isteri Hamil & Bersalin dan Cabaran Lahirkan Anak Momen Terindah Seorang Ibu.
Selain panel-panel jemputan, webinar turut menjemput wakil jenama infant carseat untuk bayi iaitu Joie Baby Malaysia yang berkongsi maklumat tentang pemilihan carseat bersesuaian untuk bayi baharu lahir dan membuat demo pemasangan carseat.
Selain itu mereka turut menawarkan promo istimewa harga diskaun pembelian carseat untuk peserta webinar.
Selain pengisian ilmu dan info, peserta webinar turut berpeluang menang hadiah cabutan bertuah dan bermain games teka dan menang yang menguji kecerdasan minda peserta berkaitan webinar.
Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan termasuklah hadiah utama berupa pam payudara, bengkung, set pakaian bayi, beg lampin bayi dan tiket masuk ke taman tema dan zoo.
Rata-rata peserta yang kebanyakannya hamil anak pertama berpuas hati dengan pengisian webinar dan perkongsian ilmu daripada panel jemputan kerana banyak membantu mereka membuat persiapan untuk melahirkan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...