Bila terlalu lama menggunakan set sofa tentunya keadaanya semakin hari semakin kusam, uzur malah ada pula di bahagian-bahagian tertentu terkoyak. Ini membuatkan semangat untuk membeli set sofa baharu semakin memuncak. Namun bila mengenangkan harga yang perlu dibayar, telan air liur juga dibuatnya disebabkan ada yang mencecah hingga ribuan ringgit.
Sebab itu, selagi sofa yang ada boleh dibaik pulih adalah lebih baik anda beranikan diri untuk menukar sarung sofa tersebut secara DIY sepertimana yang dibuat oleh Ayuz Ismail.
Menurutnya pada awal dia tidak berani juga lakukan DIY tersebut, namun jika tidak dicuba mana kan tahu hasilnya.
“Mulanya memang tak berani, sebab risau kalau buka nanti takut tak boleh nak pasang balik. Namun disebabkan sudah terlalu buruk sangat dah kerusi tu, tapi nak buang sayang. Jadi tak rugi kalau mencuba. Jadi atau tidak belakang kira. Kalau tak cuba kita tak tahu macam mana kan. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya,” ujarnya ringkas.
Tambahnya lagi untuk menukar sarung sofa tersebut, hanya bermodalkan tidak sampai RM100 dan hasilnya memang puas hati, sofa nampak macam baru!
DIY TUKAR SARUNG KUSYEN
1.Langkah pertama dan agak sukar adalah perlu buka sarung sofa lama. Memang perlu ditelek satu persatu, cari bahagian yang dipaku atau diskru. Setelah itu bolehlah dipisahkan bahagian tempat duduk dan penyandar sofa. Kemudian mudahlah untuk ditanggalkan cover sofa lama.
Ads
2. Bila sudah terbuka seperti ini, barulah dipasang cover baru. Material yang digunakan adalah PVC yang dibeli di shopee. Boleh klik di sini untuk link.
3. Untuk proses pemasangan, perlu gunakan stapler gun yang besar. Mata pilih yang besar dan panjang supaya kuat mencengkap. Semasa stepler, perlu tarik kuat cover tersebut untuk pastikan kemas hasilnya.
Pun begitu, pada bahagian hujung agak mencabar untuk dilakukan. Jadi perlu lipat, tarik dengan kemas sebelum di stepler.
Ads
Apabila selesai pasang keseluruhan cover sofa, barulah cantumkan semula bahagian tempat duduk dan penyandar sofa. Paku dan skrukan di tampat asalnya dan bahagian ini suami yang tolong buatkan.
Biarpun mencabar untuk diselesaikan, namun Ayuz tidak menafikan cukup puas hati kerana dapat berjimat untuk miliki sofa yang nampak baharu tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Daripada bekas terpakai dibuang begitu sahaja, manfaatkan ia dengan menjadi tempat untuk bekas tanaman yang boleh disiram air. Kaedah ini dikongsikan oleh Umam Agro di facebook.
Banyak manfaatnya untuk kita dan paling penting tanaman kita masih dapat bekalan air secukupnya untuk tempoh yang lama. Jom cuba.
DIY Dari Bekas Serba Guna Musim cuaca panas ni kadang-kadang bila kita terlupa siram habis layu pokok sayur kita. Nah cuba buat ni. Cuba buat satu dulu kalau menjadi baru buat banyak-banyak tau.
PERINGATAN : Untuk memastikan tanaman yang hendak dimakan ini fully organic, bila nak buat DIY ini gunalah bekas terbuang yang diisi bahan makanan, bukan tong cat ke apa ke. Paip PVC tu pun gunalah yang kaler putih (untuk saliran air dirumah). Jangan guna PVC untuk elektrikal.
Bahan-Bahan :
Bekas sesuai bersaiz 38′ – korang gunalah apa-apa bekas yang sesuai dengan saiz yang dicadangkan
4″ paip saliran beralun yang berlubang
1-1/2″ paip PVC
Tanah
Caranya:
Ini bahan-bahan yang diperlukan. Ingat guna paip pvc air bukan yang guna untuk elektrikal.
2. Potong drainage ni ikut saiz bekas yang korang gunakan. Kalau tak faham tengok gambar sampai habis dulu.
3. Bila dah potong ikut bekas, potong pula hujung dia tu ikut saiz paip pvc tadi.
4. Potong ikut saiz paip pvc.
5. Ni contoh bekas yang digunakan.
6. Tebuk lubang untuk tujuan over-flow. Ukuran 4″ dari bawah.
7. Ngam tak.
8. Potong paip PVC ikut ketinggian bekas. Pandai-pandailah korang. Jangan sampai terjulur keluar nanti tak cantik tapi mesti melebihi ketinggian tanah. Dah ukur, potonglah.
10. Masa untuk susun dan pasang.
11. Susun barang tu macam dalam gambar. Masukkan tanah dan semai benih.
12. Dah siap.
13. Penuhkan air dalam tiub PVC tadi sehingga air melimpah keluar dari lubang overflow yang ditebuk pada bekas tadi.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap hari, rakyat Malaysia menantikan berita adik Ainul Mardhiah pulang ke tanah air selepas kepulangannya ke tanah air sebelum ini dibatalkan pada saat akhir. Terbaru, ibu saudara kepada Ainul memberitahu keluarga ini dijadualkan akan tiba ke Malaysia minggu ini.
Perkara itu diberitahu ibu saudara bayi tersebut, Anis Syakirah Ahmad Razak kepada Harian Metro di rumah keluarganya di Ayer Molek di Melaka semalam.
“Ya, Ainul dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 pagi pada minggu ini.
“Maaflah kami tidak dapat berkongsi tarikh yang lebih tepat untuk kebaikan dan keselamatan Ainul dan berharap rakyat memahaminya,” katanya.
Tambah Anis, dia dan keluarga akan bertolak sehari lebih awal dari Melaka dan bermalam di rumah saudara di Selangor sebelum bertolak ke KLIA.
“Walaupun hati ini terlalu rindukan Ainul, kami pihak keluarga pun hanya akan melihat Ainul dari jauh untuk kebaikannya.
“Saya difahamkan sebaik tiba jam 7 pagi, Ainul akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.
“Kami harap masyarakat dapat mendoakan keselamatannya dan segala-galanya berjalan lancar sehingga Ainul betul-betul sihat,” ujarnya.
Pada 9 Julai lalu, Harian Metro melaporkan penerbangan pulang Ainul Mardhiah dari United Kingdom yang sepatutnya dijadual tiba di negara ini petang itu terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
Sebut sahaja menu ikan patin masak tempoyak, pasti kita akan terbayang orang belah-belah Pahang dan Perak adalah yang pakar dalam menyediakan menu ini. Rasa kuahnya asli dan sangat pekat.
Tentu ada petua dan teknik masakan yang diamalkan untuk menjadikan hidangan tersebut menjadi selazat itu. Untuk itu, Puan Hana Ismail telah berkongsi petua di fb setelah berjaya menyediakan menu ini menepati standardnya, jom semak apa petuanya itu.
Buat lagi ikan patin masak tempoyak, kali ni dah tak cair sebab dah dapat banyak petua dan cara yang betul untuk masak ikan patin tempoyak dari sahabat2 Group ni… Terima kasih semua.
Ini petuanya :-
→ air jangan banyak sgt, cukup2 ikan tenggelam je…
→tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat
→Kuah kena reneh lama sikit dgn api yang kecik baru pekat
Resepi
Ikan patin
Kunyit hidup
Cili padi
Tempoyak
Garam
Asam keping (klu tempoyak dah cukup masam tak letak pun tak pa)
Air (sy guna 11/2 gelas je)
Daun kunyit(potong halus2)
Cara penyediaan :
Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat
Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan2 tumbuk td, biar mendidih masukkan tempoyak
Tunggu sampai mendidih masukkan ikan
Kecikkan api,renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak
Masukkan daun kunyit
Kalau kuah dah pekat, tutup api dah siap
sumber : Puan Hana Ismail via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.