Boleh Ke Ambil Upah Penuh Walaupun Anak Tak Dihantar Kepada Pengasuh Atau Taska? Ini Penjelasan Mufti Perak!

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan disebabkan berlakunya virus Covid-19 mengundang pelbagai isu. Antaranya termasuklah pembayaran upah kepada pengasuh, pihak tadika dan taksa. Rata-rata ibu bapa menyuarakan kebimbangan hal ini berikutan PKP kini dilanjutkan lagi sehingga 28 April ini.

 

Justeru, Mufti Perak dalam satu kenyataan ada menjelaskan tentang hal ini. Dalam kenyataan tersebut,  ibu bapa dan pihak taska atau pengasuh diminta berurusan mengenai isu pembayaran upah supaya tidak mengalami salah faham.

BOLEH KE AMBIL UPAH PENUH WALAUPUN ANAK TAK DIHANTAR KE TASKA?

Soalan 2:-

Bayaran upah mengasuh anak, apakah boleh ambil bayaran penuh sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh? Begitu juga bayaran yuran tadika / tuisyen / persekolahan, apakah tetap dikenakan bayaran penuh ?

Gambar hiasan

Jawapan:

Kedua-dua pihak adalah dinasihatkan untuk berbincang khususnya berdasarkan kepada terma dan syarat perjanjian atau sebarang peraturan yang telah dipersetujui lebih awal jika ada, dengan syarat terma dan syarat serta peraturan tersebut tidak melanggar Syarak.

Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, pengusaha sekolah / taska @ tadika / pusat tuisyen atau pengasuh tidak boleh mengenakan sebarang bayaran / yuran / upah kerana tiada perkhidmatan yang boleh diberikan lantaran pergerakan adalah dihadkan.

Gambar hiasan

Jika bayaran telah dibuat lebih awal, maka bayaran lebihan tersebut adalah hak milik pembayar dan ia adalah amanah di tangan pengusaha / pengasuh dan boleh dituntut pada bila-bila masa.

Yuran / upah tersebut boleh disimpan atas dasar amanah oleh pihak sekolah / taska / pengusaha / pengasuh dengan izin pembayar sehingga keadaan kembali normal. Jika wang itu telah digunakan maka pihak sekolah / taska / pengusaha / pengasuh hendaklah menggantikannya.

Gambar hiasan

Apa yang penting, bayaran yuran atau upah hanya boleh diambil setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja iaitu setakat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 bermula.

Keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 dikira sebagai salah satu keadaan faktor mendatang atau hal mendatang yang tidak terduga “‘awaridh tari’ah” atau “zuruf tari’ah” yang memberikan kesan kepada kontrak yang telah dimeterai.

Gambar hiasan

Ini kerana ia adalah di luar kawalan pihak-pihak berkontrak ( berakad) yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan iltizam dan tanggungjwab masing-masing. Oleh itu, kontrak (akad) adalah terfasakh atau terlerai.

Sumber: Mufti Perak