Tertanya-tanya status tanah yang ingin dibeli namun tanah tersebut hanya memiliki geran kongsi. Adakah boleh untuk kita beli? Apa pula prosefur yang perlu dibuat? Adakah nama kita juga akan disenaraikan dalam geran setelah membelinya?
Menjawab soalan-soalan ini, jom kita baca perkongsian daripada K-literasi ini.
BOLEH KE BELI TANAH GERAN KONGSI?
Selalu orang tanya saya.
“Tuan, boleh tak saya beli tanah geran kongsi?”
Istilah tanah geran kongsi itu pun sebenarnya banyak mengundang kekeliruan kepada orang awam.
Saya hendak bagi tahu di sini, ada tanah geran kongsi yang BOLEH DIBELI dan ada juga tanah geran kongsi yang TAK BOLEH DIBELI.
Nak tahu boleh beli atau tak tanah geran kongsi tersebut, kita kena tanya satu soalan penting, tanah ini kalau saya beli boleh atau tak DiPINDAH MILIK KEPADA NAMA SAYA DALAM GERAN?
Ads
Bagaimana nak tahu tanah geran kongsi tersebut boleh dipindah milik kepada nama kita atau tak?
Ada dua kategori tanah GERAN KONGSI.
Kategori 1:
Tanah Geran Kongsi LOT LIDI
– Tanah pertanian, tetapi dijual sebagai tanah lot bangunan kepada lebih daripada seorang pembeli.
– Penjualan hanyalah berdasarkan kepada pelan lakaran sahaja dan geran individu untuk setiap lot tersebut masih belum ada.
– Nama pemilik dalam geran asal hanyalah seorang atau 2 orang tetapi yang membelinya lebih daripada 2 orang.
Ads
– Mereka ini didakwa kononnya akan berkongsi geran tetapi hakikatnya geran pun tak ada lagi bagaimana mungkin mereka nak berkongsi geran.
– Inilah yang kita panggil sebagai LOT LIDI.
– Tanah geran kongsi kategori ini kalau anda beli memang TAKKAN BOLEH DIPINDAH MILIK kepada nama anda. Sebabnya ada halangan dari segi undang-undang.
– Nak pindah milik macam mana kalau pemilik seorang tetapi pembeli 10 orang, melainkan terpaksa buat pecah sempadan dan tukar syarat kepada status bangunan terlebih dahulu sehinggalah keluar geran individu yang berasingan berstatus bangunan. Kemudian barulah boleh dipindah milik kepada nama pembeli.
Kategori 2:
Tanah geran kongsi PEMILIKAN BERSAMA.
Ads
– Tanah ni dimiliki oleh banyak pemilik (penama) dalam geran. Dan setiap pemilik mempunyai bahagian masing masing yang dinyatakan dengan jelas dalam geran.
– Tanah geran kongsi kategori ini boleh dipindah milik kepada nama anda jika anda beli mana-mana bahagian daripada bahagian penama tadi. Sebab bahagianya jelas dinyatakan dalam geran.
– Cuma kalau anda nak beli keseluruhan tanah tersebut, anda perlu dapatkan persetujuan (tandatangan) daripada semua penama dalam geran tersebut. Tetapi kalau hendak beli satu bahagian daripada bahagian yang dimiliki oleh mana-mana penama tadi, tak perlu dapatkan persetujuan kesemua penama dalam geran. Boleh terus buat pindah milik bahagian tersebut daripada nama penama tersebut kepada nama anda.
Sekarang dah boleh faham tak beza antara TANAH GERAN KONGSI LOT LIDI dan TANAH GERAN KONGSI PEMILIKAN BERSAMA?
Kalau nak faham lagi, sila rujuk ilustrasi di bawah. Moga dapat membantu untuk kefahaman anda.
Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang
(K-LITERASI)
Nama Abang Viva terkenal sejak dia sanggup memandu Perodua Viva yang membawa bot penyelamat untuk membantu para mangsa banjir yang terkandas baru-baru ini.
Pelbagai pihak tampil memberi hadiah dan sumbangan untuk menghargai jasanya termasuklah menawarkan kereta dan motorsikal.
Selepas menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi, akhirnya kereta 4×4 yang dijanjikan oleh seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Sha Hasan telah sampai kepada Abang Viva atau Nama Sebenarnya Azwan Omar.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Sha Yang meluahkan rasa syukur kerana proses mendapatkan kereta berkenaan berjalan dengan lancar dan kereta tersebut yang sepatutnya harus menanti dua hingga tiga bulan berjaya diperoleh dalam beberapa minggu sahaja.
Susulan daripada itu, Sha dan suaminya membuat kejutan dengan menghantar sendiri kereta tersebut ke rumah Abang Viva.
Kedatangan Sha dilihat apabila Abang Viva membuat perkongsian secara live ketika Usahawan tersebut tiba Di rumahnya.
Malah, kejutan tersebut dikatakan dibuat khas untuk ibu dan bapa Azwan yang dilihat begitu terharu sehingga menadah tangan mengucapkan syukur diatas pemberian tersebut. Video berkenaan juga telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iman91094.
Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
Mendidik anak dengan adab-adab yang mulia sejak dari kecil akan membentuk karekter yang disenangi ramai.
Begitu juga halnya dalam menerima pemberian sedekah berupa wang oleh tuan rumah kepada tetamu cilik yang bertandang. Ada adab-adabnya dan ini dijelaskan oleh ustazah Asma’ Harun.
DUIT RAYA PANDUAN BUAT IBU BAPA.
Ianya adalah satu pemberian dengan keikhlasan hati dan mengikut kemampuan, maka ia menjadi satu HADIAH atau SEDEQAH dan dikira Ibadah, namun ingatlah ada yang tak mampu untuk memberi, bahkan jika tidak mahu memberi walaupun mampu bukanlah menjadi satu kesalahan.
Sabda Rasulullah,
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”.
Memahami hakikat ini saya sendiri telah berbincang dengan anak-anak, sepertimana Eidulfitri yang lalu,
1. Tiada beg duit raya untuk masing-masing, jika ada ia seolah satu isyarat bahawa mereka perlu diberi duit raya bila berziarah. Jika tidak diberi dilarang keras untuk bertanya.
2. Setiap kali terima duit raya, ucap ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH. Salam jika dibenarkan syara’ dan ucap selamat hari raya.
3. Dilarang buka sampul di hadapan pemberi, lebih lagi mengira dan menyebutkan berapa jumlah. Kanak-kanak sangat lurus dan tak berlapik. IBU BAPA perlu sentiasa ingatkan.
4. Sebaik sahaja terima serahkan secepatnya sampul itu kepada Ummi atau Abi. Dan jangan bimbang ia akan disimpan di satu ruang khas, supaya kami tidak tersilap menggunakannya, pernah ketikanya kami perlu pinjam dahulu untuk satu keperluan terdesak, maklumkan pada anak-anak dan akan digantikan.
5. Duit raya, biasanya akan ada perbincangan anak-anak nak buat apa, beli sesuatu, simpan, dan mesti ada jumlah untuk Infaq. Ikut keputusan masing-masing tapi dengan kelulusan. Ada juga mereka berpakat belikan hadiah untuk kami, ada juga mereka beri cash, katanya duit raya buat Umi Abi .
Duit Raya memang menggembirakan kanak-kanak, mak bapak pun suka, semua pun suka duit. Namun beringatlah, ia boleh membawa dukacita kepada yang tak mampu dan mengguris hati pemberi apabila lupa disertakan adab.
Moga perkongsian di atas bermanfaat untuk Ibu Ayah. Silakan tambah tips kalian di ruangan comment dibawah .
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...